Dunia bakeri memang ada banyak kisah pahit manis. Ada yang berendam air mata bila dapat pelanggan cerewet. Ada juga yang gembira kerana dapat membuat kek untuk orang kenamaan. Tidak kurang juga kisah 'semangat yang hilang' apabila kek yang dibuat rosak di saat akhir ketika hendak dihantar kepada pelanggan.
Sebagaimana kisah seorang baker, Ilyana Isa. Kisah pada Oktober 2013 tetap jadi kenangan yang terpahat dalam ingatannya.
"Bila kek tu rosak, saya panik, terkejut dan takut kena marah dengan kastemer. Saya rasa bersalah tapi lebih banyak rasa sedih sebab usaha keras semalaman tak tidur malam hancur sekelip mata," cerita Ilyana. Dia telah menyebabkan kek pelanggan rosak sebab terlanggar bonggol ketika memandu kereta ke rumah pelanggan."
Sambung wanita ini, "Masa tu saya masih baru dalam dunia baking. Saya menangis sepanjang perjalanan ke majlis perkahwinan kastemer. Akhirnya saya tolak semua order sepanjang minggu tu. Rasa sangat depressed dan hilang terus semangat nak teruskan baking. Terus salahkan diri sendiri kerana merosakkan majlis perkahwinan kastemer."
Sepatutnya kek keadaan seperti ini.
.
Terlanggar bonggol, kek jadi macam ini.
.
KENA MENUNTUT ILMU
Namun semangat dan minat dalam dunia membuat kek menjadikan Ilyana cepat naikkan semangat. Tidak boleh selamanya terus menyalahkan diri sendiri. Walaupun dia sedar dia telah merosakkan majlis perkahwinan pelanggan, namun Ilyana yakin dia boleh jadi baker yang bagus satu hari nanti.
Ilyana mengakui pergi menuntut ilmu membuat kek adalah salah satu perkara yang perlu dibuat. Walaupun banyak ilmu boleh dipelajari melalui teknologi masa kini misalnya Youtube, namun tidak sama dengan belajar daripada guru.
"Saya banyak berguru. Ramai guru baking yang saya jumpa untuk belajar daripada mereka. Saya tekad nak naikkan semula semangat yang hilang. Salah satu ilmu penting yang saya pelajari daripada kejadian kek pengantin terbelah waktu delivery adalah kek yang perlu deliver jauh terutamanya kek bertingkat perlu set sekurang-kurangnya satu hari dalam fridge. Ini penting supaya kek betul-betul stabil sebelum hantar. Jangan kek siap saja terus pergi hantar. Dulu saya ingat nak bagi pelanggan dapat kek yang freshly baked iaitu siap beberapa jam terus deliver. Sangat-sangat salah idea tu," katanya.
Selain itu, Ilyana turut belajar mengawal emosi. Jangan panik dan sentiasa bersedia dengan back up plan jika terjadi perkara seperti ini lagi. Bawa alatan asas untuk baiki kek. Sebelum ini, dia panik apabila kek pengantin rosak ketika penghantaran. Hal ini membuatkan dia membeli kek dari kedai kek untuk menggantikan kek yang rosak. Padahal kek yang rosak itu sebenarnya masih boleh diselamatkan lagi.
Ads
APA PERLUNYA BERGURU?
Ilyana memberikan 4 sebab kenapa seseorang yang ingin menjadi baker perlu berguru sebelum serius mengambil tempahan daripada pelanggan.
1) Jika anda hanya belajar buat kek secara online tanpa guru, memang sangat berbaloi dari segi wang ringgit kerana ianya percuma. Tetapi hakikat sebenarnya, belajar sendiri memerlukan lebih banyak pengorbanan masa dan tenaga. Anda akan ambil masa yang sangat lama untuk belajar. Mungkin bertahun-tahun lamanya dan banyak trial and error untuk mendapat sesuatu skill.
2) Berguru untuk belajar membuat kek sebenarnya sangat penting kerana kita akan sentiasa belajar benda baru. Kita juga akan dapat cara untuk belajar secara 'bijak' (work smart) dengan berguru. Kita dapat jimatkan masa dan tenaga untuk belajar tips & tricks melalui pengalaman orang lain. Kebarangkalian kejadian yang tidak diingini seperti kek rosak akan dapat dikurangkan dengan panduan daripada seorang guru.
3) Sesuatu yang perlu ada pada seorang baker yang penting ialah minat, kemudian baru dapatkan skill. Jika ada minat, skill akan datang dengan sendiri. Skill dekorasi kek, skill melayan pelanggan dan skill berniaga akan bertambah dengan pengalaman.
4) Perkara yang membezakan antara baker yang belajar di Youtube sahaja dengan baker yang belajar secara berguru adalah pada masa dan pengalaman. Baker yang belajar sendiri melalui Youtube akan mengambil lebih banyak masa kerana perlu mencuba pelbagai teknik sebelum berjaya. Baker yang berguru akan dapat skill dan teknik yang sama dengan masa lebih singkat.
