Selesai menikmati juadah raya yang berempah dan pedas tu, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
7 biji telur
100 ml susu penuh krim
350 gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan jeli :
25 gm serbuk jeli perisa strawberi
1 liter air panas
Bahan krim kastad :
500 ml susu penuh krim
30 gm tepung kastad
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila: 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak. Cara masak jeli : 1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut. Cara masak krim kastad : 1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih. 2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad. 3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan. Cara membuat lapisan English Triffle : 1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan. 2. Potong hirisan buah ikut citarasa. 3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan. 4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais. 5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
Ads
17 biji telur
100 gm susu penuh krim
350 gm gula
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega : Meringue:
100 ml putih telur
50 gm gula
Air gula :
70 ml air
125 gm gula
500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
300 ml air panas
200 gm gula
2 sudu makan kopi (nescafe)
* Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
250 gm keju mascarpone
5 biji kuning telur
300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
150 ml krim masakan
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila : 1.Pukul telur hingga kembang. 2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara masak krim mentega (butter cream) : 1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang. 2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat. 3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji. 4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit. 5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit. Cara masak krim tiramisu : 1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu. 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. 3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra. Cara membuat kek tiramisu 1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan. 2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek 3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir. 4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
Ads
2 cawan susu segar
2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
1/4 cawan gula halus
1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
1/2 cawan kismis /dikisar
1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gelatin ke dalam air panas. 2. Kacau dan biarkan ia mengembang. 3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. 4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua 5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit. 6 .Sementara itu, sediakan puri kismis 7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air 8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi 9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit 10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 1 jam Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF: ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.
Ada yang nak buat potluck tapi masih tak tahu menu apa nak dibawa? Nah boleh cuba resipi simple dan gerenti ramai yang suka. Egg mayo ni makannya tidak akan rasa muak. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Egg Mayo Sandwich
Bahan-bahan:
5 biji telur rebus 5 sudu besar mayonis 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh gula Air perahan lemon/ limau kasturi Timun jepun di dadu 1 sudu teh lada hitam
Jom cuba resipi Zha Jiang Mian @ Mi Sos Daging yang sedap ini. Menurut saudari Zurina Zulkefli, hidangan ini adalah salah satu simple Chinese noodle yang sangat popular di Beijing. Wow… Nk ke China bilalah agaknya kan? Lagipun pasti agak ragu-ragu untuk menikmatinya di negara asal menu ini disebabkan oleh faktor halal. Jadi jomlah kita cuba masak sendiri menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia. Pasti berselera.
CARA MASAK ZHA JIANG MIAN @ MI SOS DAGING BEIJING
BAHAN-BAHAN:
Mi – sebarang jenis (empunya resipi guna fetuccine) – beli online disini
Siapa tak suka kek homemade segar dan panas dari oven. Kepelbagaian dalam bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek.
Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House berkongsi resipi 10 variasi kek untuk pembaca dan pengikut RASA.
KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream *Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan CARA MEMASAK :
Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
5 biji telur gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovalet
2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
225 gm gula castor
10 gm serbuk agar agar
Sedikit pewarna kuning
100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
75 ml air
Secubit garam
400 gm ( 1tin jagung krim)
CARA MEMASAK :
Kek :
Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad:
Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan w
Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .
Cara buat lapisan kek jagung
Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO CHEF : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK CAWAN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko | diayak
1 cawan gula kastor
Bahan B:
1 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK :
Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati.
Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream.
Topping buttercream coklat :
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko
INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
4 biji telur gred A
180 gm gula kastor
170 gm tepung kek | diayak
2 sudu makan serbuk kacang pecan
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu makan ovalet
50 ml minyak jagung
1 sudu teh perisa badam
Bahan krim:
200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)
Bahan Choc Ganache :
100 gm coklat masakan
100 gm non dairy whipping cream
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.
Coklat Ganache :
Panaskan whipping cream sehingga mendidih
Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Menghias kek:
Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)
Waktu memasak: 40 – 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO CHEF : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
5. KEK TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
150gm tepung superfine | diayak
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu teh serbuk penaik
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh perasa kopi
Bahan sirap kopi:
1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
¼ cawan air panas
* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi
Bahan krim keju:
250 gm krim keju
120 gm gula aising
200 gm whipping cream
150gm yogurt perasa asli
20 gm gelatin
80ml air panas
Cara membuat:
Kek :
Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Krim keju :
Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.
Menghias kek:
Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi
INFO CHEF :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
6. KEK LAPIS PANDAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
5 biji telur Gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovalet
1 sudu teh pes pandan
2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
1050 gm santan (200ml santan kotak + air)
225 gm gula
10 gm serbuk agar agar
1 sudu teh pes pandan
100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
Secubit garam
CARA MEMASAK :
Kek :
Satukan telur, ovalet, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang tin pembakar (20sm x20sm) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8sm x 17.8 sm). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad :
Satukan semua bahan-bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas.
Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
Membuat lapisan kek pandan :
Tuang 1/3 adunan kastad ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastad tadi dan ditekan- tekan sedikit.
Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastad dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
*Bahagian yang berkastad tu di atas dan kek di bawah. Kek ni dimulai dgn bahagian kastad dan akhir dengan kek.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1.5kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek berperasa pandan yang lembut dan gebu
INFO CHEF: Loyang perlu dibasahkan untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang pembakar.
7. KEK KEJU OREO
Bahan-bahan
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm nondairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
• 60 ml air panas
• 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
8. KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
Bahan A :
300 gm tepung gandum | diayak
100 gm serbuk koko | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
*Satukan semua bahan, kemudian ayak dan diketepikan.
Bahan B :
3 biji telur saiz A
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C :
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
2 sudu makan susu pekat manis
Bahan D:
250 ml air panas
Bahan Mocha Cream cheese:
Bahan A
12 gm gelatin
60 ml air
Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh kopi segera
60 gm gula aising
Bahan C
300 gm krim putar bukan tenusu
Bahan Coklat Ganache:
250 gm coklat masakan
100 gm non dairy whipping cream
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
Satukan semua bahan B, pukul hingga putih gebu. 2. Masukkan minyak dan susu cair, dan 2 sudu makan susu pekat manis. Pukul hingga sebati 3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. 4. Tambahkan air panas dan gaul rata 5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 20 sm yang telah di gris dan dilapik dasar loyang dengan kertas minyak 6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C 7. Masa pembakaran 50 minit sehingga 1 jam bergantung kepada kepanasan ketuhar. 8. Potong kek menjadi 3 atau 4 keping untuk dilapiskan bersama mocha cream cheese dan coklat ganache.
Mocha Cream cheese 1.Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
2. Satukan gelatin dalam air, kemudian cairkan secara double boil.
3. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul hingga licin dan sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental.
5. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna.
6. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais sebelum digunakan untuk melapisi antara kepingan kek.
Coklat ganache :
Panaskan whipping cream sehingga mendidih
Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Masukkan ke dalam piping bag untuk menghiasi dan melapisi di antara kepingan kek.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 1 jam
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek yang berkrim dan kaya rasa mocha
INFO CHEF : Pastikan kek disejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurang dua jam sebelum dipotong.
9. KEK VANILA KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
150gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
250 gm keju krim
1 cawan susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream
Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju :
Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
10. KEK CAWAN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
1 1/4 cawan tepung kek | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK :
Panaskan oven pada suhu 170C.
Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati.
Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.
Buttercream:
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!