Eco-Plus Concept Store terbaru mengukuhkan komitmen Eco-shop untuk menyediakan barangan keperluan mampu milik demi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Eco-shop, peruncit barangan rumah mampu milik terkemuka Malaysia,mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur, sempena ulang tahunnya yang ke-21. Penambahan terbaru ini juga merupakan sebahagian daripada pengembangan konsep Eco-Plus oleh Eco-shop, iaitu format kedai yang direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.
Outlet NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga, selepas pembukaan yang mendapat sambutan di lokasi lain. Konsep ini dibangunkan untuk menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM 2.40, RM 6.00, dan RM 10.00 yang hanya terdapat di NU Sentral.
Dengan penekanan kepada kemudahan dan kemampuan, konsep Eco-Plus mencerminkan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang bergerak pantas pada masa kini.
Ads
“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.
“Dengan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, kami kekal komited untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan produk penting pada harga mampu milik demi kesenangan semua lapisan masyarakat. Selain itu, melalui aplikasi Eco-shop yang kini mempunyai lebih 1.5 juta ahli, kami memberi ganjaran kepada pelanggan dengan faedah yang dapat meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka”
Perkembangan pesat Eco-shop di seluruh Malaysia mencerminkan pemahamannya tentang keperluan masyarakat tempatan. Cawangan terbaru mereka di NU Sentral dilengkapi kaunter pembayaran sendiri yang sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian yang lebih pantas dan cekap. Dengan lebih 10,000 produk yang tersedia, pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah, daripada makanan dan kelengkapan cucian, kepada alat tulis dan penjagaan haiwan peliharaan.
Demi mengawal dan meminimumkan pergerakan rakyat seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diambil oleh kerajaan , satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Gembira, penuh syukur dan akan diingati rakyat. Semalam Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin telah mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) yang mana ia merupakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat disebabkan wabak Covid-19 yang melanda negara.
Bantuan ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia yang tinggal di negara ini. Perdana Menteri telah berjanji, “tiada golongan yang akan tercicir. “No one will be left behind”.
Berita ini sudah tentu memberikan nafas lega buat rakyat yang terjejas terutamanya bagi yang menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama.
Peniaga gerai tepi jalan, pengusaha industri makanan kecil-kecilan, pengusaha restoran, kedai makan, kantin, peniaga ‘food truck’, pemilik bakeri, peniaga ‘online’ dan ramai lagi adalah antara golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19.
Oleh itu bantuan-bantuan yang diberi melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diharap dapat meringankan beban kewangan individu serta perniagaan yang terjejas.
Antara bantuan yang terkandung dalam pakej PRIHATIN ini ialah:
Untuk peniaga ‘online’ yang semestinya banyak bergantung pada penggunaan internet, bantuan ini diharap dapat membantu merancakkan lagi promosi sekaligus memulihkan perniagaan yang terjejas.
Oleh itu para peniaga makanan lain juga boleh memanfaatkan bantuan ini dengan mempromosikan produk serta perniagaan secara atas talian sementara menunggu untuk menyambung perniagaan seperti biasa selepas wabak Covid-19 reda.
Selain yang dinyatakan, terdapat banyak lagi bantuan-bantuan yang diumumkan oleh PM untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan juga untuk memperkukuhkan ekonomi negara. Antaranya:
Paling menarik perhatian, #makcikkiah menjadi ‘trending’ apabila Perdana Menteri memberikan contoh paling mudah supaya rakyat dapat membuat kira-kira serta memahami jumlah bantuan yang bakal diperolehi bermula 1 April ini.
Bantuan ini juga turut dimanfaatkan oleh para ‘frontliners’ dan para petugas keselamatan yang terpaksa bekerja keras membendung wabak ini.
Oleh itu marilah sama-sama mematuhi Arahan Kawalan Pergerakan supaya wabak Covid-19 ini dapat dibendung dengan cepat. Jangan sia-siakan bantuan yang diberi serta hargailah keringat para petugas kesihatan serta keselamatan yang berkorban nyawa demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kita mampu menghadapi saat genting ini jika semuanya memberikan kerjasama dan mendengan arahan. Bak kata PM…
Nama Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kelahiran Kota Bahru begitu sinonim dengan siri masakan Ramadannya yang viral bertajuk “30 Hari 30 Resepi”.
Dia berkongsi 30 jenis idea resipi sepanjang bulan Ramadan. Hari ini jenama @KhairulAming memperoleh jutaan pengikut merentas semua saluran sosial dan lebih daripada satu juta tontonan untuk kebanyakan video yang disiarkan.
Keperibadiannya yang bersahaja dalam menerangkan cara membuat resipi itu menarik perhatian ramai.
Tidak hairanlah Khairul Aming tercalon dalam kategori Creator of the Year dalam Anugerah Tik Tok Malaysia 2023 yang bakal berlangsung 27 Ogos ini. Tahniah Khairul Aming!
“Pengalaman pahit sepanjang menjadi content creator ialah tahun lepas bila saya kena Covid 19, seminggu sebelum Ramadan, ketika 30 hari 30 Resepi, tahun ke lima. Tak cukup nafas, batuk, tak cukup tidur, minggu pertama Ramadan yang paling penat untuk dilalui,”akuinya.
Bergelar Usahawan
Seperti kebanyakan pempengaruh, Khairul Aming memutuskan untuk turut menggunakan platformnya bagi menjalankan perniagaan.
Kejayaan siri Ramadannya mendorongnya untuk cuba menjual apa yang kini menjadi perencah terkenal dalam masyarakat Melayu tempatan, Sambal Nyet.
Pada Awal 2021, “Sambal Nyet Berapi” mendapat tempat di hati masyarakat yang juga pengikut tegar pempengaruh ini.
“Pada 2017, saya mulakan R&D sambal ini. Kami keep improve dari masa ke semasa kerana dulu kita masak guna kuali kecil sekarang kita masak berkawah-kawah besar di kilang pada setiap hari,”ceritanya.
Di akhir bicara Khairul Aming memberi bayangan ciri-ciri isteri pilihannya jika tidak masak pun tidak mengapa, dia sendiri pun boleh memasak untuk isteri.
Jika anda sedang mencari resipi yang mudah,boleh follow resepi yang dikongsi oleh Khairul Aming.Penyampaian videonya memikat hati, mudah diikuti dan mengikut peredaran masa.Ternyata membuka selera.
Jom kita tengok antara video yang menarik jutaan followers:
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...