BAKER ERA PANDEMIK COVID-19
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ni, Ilyana turut berkongsi cara untuk para baker pastikan pendapatan tetap konsisten dengan menerima tempahan yang memberangsangkan seperti waktu sebelum ada wabak ini.
"Tawarkan servis penghantaran dan pembayaran online yang semestinya boleh elak bersentuhan. Kecilkan size kek atau tawarkan kek budget supaya lebih ramai pelanggan mampu membeli. Iklan secara konsisten supaya produk mendapat tempat di hati lebih ramai orang," ujar Ilyana yang telah mula mengusahakan kek sejak 2013.
Selain itu, Ilyana turut mempunyai impian dalam dunia baking. Dia sememangnya minat makan kek dan ingin orang ramai menikmati kek yang sedap sehingga mencapai tahap keenakan yang diharapkan.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lebih ramai baker, terutamanya baker yang baru bergiat dalam bidang ini. Sebelum ini saya banyak mengajar kelas hands on, tetapi saya dalam proses membuat kelas pengajian atas talian (PJJ) untuk bersama lebih ramai baker. Itu impian saya," katanya yang juga guru baking kepada pengasas Kedai Kek Bangi, Zetty Nurakmal Azura.
ANTARA KEK YANG DIBUAT
.
.
.
Ilyana kongsikan resipi kek Lotus Biscoff Cheesecake iaitu antara kek buatannya yang menjadi salah satu paling laris dijual. Jom kita cuba buat.
Ads
LOTUS BISCOFF CHEESECAKE
BAHAN BASE
140 gram biskut lotus biscoff
60 gram mentega (cairkan)
CARA MEMBUAT BASE
1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair.
2. Tekan dan padatkan pada dasar loyang saiz 7 inci yang dialaskan dengan baking paper.
3. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.
BAHAN CHEESECAKE
450 gram creamcheese (suhu bilik)
160 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
130 gram sourcream
2 biji telur ayam gred B
BAHAN TOPPING
150 gram lotus biscoff spread
1~2 keping biskut lotus biscoff sebagai hiasan.
CARA MEMBUAT CHEESECAKE
1. Pukul creamcheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan sourcream. Pukul perlahan.
3. Masukkan telur ayam. Pukul perlahan sahaja. Sebatikan dan tuang ke dalam pan.
4. Bakar dalam oven menggunakan teknik 'waterbath' pada suhu 160°c selama 1 jam.
5. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam.
6. Keluarkan daripada loyang. Cairkan lotus biscoff spread menggunakan microwave atau double boil. Sapu atas cheesecake. Hias dengan biskut lotus biscoff.
Sedapnya Kek Marble ni. Nampak lembut dan ‘moist’ kan? Menurut empunya resipi saudari Zahrah Hafiz, resipi Kek Marble Red Velvet Coklat yang dikongsi ni memang sangat sedap dan gebu. Haruman menteganya bila kek siap dibakar, memang sangat membuka selera. Sesuai sangat anda cuba buat untuk keluarga. Nak buatnya pun tidak sukar. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega sampai gebu dengan menggunakan mixer. 2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan juga susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul sebati. 3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun seketika dan sebatikan. 4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan pada warna asal, satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco dan satu bahagian lagi letakkan coklat emulco. 7. Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper dan dilenser dengan mentega. 8. Lapiskan adunan tadi berselang seli untuk dapatkan lapisan marble yang diingini. 9. Bakar adunan selama 50 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 165 C. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Pastikan ketuhar telah dipanaskan selama 5-10 minit sebelum dimasukkan kek.
Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
Bahan-Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Selera orang berpuasa memang tidak menentu, Nampak makanan semuanya sedap. Terserah pada anda bagaimana ingin mengawal nafsu makan. Apa kata, anda variasikan menu sepanjang bulan Ramadan ini dengan pelbagai variasi menu barat dan tempatan, berpandukan dengan resipi disediakan oleh Chef Carlton Holiday.
1. KARI KEPALA IKAN CARLTON
BAHAN-BAHAN:
1.5kg kepala ikan merah | belah dua
250ml santan kelapa
100gm serbuk kari ikan
10gm serbuk kunyit
50gm serbuk cili
15gm lada hitam dihancurkan
20gm halba campur
150gm bawang merah | hiris
100gm bawang putih | hiris
100gm halia | hiris
15gm daun kari segar | leraikan dari tangkai
250gm air asam jawa
150ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Campuran sayur (kancang bendi,terung dan cili hijau)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari sehingga naik bau.
Masukkan halba campur,campuran rempah kari,serbuk kunyit,serbuk cili dan lada hitam yang dijadikan pes. Tumis sehingga pecah minyak
Masukkan kepala ikan, air asam jawa, santan dan tambahkan air secukupnya jika perlu.
Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau.
Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Taburkan daun ketumbar dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk kari yang lebih sihat, anda boleh tukar santan dengan susu rendah lemak.
……
2. UDANG GALAH MENTEGA KUNING TELUR
BAHAN-BAHAN:
1kgudang galah | goreng
6 biji telur kuning
50gm mentega
50gm susu segar
50gm minyak masak
4 ulas bawang putih | ketuk
Cili padi ikut cita rasa | hiris halus
2tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul ringan telur kuning yang dipukul menggunakan senduk.
