Pepes ayam ni istimewa sekali bahan sambalnya ditumis dan disatukan dengan ayam kisar. Kemudian balut dengan daun pisang macam balut kuih koci dan kemudian dikukus. Semerbak bau ayam pepes yang mengecurkan air liur. Sajian ayam yang cukup sedap.
Resipi ayam pepes dan foto oleh Rosmaliza Omar ni memang nampak gerenti sedap. Rupanya aje sudah menggoda, bila makan memang licinlah pinggannya.
PEPES AYAM
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
Isi ayam bahagian dada dikisar
2 biji telur
2 sdb ketumbar**
2 sdb jintan manis**
2 sdb jintan putih**
3 btg serai**
5-6 ulas bawang merah**
3 ulas bwg putih**
4 biji buah keras**
1 inci halia**
1 inci kunyit**
Segenggam cili kering**
2 kiub ayam
250 ml santan kara
Secukup rasa
Garam, gula
Daun pisang utk membungkus
CARA MEMASAK : 1. Blend semua bahan² bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
.
2. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
.
3.Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata² isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas² manis.
.
.
4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.
Ads
.
5. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas², sedapnya
Anak-anak tak suka jika masak ayam bahagian isi? Usah bimbang keran anda boleh cuba Ranch Chicken Bites Crispy ni. Ia menggunakan isi dada ayam yang diolah menjadi sajian yang lebih enak. Memang terbaik!
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
3 sudu makan sos ranch
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan parut keju
4 biji tomato ceri
1 biji telur
2 cawan nestum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.
Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali .
Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.
Goreng hingga kekuningan.
Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.
Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan memeriahkan menu di Hari Raya nanti.
Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan. Cubalah resipi ini nanti
1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu 4 batang serai | dititik 1 liter santan 200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk 3 asam keping 2 helai daun kunyit 5 helai daun limau purut 2 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
Bahan dikisar : 300 gm bawang merah 100 gm kunyit hidup 200 gm cili padi
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan air sehinga mendidih. 3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung. 4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan. 5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih. 6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa. 7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu 300 gm kacang dhall | direndam dahulu 30 gm halba campur 5 gm daun kari 500 ml santan 200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes 200 gm serbuk kari daging | jadikan pes Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis
Bahan dikisar : 200 gm bawang merah 100 gm bawang putih 200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil 200 gm kacang panjang | dipotong 5 biji ubi kentang | dibelah baji 300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau. 2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak. 3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air. 4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala 7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu 100 gm bawang merah |kisar 100 m kunyit Hidup |kisar 100 gm cili kering |kisar 50 gm bawang putih |kisar 50 gm lengkuas |kisar 2 batang serai |kisar 1 batang Bunga Kantan 4 tangkai Daun kesum 5 biji tomato 200 ml Asam Jawa 50 gm Belacan |Dibakar 30 gm Serbuk Jintan Putih 30 gm Serbuk Jintan Manis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi 2. Kemudian masukkan cili kering dan serai 3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut 4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan 5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 20 minit. Cara memasak :Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk Pauk Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi Anggaran Kos : RM20
4. GULAI BABAT DAN REBUNG
BAHAN-BAHAN :
500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk 5 batang serai, | dititik 2 keping asam gelugor 1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan 500ml pati santan Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS : 20 biji cili padi kampung 1.5 sm inci kunyit hidup 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia
CARA MEMASAK :
Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.
Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu.
Masak hingga babat lembut.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15 hingga 20 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.
Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR
5. KERUTUK LIMPA
BAHAN-BAHAN :
500gm limpa Santan pekat dari 1 biji kelapa 2 sudu makan kerisik Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar :
2.5sm halia 2.5sm lengkuas 10-15 biji bawang merh 3 ulas bawang putih 1 peket kecil rempah kerutuk
Bahan ditumis :
5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 1.5sm kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 4 sudu makan cili kisar 1 biji bawang besar | dihiris halus 1.5sm halia | dihiris halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.
Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 20 – 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.
Resipi AYAM MASAK MERAH antara menu yang sering ada tiap kali open house. Biasanya ayam masak merah padu dimakan dengan nasi tomato. Buat yang ingin membuatnya boleh tengok langkah yang dikongsi oleh Encik Mohamad. Menurutnya setiap kali raya n open house dia selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh dia masak lagi.. ni dia share resepi nya.
Tumis rempah 4sekawan n daun pandan. Daun pandan bagi wangi n lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh.. saya terlupa nak letak. Dh siap masak baru teringat. Hahah
2.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu
3.Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin bersama bawang merah+halia+kunyit+bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan sedikit asam jawa.
5.Ni rahsia ayam merah saya. Guna sos cili life. Tambah sos cili agak2 ikut kpekatan n kepedasan yang kita mahu. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.
6.Ni pon salah satu rahsia. Tambah gula nisan or gula merah. Gaul sekata
7.Tambah bahan perasa. Gula pasir.garam.ajinomoto. gaul sekata. Jika agal pekat boleh tambah air ya.
8.Tambah ayam yang telah digoreng dengan kunyit.
9.Gaul sehingga sebati biar agak2 5minit biar sambal2 tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.