Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
Macam-macam cara dan stail orang memasak. Ada yang masak campak-campak pun dah menjadi , rasa pun sedap. Berkenalan dengan Syed Munawwar Syed Muhazani salah seorang instafamous dengan jutaan pengikut di instagramnya syedmunawwar punyai stail tersendiri dalam mengolah masakan.
Leka melihatnya memasak di instagram, santai dan bersahaja. Setiap kali video memasaknya dimuat naik, sememangnya dinantikan.
Istimewanya pemuda berusia 27 tahun dan berasal dari Alor Setar,Kedah ini masih bujang namun mempunyai minat yang mendalam dalam masakan.
“Saya membuat perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Pada asalnya akaun instagram saya hanyalah akaun personal dan tidak aktif. Namun setelah melihat video masakan di instagram milik chef selebriti adamdidam bergandingan bersama Aunty Aini di rancangan Rasa Ketuhar Kuali, menarik minat saya untuk lebih rajin mempelajari ilmu masakan dan resipi-resipi yang belum saya tahu. Dari situ jugalah timbul minat untuk saya membuat video dan dikongsi di Instagram,” akui Syed.
Bermula dari detik itu, Syed akui mula memuatnaik video memasak di akaun instagram peribadi. Keluarga terutama ibu sering menyokong akan minat saya ini. Tujuan Syed mahu berkongsi ilmu masakan yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna di media sosial.
Turut memberi inspirasi buat dirinya ialah chef instafamous raffieyusoff antara yang menarik minat dalam membuat video masakan dan mempelajari resipi-resipi yang belum mahir buat dirinya.
Tidak dinafikan dalam usaha untuk meneruskan minatnya itu, ada juga segelintir rakan-rakan yang menyindir dan memperlekehkan apa yang dilakukan pada mulanya. Walaupun begitu, tidak diendahkan dan terus berfikiran positif kerana terlalu minat dan merasa puas bila dapat berkongsi resipi dengan orang lain.
Pengalaman masak
“Menu pertama yang saya belajar masak adalah sambal telur goreng dan mi goreng. Mi goreng ini special sikit sebab saya belajar dari ayah saudara saya sendiri ketika itu dan menu bufet itu untuk dihidangkan kepada staf yang bekerja di sebuah kantin kilang di Perai.
Pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu dapur dan ayah saudara saya tukang masak di kantin tersebut. Pertama kali saya masak untuk ramai orang. Memang berdebar tetapi Alhamdulillah mi tu habis awal dari menu bergoreng yang lain.
Saya juga pernah berniaga dengan menjual nasi lemak bungkus dan nasi tomato bajet bungkus dan diletakkan di kedai-kedai makan dan warung untuk sarapan pagi dan untuk kedai-kedai makan yang beroperasi pada waktu malam. Walaupun hanya beberapa bulan. Bagi saya banyak pengalaman yang saya peroleh dalam bidang perniagaan yang bermula dari rumah,” cerita Syed.
Ayah yang juga bekas seorang tukang masak di hotel turut berkongsi beberapa menu dan tip masakan kepada Syed. Malahan ibu juga mahir membuat aneka biskut raya dan mengambil tempahan dari rakan-rakannya setiap tahun pada bulan Ramadan dan Syed turut membantu ibu dalam menyiapkan tempahan biskut raya.
Kesungguhan dirinya dalam masakan turut mendorong dirinya untuk melibatkan diri dalam kelas-kelas PJJ atau Online Baking Class untuk mempelajari resipi kek dan pastri dan ia juga cabang memasak yang diminatinya.
Akui Syed kekuatan masakannya adalah menu berlauk kerana keluarganya suka menikmati nasi. Syed juga suka mencuba dan belajar menu masakan lain dan tidak terhad untuk masakan melayu sahaja.
“Bagi saya skop dalam bidang masakan ini sangat luas. Dan lain orang lain cara masak. Walaupun selalu berkongsi resipi di instagram melalui video masak. Saya tak rasa diri pandai. Saya akui skop dalam bidang masakan ini adalah sangat luas dan tidak ada penghujung. Masih banyak yang perlu saya belajar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya masak.
Majalah rasa juga antara bahan rujukan saya untuk mencari idea memasak. Menu yang selalu keluarga saya minta adalah masakan lauk pauk iaitu Gulai Ayam Pakistan,Nasi Briyani,gulai siam ayam,ayam masak ungkep,asam pedas ayam,ikan kembung goreng berlada,kari ikan kembung. Manakala dessert yang sering diminta oleh keluarga ialah brownies,”jelas Syed.
Syed berpendapat memasak adalah penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun Syed sering memasak namun masakan yang digemari tetap dari air tangan ibu sendiri. Kelebihan memasak sendiri di rumah ia lebih menjimatkan kos dan rasa lebih puas sebab boleh letak bahan sebanyak mana yang kita suka.
