Menu makan malam ni min kongsi cara nak buat Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah makan malam, sangat mudah menyediakan dan sedap rasa. Menurut Puan Hidayah, zaman dulu dulu, zaman maknya, murtabak crackers ni diguna sebagai hantaran. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
MURTABAK CREAM CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula- saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
800gm daging kisar ramli (2 bungkus)
2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris halus
Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar, saya guna jenama good day
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi dialaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
3 biji bawang putih
1 inci halia 1 biji bawang besar 1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mahu pedas, budak budak yang nak makan) 3 sudu makan rempah kari daging
Ads
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
Ads
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara menyusun biskut
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
Ads
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan menyucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masaklah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan pada dawai redai. Keluarkan dari loyang biarkan sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Tip 1. Tunggu sejuk baru diterbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak. 3. Tumis guna butter sikit,campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Anda suka makan Kuih Dangai? Boleh cuba resipi Dangai Kukus perkongsian Puan Nurul Hairi. Rupanya kuih ini sangat mudah untuk disediakan. Jadi jika ada kelapa parut, boleh cuba buat kuih ni. Tak perlu bakar pun tau. Kukus sahaja. Rasanya sama enak dengan Kuih Dangai bakar. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMBUAT KUIH DANGAI KUKUS (ANGGARAN 26 BIJI SAIZ LOMPANG KECIL)
BAHAN-BAHAN:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut – beli online disini
Sedikit garam
Gula merah atau gula melaka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2. Gaul manja semua bahan hingga sekata.
3. Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi ke dalam acuan. Tekan sedikit kelapa dan buat lubang di tengah.
4. Masukkan 1 sudu kecil (membukit) gula merah atau gula melaka.
5. Sediakan air kukusan. Nak lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut untuk aroma yang lebih wangi.
6. Setelah itu boleh kukus Kuih Dangai tersebut sehingga kuih masak.
Kalau memilih kuih karipap pasti kita mencari yang licin dan tidak berjerawat. Usah dipandang pada rupa sebenarnya yang berjerawat itu lagi sedap rasanya. Biasanya karipap berjerawat ni orang tua-tua dulu suka membuatnya. Makan panas-panas memang layan.
KARIPAP KAMPUNG
KULIT KARIPAP
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!