Antara resipi nasi goreng popular di makan di kedai makan Thai, yang sungguh sedap. Tapi kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak makan. Sediakan sahaja bahan-bahannya dalam peti supaya memudahkan ketika memasak semasa nak berbuka nanti. Cubalah sebab tak susah nak membuatnya!

1.NASI GORENG CINA

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 – 2 sudu besar mentega
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • 3 – 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • Isi ayam – potong kecil
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu besar lada sulah – tumbuk
  • 2 biji telur

Bahan Sayuran:

  • Karot – potong dadu
  • Cili padi – hiris
  • Sayur kubis – hiris panjang
  • Daun bawang – hiris halus

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
  3. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

2.NASI GORENG PATTAYA

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!    

BAHAN-BAHAN:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

3. NASI GORENG KAMPUNG

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 cawan nasi sejuk, dileraikan
  • 1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
  • 5 tangkai kacang panjang, potong kecil
  • 1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi merah Thai
  • 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
  • Secubit belacan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
  2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
  3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
  4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
  5. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

Kongsi resipi: tiffinbiru

 

4. NASI GORENG PAPRIK

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

Bahan Nasi Goreng: (3 orang makan)

  • 3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 seduk kecil cili kering blender
  • 1 sudu besar paste tomyam
  • isi ayam (ikut selera)
  • sayur kubis (ikut selera)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur:

IKLAN
  • Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji cili padi (diketuk)

CARA MEMASAK:

Nasi Goreng:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

5. NASI GORENG IKAN MASIN

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
  • Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • Hirisan cili merah, untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

IKLAN

Sumber : Koleksi Resepi Nasi Goreng Terbaik

 

6. NASI GORENG TOM YAM

6 Jenis Nasi Goreng Popular, Sedap Dan Pantas Di Masak Tika Bulan Puasa!

BAHAN-BAHAN:

Bahan untuk nasi goreng: 

  • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
  • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
  • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
  • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • sayur kobis, potong kecil
  • karot, potong dadu kecil
  • 2-3 helai sawi, hiris nipis

Bahan untuk tumbuk kasar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • Bahan untuk hiasan tambahan:
  • keropok goreng
  • telur goreng mata

CARA MEMASAK:

Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
  3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Kongsi resipi: Che’Nom

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI