Selalunya resipi nasi arab mandy ni sos harrah rasa kurang berperisa, tapi kalini resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira di facebook di olah sedikit resipinya supaya lebih ada rasa luar biasa sos harrah tu. Resipi ni banyak cara penyediaannya tapi kalau dah siap masak gerenti sedap baunya bertambah makannya. Jom kita cuba resipi ini.
RESIPI NASI ARAB MANDY
BAHAN-BAHAN:
½ kilo beras basmati dibilas dan rendam setengah jam lalu toskan. – BELI DI SINI
Minyak masak secukupnya untuk menumis – BELI DI SINI
3 biji bawang merah tak perlu hiris – BELI DI SINI
5 ulas bawang putih tak perlu hiris – BELI DI SINI
Panaskan minyak, Tumis semua bahan diatas kecuali bahan kisar. Setelah bawang layu masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan beras dan air rebusan ayam perisakan dengan sedikit garam, gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa. Nasi separuh masak boleh Masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yg telah masak
BAHAN UNTUK AYAM DAN SUP:
1 ekor ayam potong 4
4 biji bawang putih tak perlu hiris
1 biji bawang besar potong 4
4 keping hirisan halia
5 biji lada hitam
2 biji kiub pati ayam
sedikit garam, gula
Sedikit perwarna saffron
Air secukupnya. Pastikan air lebih sebab air rebusan ini akan digunakan juga utk masak nasi
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan semua bahan diatas dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
BAHAN KISAR PES AYAM PANGGANG:
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah nasi arab
6 sudu besar minyak masak,Garam, gula secukup rasa. Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi lalu panggang/goreng hingga perang siap.
SALAD ARAB:
3 tangkai daun ketumbar dihiris
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato hiris dadu
Ads
½ batang timun Jepun dihiris dadu
1 bekas kecil yogurt plain
½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan diatas dalam satu bekas dan kacau sebati.
SOS HARAH:
2 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
4 keping hirisan halia
sedikit air rebusan ayam
sedikit perahan lemon dan garam, gula secukup rasa
Malam ni min rasa nak makan menu sihat. Separuh hari ni asyik menghentam macam-macam makanan ibarat macam tong sampah. Pulun makan itu dan ini. Nah sekali min tengok resipi IKAN KUKUS LIMAU oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan rasa sempurna untuk dihidangkan buat keluarga. Masakan sihat paling senang dalam dunia! Suami tak pernah masuk dapur pun boleh masak. Potong, campak, tuang siap!
Bahan-Bahan:
Ikan pilihan ( apa apa yang disukai)
5 ulas bawang putih
7 cili api hijau/merah
1 serai
1 inci halia
1 ikat daun ketumbar
2 biji limau nipis
5 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan, lepas tu kelar-kelarkan. 2.Ketuk halia, 2 ulas bawang putih, dan serai. Sumbat dalam perut ikan.
3.Letak ikan dalam pengukus. Ikan siakap abang ni besar sangat kena belah dua supaya muat.
4.Sementara ikan bersauna di dapur, kau buat kerja leceh ni. Potong cili padi, daun ketumbar, dengan bawang putih.
5.Dah siap kerja leceh tadi, belah limau nipis dan perah sekuat hati. Seperti mana kalian kerja kuat memerah keringat, sekuat itu jugalah kalian perah limau ni.
6.Lepas tu masukkan 5 sudu sos ikan. Abang tak pakai susu. Main agak-agak. Kalau terlebih, padan muka akak kau kena darah tinggi. Hahah! Masa ni nak masukkan garam dan gula, silakan. Abang tak masukkan. Nota: kalau nak lebih sihat, tak payah sos ikan.
7. Ikan dah siap kukus. Pinggan yang abang guna tadi dah cair dalam pengukus, terpaksa tukar benda alah kaca ni. Entah apa benda namanya. Abang tak leh fikir sebab tengah fikir macam mana nak beritahu akak kau yang pinggan dia cair.Tuang kuah yang kita dah buat tadi atas ikan yang dah kukus. Hias dengan hirisan limau dan daun ketumbar segar
Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipsnya, baca ye…
1.Gunakan tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
2.Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
3.Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
4.Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
5.Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
6.Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Dulu masa min budak-budak takde ais krim Malaysia yang macamn ni. Dulu sekadar sirap dan oren dan letak asam kecut memang dah cukup buat min dan geng seronok dan puas hati
Tetapi sekarang ais krim malaysia dah viral dengan pelbagai perisa yang sedap. Nanti bolehlah cuba buat.Bekukan dalam peti sejuk ya. Sukatan tu agak-agak ikut kemanisan yang disukai ya. Kalau nak berkrim tambahkan susu cair atau susu segar
1. MILO
.
Bahan-Bahan :
Air
Milo
Susu cair
Susu pekat
Coklat tabur
Cara Membuat :
1. Masak air, buat air milo macam biasa tapi letak susu cair dan susu pekat. Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.
2.JAGUNG CINCAU
.
Bahan-Bahan :
Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau
Cara membuat :
Buat air jagung mcm biasa, letak secubit garam utk 1balang air, bila sejuk letak air dlm plastik dan letak cincau.
3. SUSU STRAWBERI
.
Bahan-Bahan :
Air
Susu pekat
Susu cair
Strawberi segar
Cara membuat :
Buat air susu macam biasa biasa, setelah sejuk letak stoberi potong. Sejukkan
4. Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat
.
Bahan-bahan :
Air
Susu segar
Susu pekat
Lemon (ambil jusnya)
Serbuk coklat
Cara Membuat :
Buat air susu macam biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dlm plastik dan letak serbuk coklat.