Membeli- belah tentulah lebih menyeronokkan kalau semua barangan yang kita perlukan berada di bawah satu bumbung. Sebagai pengguna yang mengutamakan produk keluaran tempatan, kita pasti akan memilih produk berkualiti serta menepati citarasa kita sekeluarga.
Namun selalunya kita perlu mencari di kedai atau pasaraya berbeza untuk mendapatkan setiap produk yang diinginkan. Selain membazir waktu, adakalanya kita juga rasa kecewa apabila barang yang dicari tiada di tempat tersebut.
Mengerti masalah yang selalu melanda pengguna, TESCO membawakan lebih banyak pilihan produk keluaran SME yang berkualiti dan memenuhi keperluan ramai. Apabila semua barang yang diperlukan ada, sudah pasti suasana membeli belah di TESCO lebih mengembirakan.
Bagi yang mengutamakan barangan tempatan, Di TESCO anda boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan rumah seperi produk makanan, barangan dapur, barangan elektirik, produk kecantikan, kesihatan hinggalah produk-produk keperluan harian seisi rumah.
Ads
Lebih penting setiap barangan tersebut berbaloi untuk dibeli kerana kualitinya setanding dengan produk keluaran luar negara. Di samping itu secara langsung kita turut memberi sokongan kepada pengusaha tempatan.
Tesco Teruskan Usaha Mengangkat Produk Tempatan
Disamping mengutamakan keperluan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan yang lengkap, TESCO secara langsung turut membantu pengusaha tempatan meningkatkan pendapatan jualan dengan membantu meningkatkan pasaran dan mengukuhkan jenama tersebut dengan menyediakan pelbagai promosi dalaman.
TESCO juga turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan melancarkan Program Citarasa Malaysia sebagai tanda sokongan kepada pengusaha tempatan serta Peniaga Kecil dan Sederhana (SME). TESCO telah membawa masuk pelbagai jenama ketika program ini berlangsung Julai lalu, malah semua produk ini masih terus dijual sehingga kini.
Pengarah Produk Tesco Malaysia, Kenneth Chua melahirkan rasa gembira kerana dapat berkongsi dan membantu pembekal meningkatkan keuntungan.
Saya gembira untuk berkongsi kejayaan ini. Di tengah persekitaran runcit yang kompetitif. pembekal SME Tesco secara kolektif dapat menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 13 peratus pada 2018. Ini adalah peningkatan daripada 11 peratus yang dicatatkan pada tahun 2017.
Beliau juga menggesa agar pembekal SME lebih dinamik dalam bersaing dalam pasaran runcit.
Pasaran Runcit adalah perniagaan yang dinamik dan oleh itu para pembekal harus memahami bahawa penyenaraian semata-mata di rak kami bukanlah usaha terakhir tetapi ia satu permulaan yang menarik dan kadang-kadang mencabar, kata Chuah.
Ads
“Adalah cita-cita kami untuk melihat pembekal SME ini terutamanya yang lebih kecil berkembang dengan kami. Untuk mencapai matlamat ini, kita terus memelihara dan membimbing mereka supaya berdaya saing dan berdaya tahan dalam ruang pasaran. Untuk itu pengusaha dan pembekal SME, mereka mesti bekerja keras untuk membina jenama mereka sendiri dan ini memerlukan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti produk, pembungkusan dan kemampuan.” Ujarnya.
Pada majlis yang sama Tesco Malaysia telah mengiktiraf 10 Pembekal Utama atas pencapaian jualan mereka tahun lepas. Sebagai sokongan selanjutnya kepada para pembekal SME, pengendali pasar raya besar itu juga menganugerahkan lima (5) pembekal SME Potensi Pertumbuhan Tinggi serta mengalu-alukan tiga (3) pembekal baharu yang berpotensi.
Pengeluar herba organik dan penghasil racun serangga AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd melalui Pengarah Urusannya, Amirul Firdaus Yunus berkata TESCO telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat itu.
“Kerjasama kami dengan Tesco telah memberi manfaat kepada kami kerana bukan sahaja ia menghubungkan kami dengan pegawai terbaik dan paling berpengalaman, Tesco juga mempunyai banyak data yang membantu kami menganalisis kekuatan produk kami di semua cawangan Tesco,” kata Amirul .
Ads
AFY Haniff telah menjadi pembekal Tesco Malaysia sejak tahun 2007. Sementara itu, pembuat kek dan kueh Frutissimo yang terkenal, Kolam Emas Sdn Bhd, melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zukahida Kasim berkata jualan syarikatnya telah berkembang dengan pesat sejak berkerjasama dengan Tesco Malaysia.
