Teringin nak makan mi udang. Nak beli, kadang tak sesuai dengan harga. Mahal tapi udang tak banyak. Kalau ada pun, mungkin udangnya kurang segar. Ha, kalau macam tu, apa kata masak sendiri mi udang ikut selera kita.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
Ads
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Selain hidangan lauk pauk, mestilah kena ada menu sayur. Barulah lengkap hidangan di atas meja makan. Kerabu Pucuk Paku Kerang antara menu berasaskan sayur-sayuran dan makanan laut yang mampu membuka selera seisi keluarga. Nak buat pun tak susah mana. Bahan-bahan pun sikit sahaja. Marilah kita cuba buat Kerabu Pucuk Paku Kerang ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Erny Yusniza Saad
RESIPI KERABU PUCUK PAKU KERANG
BAHAN-BAHAN:
100 g tauge 100 g isi kerang yang sudah direbus Pucuk paku (dicelur) Sedikit belacan*-BELI ONLINE 1 biji cili merah*-BELI ONLINE 7 biji cili padi*-BELI ONLINE 1 sudu teh asam jawa ekstrak* Garam dan gula secukup rasa 1 biji bawang besar* 2 sudu besar kerisik* 3 sudu besar pati santan*
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan bertanda * dikisar tanpa air. Boleh juga guna ‘hand blender.’
2. Masukkan tauge, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Tak lengkap nak menggoreng ayam jika tidak ada serbuk kunyit. Tapi tahukah kita ayam goreng yang tak di gaul dengan
serbuk kunyit lagi sedap dengan ramuan segar ini.
Resipi Ayam Goreng Tanpa Serbuk Kunyit
BAHAN-BAHAN:
5-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
Garam
1 Sudu besar serbuk cili
CARA-CARA:
Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
Kemudian masukkan garam, serbuk cili dan gaulkan
Perap dalam 10 minit
Akhir sekali goreng ayam yang dah diperap tadi
Siap. Sedia dinikmati!
Jangan abaikan sarapan pagi ye, malas bukan alasan sebab banyak menu mudah boleh disediakan kurang dari 10 minit. Paling mudah ialah Omelet, dengan roti bakar dah cukup. Kalau lebih rajin boleh kreatif sikit tambahkan apa-apa ada kat peti sejuk, misalnya cendawan dan keju. Masuk dua bahan ni gerenti anak-anak suka. Untuk lebih mudah, RASA bukan hanya bagi tip macam mana nak buat, malah resipinya sekali. Senang dan sedap ye, mak-mak boleh buat ni.
TELUR CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
5 biji cendawan shitake | dadu kecil
75 ml susu cair
Keju chedar | parut
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
2 sudu makan mentega
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
.
1. Pecahkan telur dalam mangkuk bersama serbuk lada hitam dan garam.
2. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sambil terus kacau.
.
3. Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan cendawan hingga masak.
.
4. Masukkan telur dalam tumisan tadi dan masak hingga pekat menggunakan api kecil,
5. Kemudian terbalikkan omelette supaya kedua-dua belah masak sepenuhnya.
6. Akhir sekali parutkan keju di atasnya.
7. Sedap dihidangkan bersama roti bakar.
Tip Memasak Telur
Gunakan api kecil supaya omelette masak rata dengan sempurna dan cantik warnanya. Jika ingin menambah sayur ke dalanya, pasti ia direbus dahulu agar teksturnya tidak keras. Senang sesangatkan.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.