5 resipi rendang unik dan sedap boleh dihidangkan sepanjang Syawal nanti sekiranya mahukan citarasa rendang yang berbeza.
Selain ayam dan daging masakan rendang ada pelbagai resipi dan ada diantaranya diperbuat dariada sayuran dan juga hidangan laut.
Kali ini, RASA membawakan lima jenis rendang selain ayam dan daging yang menggunakan bahan segar dan rempah ratus asli untuk menghasilkan rendang yang enak dan aromatik!
1. Resipi Rendang Telur
Ads
Bahan-bahan
10 biji telur (rebus dan buang kulit)
1/2 genggam ikan bilis
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering* (potong dan rebus)
10 biji cili api* (ikut selera)
5 biji buah keras*
4 batang serai*
5 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 sudu besar kerisik
1 kotak santan Kara
Daun limau purut (beberapa helai)
Daun kunyit (dihiris)
1 keping asam
1 kiub bilis
Cara Memasak
Kisar bahan bertanda (*).
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan ikan bilis, santan, kerisik, dan asam keping. Tambah garam dan kiub ikan bilis. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan daun limau dan daun kunyit. Setelah layu, masukkan telur dan kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan!
2. Resipi Rendang Kerang
Bahan-bahan
1 kg isi kerang
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
Lengkuas sebesar ibu jari*
4 ulas kunyit hidup*
2 biji buah keras*
10 tangkai cili api*
Segenggam cili kering*
2 batang serai* (diketuk)
2 keping asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik
1 kotak kecil santan segera
Gula Melaka (jika ada)
Cara Memasak
Bersihkan kerang dan lalukan dengan air panas. ToskanKisar semua bahan bertanda (*).
Tumis bahan kisar bersama serai hingga naik minyak.
Masukkan gula Melaka, asam keping, dan santan. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kerisik dan kerang, kacau rata.
Bila rendang nampak agak kering, perasakan dengan garam, gula, dan perasa tambahan.
Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau hingga sebati. Siap!
3. Resipi Rendang Nangka Muda
Bahan A
1 biji nangka muda (lebih kurang 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula Melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (dihiris)
7 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Memasak
Rebus nangka dengan garam hingga lembut, toskan.
Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
Masak hingga pekat dan naik minyak.
Masukkan gula Melaka, garam, kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut.
Apabila rendang pekat dan naik minyak, boleh dihidangkan.
4. Resipi Rendang Jering Tua
Ads
Bahan-bahan
50 biji jering tua (kupas dan belah dua)
1 kg santan pekat segar
100g cili kering (rebus)
200g bawang merah kecil
100g bawang putih
50g ketumbar biji
100g buah keras
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
100g halia
100g lengkuas muda
5 lembar daun kunyit
5 batang serai (diketuk)
10 lembar daun limau
2 sudu makan stok ayam
100g gula merah
5 keping asam jawa
2 sudu makan garam
2 sudu makan gula putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
100g cili serbuk
Cara Memasak
Didihkan santan hingga naik minyak.
Rebus jering dengan daun limau dan serai selama 1.5 – 2 jam.
Kisar bahan bumbu kecuali bunga pelaga dan bunga lawang.
Tumis bahan kisar hingga naik minyak, kemudian masukkan santan dan jering.
Tambahkan gula, garam, asam keping, dan stok ayam.
Masak hingga rendang terbit minyak dan siap dihidangkan.
5. Resipi Ikan Selar Masak Rendang Padang
Bahan-bahan
20 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3-4 ekor ikan selar (lumur garam & kunyit)
1 keping asam gelugur
Ads
Cara Memasak
Goreng ikan selar hingga garing.
Tumbuk cili padi dengan bawang merah hingga separa lumat.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
Masukkan asam keping dan garam.
Setelah sambal separa masak, masukkan ikan goreng.
Biarkan sebentar hingga sebati dan siap dihidangkan!
Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan
.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan air soya | yang pekat
4 biji telur
Garam secukup rasa
3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
2 batang saderi
1 peket sayur campuran
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
Sesekali, tekak tak rasa nak makan nasi. Teringin nak makan pasta. Apa kata kali ni buat fettucini sotong. Letak keju pulak tu. Sedap tak terkata weh. Hidangan ini bolehlah dikatakan sebagai makanan barat yang sedap dan ramai orang tempatan suka. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri. Puas makan.
FETTUCINI CARBONARA SOTONG BERKEJU
BAHAN-BAHAN
Fettucini (rebus, tos dan ketepikan)
1/2 cawan cusu cair
1/2 cawan susu full cream
Krim masakan
3 biji cendawan butang
5 ulas bawang putih
Sedikit keju parmesan
5 tangkai cili padi
5 ekor sotong (potong bulat)
2 sudu besar minyak zaitun
Lada putih
Daun pasley
5 biji tomato ceri
Brokoli
Stok ayam
Gula secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Daun ketumbar
1/2 biji capsicum
CARA MEMBUAT
1. Rebus fettucini, tos dan ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih.
3. Masukkan sotong. Masak seketika.
4. Masukkan susu cair dan susu full cream. Tunggu mendidih.
5. Masukkan krim, garam, gula, cendawan butang, cili padi dan keju parmesan.
6. Masukkan lada putih dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
7. Masukkan stok ayam, capsicum dan daun ketumbar. Biarkan seketika. Matikan api.
8. Letak fettucini dalam pinggan. Tuangkan sos.
Selain kerang, lala antara makanan laut yang enak dimakan. Hidangan lala ini selalunya dimasak ringkas untuk menikmati keaslian rasanya. Lala masak lemak atau direbus antara yang sedap sama ada diratah atau dimakan dengan nasi. Tapi lala ini juga sebenarnya enak dibuat tumis pedas.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
Resipi lala tumis pedas yang sedap
Bahan-bahan
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
Cara membuat
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...