Untuk sajian makan malam apakata cuba masak Singgang Ikan Patin dan sukun gulung yang gerenti sedapnya. Ni resipi dari Eksekutif Chef Sabri Soid dari hotel ternama Royale Chulan KL
Masakan hotel ni boleh aje dimasak dirumah. Kedua resipi ini mendapat sentuhan magik dari Chef Sabri Soid yang mempunyai pengalaman memasak berdekad lamanya. Berbaloi untuk dicuba resipi super sedap ni.
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Masakan kurma enak dinikmati bersama nasi minyak atau beriyani, begitu juga dengan Puan Mariani yang berkongsi resipi Kurma Telur makanan kegemaran anak-anaknya. Hujung minggu kalau buat resipi ni dengan nasi minyak makan bersama keluarga lagi menyeronokkan, puas hati memasaknya.
RESIPI KURMA TELUR
Bahan-Bahan:
10 biji /butir telur direbus hingga betul2 masak..kopek buang kulit dan goreng sekejap jer..toskan..
4-5 bj kentang ( potong ikut suka
3 cwn santan dr 1 biji kelapa parut ( kelapa parut kisar dengan 3 cawan air… perah amik santannya)
10biji padi hijau jgn buang tangkai(hiasan)
2 pcs cili merah potong serong(hiasan)
2 1/2 senduk minyak masak(untuk menumis)
3-4 pcs bunga lawang
1 bj bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih(hiris)
Sebesar ibu jari halia ( hiris)
Bahan Pes:
3 paket kecil rempah kurma
1 sdb rata garam
1/2 sdt bahan perasa ( ajinomoto)
1 pcs asam keping
3 tangkai daun kari (amik daun jer)
1 cawan air
(Kacau semua bahan ini..jadikan pes)
Cara-Cara:
Panaskan minyak masak..tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau..
masukkan pes kurma tumis hingga betul2 naik minyak..masukkan kentang..gaul sebati..bila kentang dah mula lembut masukkan santan..
dah mendidih ganas masukkan telur ..masukkan cili padi hijau dan cili merah..dah pekat… sesuaikan rasa…siap..
Empat idea bento ini boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang sedang tercari-cari idea untuk membuat bento anak-anak ke sekolah.
Alamak. Macam susah je nak buat. Jangan risau. Kalau pun tak boleh ikut 100%, tapi boleh ambil serba sedikit idea yang dikongsikan ini kan? Semoga ia dapat menarik minat anak-anak untuk makan bekal yang dibawa.
Empat Idea Bento Anak
Bento Nasi Jepun Bersama Telur TamagoyagiDan Ayam Lemon
Untuk Mi Wantan: Masukkan air secukupnya ke dalam sebuah periuk, kemudian biar mendidih. Setelah itu celur Mi Wantan seketika. Bila masak, angkat dan tos. Ketepikan.
Untuk Mi Wantan Hiasan: Celur Mi Wantan dan setelah masak, angkat dan tos. Kemudian gaul dengan kicap pekat. Ketepikan.
Untuk memasak kuah: Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan hirisan kurma Cina.
Setelah itu, masukkan air, diikuti oleh bebola ikan, kek ikan. Udang. Setelah hampir masak barulah masukkan sayur-sayuran seperti sengkuang dan Sawi Cina. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh hingga benar-benar masak. Tutup api dan ketepikan.
Untuk menghidang: Isikan Mi Wantan ke dalam bekas.Susunkan udang dan juga Sawi Cina.
Gulung Mi Wantan yang digaulkan dengan kicap dengan penyucuk koktel dan cucukkan ke atas bebola ikan.
Tuangkan kuah mi ke dalam mi.
Taburkan hirisan jejari isi ketam di sekeliling mi. Sedia dihidangkan.
Sedikit belacan (pilihan) – Bahan untuk tumis dikisar
5 sudu besar cili giling
4 sudu makan air asam Jawa
4 sudu makan minyak masak
Bahan Untuk Hiasan:
60 gram ikan bilis
3 biji telur
1batang timun
Sedikit kacang tanah yang siap digoreng
Rumpai laut Jepun
Cara Memasak:
Untuk nasi lemak: Satukan air, santan, beras yang telah dicuci, halia dan daun pandan di dalam periuk nasi. Perasa dengan garam secukupnya dan tanak nasi sehingga masak, anggaran selama 15 minit.Ketepikan.
Untuk sambal tumis bilis: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan tumis. Tumis sehingga tumisan naik bau.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Biarkan selama 12 minit dan tutup api. Ketepikan.
Goreng ikan bilis untuk hiasan di dalam minyak yang panas sehingga garing dan rebus telur selama 10 minit hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
Timun dibelah dia dan potong separuh bulat. Susun di bahagian bawah bekas makanan.
Nasi dikepal menjadi bulat sebanyak tiga kepal. Gunakan Rumpai Laut Jepun untuk membuat mata dan mulut. Susun bebola nasi di atas timun.
Kacang goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kiri). Ikan bilis goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kanan).
Telur rebus dibelah enam dan disusun secara menegak di antara bebola nasi.
Sebagai pelengkap, sambal ikan bilis dituang di atas bebola nasi.
1.Untuk memasak pulut: Beras pulut dicuci dan direndam selama 15 minit. Masukkan serbuk kunyit untuk menjadikan pulut berwarna kuning.
Toskan dan tanak beras pulut yang sudah direndam dengan kaedah mengukus selama lebih kurang 20 minit sehingga masak. Ketepikan.
Untuk menyediakan Serunding: Masukkan daging ke dalam air dan reneh sehingga daging empuk. Setelah masak, tos daging dan biarkan ia sejuk. Ketepikan.
Kemudian bahan tumis disatukan dan dikisar. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
Daging yang telah disejukkan tadi dicarik halus. Masukkan daging yang dicarik ke dalam bahan tumisan dan masukkan santan. Perlahankan api dan kacau sehingga serunding menjadi kering. Setelah cukup kering, tutup api dan biar sejuk. Ketepikan.
Setelah itu, rebus telur selama 7 minit hingga masak.
Untuk menghidang: Pulut kuning dikepal menjadi bulat. Buat tiga kepalan nasi. Susun pulut tersebut di dalam bekas, menyerupai ulat bulu.
Gunakan telur puyuh yang telah direbus sebagai kepala Ulat Bulu. Buat mata ulat bulu menggunakan sedikit Rumpai Laut Jepun. Sesungutnya menggunakan parutan lobak merah.
Letakkan serunding daging di sekeliling pulut tersebut.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas! Sesuai sangat buat makan selepas sembahyang terawih nanti.
CUCUR BILIS, KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.