“Bermula dengan sesi padanan perniagaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017, Kolam Emas mula bekerjasama dengan Tesco pada April 2018. Sejak itu, kami telah melihat bahawa terdapat peningkatan kira-kira 25 peratus dalam jualan tahunan kami.”
AFY Haniff dan Kolam Emas telah dianugerahkan 10 Pembekal SME Terbaik dan turut menerima pengiktirafan sebagai Pembekal Berpotensi Tinggi.
Selain itu , antara jenama tempatan lain yang boleh didapati di Tesco termasuklah PETANI dan MUNIRA (produk SAMZA, NUREY’s, dan NASGERA, (Keperluan memasak & produk makanan) TOK MA (rempah), SWAG (produk kecantikan rambut dan SAFERCLEAN (produk penjagaan diri dan produk kebersihan rumah).
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Aplikasi foodpanda Malaysia kini meraikan satu lagi kejayaan apabila genap 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada 12 Ogos lalu.
Mengulas mengenai kejayaan ini, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, dia berbangga dan berbesar dengan pencapaian platform digital ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foodpanda Malaysia menganjurkan karnival panda paradise bermula dari Jumaat, 12 hingga Ahad, 14 Ogos lalu, di tempat letak kereta terbuka Sunway City, berhadapan Sunway Resort.
Selama tiga hari, pengunjung meneroka pelbagai jenis makanan yang sedap dan enak, berseronok bermain permainan atau bersantai bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga.
Di samping itu, para pengunjung juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad Air, Samsung Soundbar dan baucer pandamart bernilai RM500 dan banyak lagi cabaran Count The Items dan mencari harta karun.
Terdapat juga hidangan daripada vendor-vendor seperti seperti aiskrim Wall, ZUS Coffee, Wowffle, Pastryville, Soul Brew, Texas Chicken, Pizza Hut, Chatime, US Pizza, J Co Donuts, Boat Noodles dan banyak lagi. Selain itu Bank RHB, ETIQA dan Sunway Pyramid adalah antara rakan kongsi yang turut serta.
Bila tibanya bulan Ramadan, Bubur Lambuk adalah juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi menganjurkan program CSR RASA Bubur Lambuk 2U dengan kerjasama rakan penaja iaitu AJI-SHIO® dan TUMIX®.
Bertemakan Terpaling Klasik, acara memasak bubur lambuk tahun ini dijalankan di Rumah Ketupat Café, Seksyen 13 Shah Alam. Seawal jam 8.00 pagi lagi para chef dan kru telah bersiap sedia menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk yang sedap ini.
Sebanyak empat periuk bubur lambuk perisa ayam dan daging telah disediakan. Harum bau bahan tumisan memang meruntun selera. Ditambah pula dengan penggunaan bahan-bahan masakan yang segar serta ramuan istimewa iaitu AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa yang menyelerakan hidangan keseluruhannya kerana mempunyai rasa lada, rasa masin dan aroma yang wangi. Mudah dan senang. Serta TUMIX® Perencah Pati Ayam menjadikan Bubur Lambuk tahun ini begitu enak sekali. Masakan jadi lengkap dan sedap kerana mengandungi bawang-bawang dan ayam.
Situasi semasa penularan wabak Covid-19 membataskan penganjuran RASA Bubur Lambuk 2U dalam skala besar namun rasa syukur turut dizahirkan kerana walaupun terpaksa dilakukan dengan SOP yang ketat, program Bubur Lambuk 2U ini berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya dan dalam keadaan yang terkawal.
Program Bubur Lambuk 2U tahun ini juga tidak mungkin berjalan dengan lancar tanpa sokongan daripada rakan-rakan penaja. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJI-SHIO® dan TUMIX® kerana sudi turut serta dalam menjayakan program tahun ini.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Malah untuk tahun ini, Bubur Lambuk istimewa turut diagihkan kepada orang ramai.
Sebanyak 1000 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Balai Polis Seri Muda, Hospital Shah Alam dan juga pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Balai Polis Seri Muda telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Ketua Balai, Inspektor Mohammad Firdaus Bin Mohd Khairi.
Manakala di Hospital Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz kepada wakil yang terlibat.
Sambutan orang ramai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam juga diluar jangkaan. Dalam masa 30 minit sahaja, kesemua pek-pek bubur lambuk habis diagihkan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Program Bubur Lambuk 2U ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Siapa dah nikmati Roti Canai pagi ni? Kalau dah, anda patut berasa bangga kerana anda sedang menikmati hidangan roti terbaik di dunia!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.