Esok macam teringin sesuatu yang berat, boleh masak terus untuk menu ini sampai tengah hari. Jimat dan mengenyangkan. Nasi lemak dan sambal sotong kombinasi yang padu dan pasti disukai seisi keluarga . Mudah kerja kan.
Nasi lemak
Bahan-bahan:
1 cawan beras
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu teh halba
3 sudu makan santan pekat
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Cara memasak:
1.Basuh beras dan sukatan macam masak nasi biasa.
2.Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.Tunggu hingga nasi masak
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Di musim perayaan ini, bila adik beradik yang dekat datang berkumpul pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juga yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,
TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.
1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.
2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.
3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.
4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.
5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.
6. Kaji beras yg anda gunakan.
Beras biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah.
Beras yang perlu guna banyak air, sukatan air guna garisan atas jari tengah.
Beras yang jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah.
Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.
7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.
8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.
9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.
10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.
Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.
NASI KABSAH KAMBING
Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin
6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah
Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.