Memang tak pernah jemu makan nasi goreng. Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
Ads
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Sedapnya makan nasi goreng..
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Asalkan lauk ayam, anak-anak pasti selera makan. Walaupun hanya ayam goreng, si kecil tetap suka. Apa kata hari ni anda sediakan menu Ayam Goreng Kicap Lada Hitam ni pula. Kombinasi rasa manis dan masin menjadikan ia sangat enak! Rasa pun tidaklah pedas. Jom cuba!
AYAM GORENG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...