Dalam mengabadikan gambar dan video, Syed hanya menggunakan kelebihan smartphone yang ada. “Saya beli bahan mentah sendiri buat prep sendiri,masak sendiri,record sendiri,edit video sendiri dan kemas dapur sendiri. Kadang-kadang rasa letih jugak tapi saya rasa puas sebab ini minat saya. Apa saja yang kita buat dengan rasa minat dan semangat yang kuat itulah kepuasan yang hakiki. Dan rasa seronok lagi apabila resipi yang dikongsikan mendapat respon yang positif dan dicuba oleh ibu-ibu dan pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga.
Ini kerana apabila mereka mencuba resipi itu dan sesuai di tekak mereka,rasa sedap. Resipi tu akan terus mengalir dan mereka akan sampaikan resipi tu kepada orang lain pula. Ilmu tu akan terus mengalir,” ujar Syed mengakhiri bualan.
TOM YAM SANTAN
Bahan-bahan:
2 liter air
5 helai daun limau purut / di carik kasar
5 biji bawang merah / dihiris
1 1/2 inci lengkuas / dihiris
3 batang serai / dititik
1 kotak kecil santan
4-5 sudu besar pes tomyam
5-6 biji cili padi merah dan hijau / tumbuk kasar
2 batang lobak merah / dihiris
1 1/2 sudu makan sos ikan
200gm isi ayam / potong dadu
100gm cendawan tiram
100gm cendawan enoki
100g cendawan shimeji
10 biji tomato ceri
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Jus limau nipis
Daun ketumbar
2-3 akar ketumbar
Bahan tumbuk kasar:
Cili Padi hijau dan merah
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Sentiasa kacau perlahan.
2.Masukkan daun limau purut,serai,bawang merah,lengkuas,akar ketumbar. Rebus seketika.
3.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan pes tomyam. Kacau perlahan-lahan.
4.Kemudian masukkan isi ayam dan lobak merah.
5.Kacau, biarkan ayam sedikit masak dan lobak lembut.
6.Masukkan cendawan tiram,cendawan shimeji dan cendawan enoki. Rebus dan kacau perlahan-lahan.
7.Masukkan sos ikan dan tomato ceri yang dibelah dua. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
8.Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau sedikit dan siap dihidang.
KUETIAU HAILAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus kuetiau
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah / dihiris
5-6 ulas bawang putih / dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang lobak merah / dipotong bulat@bunga
1-2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
3-4 putik jagung / dipotong serong
15 ekor udang saiz sederhana
7 ekor sotong saiz sederhana
Setengah pokok brokoli / potong kecil
100gm sawi / potong 2 inci
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan bancuhan air tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Rendam kuetiau dalam semangkuk air panas selama 10minit dan toskan.
2.Panaskan periuk non-stick goreng seketika kuetiau bersama kicap masin cair dan sedikit minyak bijan. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan minyak masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato dan kacau seketika. Masukkan air biarkan mereneh.
5.Seterusnya masukkan kiub pati ayam,lobak merah,kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
6.Masukkan putik jagung,udang dan sotong,brokoli,pak choy,serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau.
7.Akhir sekali perasakan garam dan gula. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Siap dihidang.
GULAI DAGING PAKISTAN
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang Holland / kisar halus
5 ulas bawang putih / kisar halus
2 inci halia / kisar halus
Akar ketumbar / kisar halus
7 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 kg daging batang pinang / dipotong nipis
1 kotak kecil santan
1 sudu besar tomato puri
3 biji tomato / dipotong
3 biji ubi kentang / dipotong
3 cili solok
Daun ketumbar / dihiris
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
1 Biji bawang Holland
Bawang putih
Halia
2 batang akar ketumbar
Bahan perap:
Gaulkan daging batang pinang bersama rempah kari daging dan perap dahulu 1-2 jam.
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dengan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yang dikisar halus tadi sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kari daging,serbuk cili,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Masukkan satu cawan air untuk elakkan rempah kering. Kacau dan tumis rempah sehingga pecah minyak.
3.Bila rempah dah pecah minyak masukkan tomato puri,satu biji buah tomato yang di potong,sedikit daun ketumbar. Jika terlalu kering boleh tambah lagi sedikit air.
4.Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga naik bau. Masukkan daging batang pinang yang diperap tadi. Kacau sebati. Biarkan seketika sehingga air daging keluar.
5.Masukkan satu liter air. Perlahankan api. Biarkan masak selama 30 minit atau sehingga daging empuk. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan tuangkan santan. Jika suka kuah yang lebih cair boleh lebihkan air. Nak gantikan dengan yogurt pun boleh jika suka.
6.Kacau perlahan dan biarkan pecah santan. Kemudian masukkan lebihan daun ketumbar,tomato,bawang holland dan cili solok. Perasakan dengan garam secukup rasa.
(Gulai ni sesuai juga untuk dihidangkan bersama Nasi Briyani,Nasi Minyak atau Nasi Butter dan sesuai juga untuk apa jua jenis roti.)
