Bila cuaca panas gini, mulalah mengidam nak makan macam-macam. Teringin nak makan puding kastad jagung pula. Bila puding sejuk masuk tekak nyamannye terasa. Tengok bahan membuatnya , pasti semua boleh buat.
PUDING KASTAD JAGUNG
Bahan untuk puding:
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis
3/4 cawan gula pasir
(boleh adjust kalau nak lebih atau kurang manis)
3 cawan air
1 kotak santan-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh garam
Ads
Cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk
2. Kacau sebati semua bahan.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan
4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
5. Tutup api.
Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.
Sekarang ni dah ramai yang sukakan tempe kerana selain sedap, ramai yang mengakui khasihat untuk kesihatan. Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara pengambilan dengan pelbagai cara. Antara yang ingin dikongsikan ini adalah resipi Tempe Goreng Rangup, ia bukan hanya boleh dijadikan hidangan sampingan tetapi kudapan sihat di waktu senggang. Kena dengan pencicahnya memang ketagih jadinya..
TEMPE GORENG RANGUP.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, lada putih, garam dan perasa ayam.
2. Campurkan air, sedikit demi sedikit, sambil kacau rata hingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan tempe yang telah dihiris tadi dalam bancuhan tepung.
5. Goreng hingga kuning keperangan.
6. Angkat dan toskan.
7. Enak sebagai kudapan dan dicicah dengan sos yang anda suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak menyediakan sarapan yang sedap, ada kalanya memerlukan masa yang lama. Tapi ada juga yang sebenarnya sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan. Salah satunya adalah mihun goreng.
Melalui facebook Yasmin Fami, dikongsikan resipi untuk individu yang sibuk. Dengan resipi ini, korang boleh menyediakan mihun goreng dengan cepat dan tetap sedap.
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
3 peket perencah mihun
2 peket bebola ikan
1 peket mihun | rendam air panas
Segenggam tauge
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan perencah.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula mihun dan tauge. Gaul lagi.
4. Masak sehingga kering. Boleh matikan api dan angkat.
5. Kalau nak pedas, buat sambal kicap dan perahkan limau.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Anda penggemar Spageti Carbonara, resipi perkongsian saudari Nurul Husna Mohamed Daud ni boleh dicuba. Sos homemade buat sendiri je. Tak guna sos segera dalam tin pun. Kalau anda ada keluarga yang besra, sesuai sangtlah masak guna resipi ni. Pasti puas hati. Memang puas makan.
1 paket spageti – beli online disini 2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak – kalau guna 2 tin susu, 1/2 tin air pun boleh – beli online disini Majerin + minyak secukupnya (untuk menumis) – beli online disini Daging cincang secukupnya Bawang merah – dadu 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini Cendawan dan sosej – hiris 3 keping keju cheddar – beli online disini Serbuk lada hitam secukupnya Serbuk perasa secukupnya Garam dan gula secukup rasa Parsley dan oregano kering -jika ada – beli online disini
1.Rebus spageti terlebih dahulu sampai lembut. Angkat dan toskan kemudian gaul dengan 2 sudu makan minyak masak untuk elakkan spageti dari melekat masa sejuk.
2. Panaskan majerin dan minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan masukkan serbuk lada hitam serta daging.
4. Bila sudah naik minyak, masukkan hirisan cendawan dan sosej. Sebatikan.
5. Tambahkan susu. Jika guna sukatan yang ada air, tambahkan sekali dengan air.
6. Bila susu mula mendidih, masukkan kepingan keju dan perasakan dengan gul, garam serta perisa dengan secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan parsli dan oregano kering dengan secukupnya. Jika tiada, boleh abaikan.
8. Kuah kelihatan agak cair semasa panas dan akan semakin pekat bila sejuk. Hidangkan bersama spageti.
Nasi lemak Malaysia bukan sekadar hidangan biasa, tetapi simbol warisan dan identiti negara. Ketahui mengapa nilainya semakin dilupakan dalam dunia moden hari ini.