Panaskan mentega yang dicampur dengan minyak masak.
Bila minyak dalam kuali panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk dengan sederhana laju mengikut arah jam tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tinggi sedikit dari kuali, supaya telur yang jatuh halus.
Masukkan daun kari dan terus kacau sehingga kuning telur bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning keemasan, masukkan daun kari dan hirisan cili padi serta susu.
Kacau hingga kuah pekat,
Masukkan undang yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Tutup api dan masukkan udang dalam pinggan kemudian taburkan di atasnya dengan kuing telur yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Goreng udang dengan kulit-kulitnya sekali.
….
3. AYAM PANGGANG BERSAMA NASI MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN:
1 ekor ayam | bersihkan dan tos
30gm serbuk Cajun
15gm paprika
1 sudu teh minyak sapi
3gm daun rosemary
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT DALAM PERUT AYAM:
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 batang seleri | hiris
BAHAN NASI:
1 kg beras bashmati | rendam
60gm mentega
100gm minyak masak
50gm bawang putih
3 helai daun pandan
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam. Gaul sekali dengan ayam biar sebati.
Masukkan dalam perut ayam dengan bahan sumbat.
Kemudian bakar dalam ketuhar lebih kurang 45 minit atau hingga ayam masak.
Sementara itu sediakan nasi.
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan beras dan masukkan air secukupnya.
Tuangkan dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa (lebih kurang 15-20 minit)
Setelah nasi masak hidangkan dalam pinggan bersama hirisan ayam panggang.
INFO CHEF: Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak sukakan pedas. Sangat sesuai untuk hidangan bersahur.
…..
4. KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong yang dihiris halus | celur dan tos
500gm terung goreng tepung
10gm bijan | goreng tanpa minyak
3ulas bawang merah | hiris halus
2batang serai | hiris halus
3helai daun limau purut | hiris halus
1biji cili merah | hiris halus
2biji limau kasturi
2sudu makan sos ikan
2sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
Masukkan sos ikan, gula dan perahan limau kasturi.
Gaul rata dan pastikan rasanya secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain sotong boleh juga guna undang. Ikut cita rasa anda dan keluarga.
…..
5. ONDE-ONDE PELANGI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut. Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk kelapa parut yang tidak mudah basi, kukus kelapa yang telah dicampur dengan garam 5-10 minit.
…..
6. UDANG MANGGA SALSA
BAHAN-BAHAN:
300gm udang | buang kulit dan tinggalkan ekornya
1 biji tomata | dadu kecil
1/2biji mangga separuh masak | potong dadu
BAHAN SALSA:
1 ulas bawang merah | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji cili merah | cincang halus
1 biji limau kasturi | ambil jus
1 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, bila mendidih celurkan udang. Angkat dan toskannya.
Kemudian sediakan salsa dengan mencampurkan bawang merah, putih dan cili yang dicincang.
Seterusnya perahkan jus limau, masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Campurkan udang bersama mangga, tomato, kemudian hidangkan dengan salsa di dalam pinggan.
INFO CHEF: Campurkan bahan hanya bila ingin menghidangkannya, jika sedia dihidangkan. Simpan dalam peti ais.
…..
7. RAMBOW FISH ROLL
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan putih
200gm isi ketam stik
2biji telur
100gm tepung gandum
Salad campur | sebagai hiasan
Secubit garam
Secubit lada hitam
CARA MEMASAK:
Masukan isi ikan beserta telur dalam mangguk dan tambah garam dan lada hitam.
Gaulkan sehingga rata dan tambahkan tepung untuk mendapatkan adunan yang sebati
Ratakan bahan adunan di atas tikar penggulung sushi dan letakan isi ketam stik di tengah-tengah dan gulung.
Balut adunan di dalam acuan selinder dan kukus sehingga masak. Kemudian sejukkan
Potong dan dan hidangkan secara berasingan bersama sos kegemaran anda
INFO CHEF: Setelah kukus, selinder ini boleh digoreng sebelum dipotong untuk dihidangkan.
…..
8. MERINGUE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur putih
200gm cawan gula
1/2 sudu teh Cream of Tatar
1/2sudu teh esen vanilla
200gm coklat yang telah dicairkan.
CARA MEMASAK:
Satukan putih telur, gula aising dan Cream of Tatar.
Renehkan secara doublr boiler hingga gula hancur.
Alihkan dari api dan putar dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi soft peakdan bertanduk.
Masukkan adunan di dalam piping bag dan paipkan di atas parchment paper supaya tidak melekat.
Kemudian masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C. Kemudian perlahankan suhu. Ikut kesesuaian ketuhar.
Setelah masak, sejukkan.
Sebelum dihidangan, paipkan coklat di atasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah yang anda suka.
INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan, simpan cookies di dalam bekas kedap udara.
……
RESIPI : TEAM CHEF, CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITE.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...