CREAMY PARMESAN CHICKEN W MUSHROOM PASTA
Bahan-bahan:
150gm spageti
1 1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 pokok brokoli / dipotong kecil
200g isi ayam / dipotong kecil@dadu
7 cendawan shiitake
1 cawan susu Full Cream
5 ulas bawang putih / cincang halus
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar keju Parmesan
1/2 lada Benggala merah / dipotong dadu.
Garam
Cara memasak:
1.Gaulkan isi ayam bersama lada hitam dan secubit garam. Panaskan periuk bersama minyak zaitun. Masukkan isi ayam dan goreng setengah masak sebentar. Keluar dan ketepikan.
2.Masukkan pula cendawan shiitake dan goreng separuh masak. Keluar dan ketepikan.
3.Seterusnya panaskan periuk berisi air untuk rebus spageti.
4.Selepas air mendidih masukkan spageti dan sedikit garam. Rebus sehingga separuh masak dan masukkan sekali brokoli dan rebus selama dua minit.
5.Keluarkan spageti bersama brokoli dan toskan. Ketepikan dahulu.
6.Panaskan kuali bersama mentega. Masukkan bawang putih cincang halus. Tumis seketika.
7.Masukkan susu full cream dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
8.Masukkan keju parmesan,serbuk lada hitam kasar dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
9.Kemudian masukkan isi ayam, cendawan shiitake dan lada benggala merah. Kacau seketika. Perlahankan api.
10.Masukkan spageti dan brokoli. Kacau perlahan-lahan sebati bersama kuah. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info: Semasa merebus pasta hanya letakkan garam. Tak payah letak minyak nanti sos/gravy tak melekat/sebati bersama pasta.
MOIST CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan-bahan:
220gm tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
250gm mentega
170gm gula pasir
3 biji telur gred A atau B
1 sudu teh esen vanilla
250ml susu Full Cream
200gm coklat cip
Loyang bulat saiz 9inci
Cara memasak:
1.Panaskan oven dengan suhu 160c api atas bawah selama 15minit.
2.Ayak bahan kering tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
3.Masukkan mentega dan gula pasir dalam bekas. Pukul sehingga kembang menggunakan mixer.
4.Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5.Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan bahan kering yang telah diayak tepung gandum dan serbuk penaik secara berselang seli dengan susu full cream.
6.Masukkan secara berselang seli sambil pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati sahaja. Jangan overmix selepas masukkan bahan kering. Sekadar sebati sahaja.
7.Selepas itu masukkan 100gm coklat cip dari sukatan sebenar ke dalam adunan.
8.Kaup balik sekali lalu sahaja. Dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 9inchi.
9.Taburkan 100gm lebihan coklat cip tadi ke atas adunan. bakar dengan suhu 160c selama 1jam.
10.Jika rasa coklat cip terlampau banyak boleh kurangkan.
Cookies antara kudapan raya yang sedap dan mudah disediakan. Paling penting tidak perlu acuan untuk membentuknya. Anda yang menyukai cookies, usah tunggu raya kalau mahu menyediakannya, buat je bila-bila teringin. Berikut tiga jenis cookies mudah disediakan dan rasa pun sedap.
PANDAN GRANOLA COOKIES BAHAN-BAHAN: BAHAN A: 120gm marjarin campur mentega 70gm gula pasir 1/2sudu teh vanila 1biji kuning telur 1sudu teh pes pandan BAHAN B: 110gm tepung gandum 15gm tepung jagung 1/4sudu teh baking powder BAHAN C: 75gm Granola mix
CARA MEMBUAT:
KLEPON COOKIES BAHAN-BAHAN: 50gm mentega 13gm putih telur 100grm tepung protein rendah 10gm susu tepung 25gm kelapa parut kering / dessicated coconut 40gr gula halus 1 sudu the pes pandan 1gm garam BAHAN FILLING: 50gm coklat putih 50gm gula Melaka 10gm mentega 1gm garam BAHAN SALUTAN: Kelapa parut kering
CARA MEMBUAT:
BANANA OAT COOKIES BAHAN-BAHAN: 2 biji pisang masak (lebih kurang 80gm) 100gm quaker oat 2 sudu makan madu 1 susu makan minyak masak 50gm chocochips 1/2 sudu teh garam
Pencinta makanan pedas pasti suka lauk yang min kongsi ni. Ayamnya dimasak simple je tapi cili dia, hah…jangan tak tahu. Pijor mulut weh. Bagi anda yang sukakan lauk yang bercili, resipi ni sesuai sangatlah anda cuba. Tak perlu lauk lain. Cukup sekadar dengan nasi panas dan ulam timun. Pasti bertambah makan.
SAMBAL AYAM CILI HDUP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur Lemak Putih Kelantan ala Rembayung dengan kuah santan pekat dan rasa lemak berkrim. Resipi mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk menu harian keluarga.