Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasi yang sempurna macam yang peniaga jual tu.

Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!

 

CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA

Panduan Sukatan Bahan Untuk Masak Nasi Lemak Yang Sempurna & Tak Lembik.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 gelas beras
  • 1 1/2 gelas air
  • 1 1/2 gelas santan
  • Secubit garam
  • 1-2 ulas bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
  • Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
  • Daun pandan – disimpul

 

CARA-CARA:

1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.

IKLAN

Panduan Sukatan Bahan Untuk Masak Nasi Lemak Yang Sempurna & Tak Lembik.

2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.

3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.

4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).

5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.

IKLAN

Panduan Sukatan Bahan Untuk Masak Nasi Lemak Yang Sempurna & Tak Lembik.

6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.

7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!

Panduan Sukatan Bahan Untuk Masak Nasi Lemak Yang Sempurna & Tak Lembik.

 

IKLAN

INFO CHEF

  1. Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
  2. Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
  3. Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.

 

Kredit petua & foto: Ruviantie Roslan

 

PETUA INI  JUGA MUNGKIN BERGUNA BUAT ANDA:

Panduan Sukatan Beras, Santan & Air Untuk Masak Nasi Lemak Dalam Jumlah Yang Banyak.

Elak Kacang Nasi Lemak Dari Lemau, Mentah Dan Hangus.. Tip Ni Memang Membantu Sangat!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI