
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi mufin lemon yang sangat senang untuk dibuat. Boleh pula bakar menggunakan air fryer sahaja.
Mufin dalam dalam bahasa Inggeris dieja sebagai muffin. Dalam bahasa Melayu, ejaannya adalah mufin ataupun turut sama ertinya dengan baulu.
Jom kita lihat resipinya.
MUFIN LEMON LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula halus
2 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 cawan mentega
2 sudu besar jus lemon
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar minyak jagung
1 1/2 cawan tepung kek superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan buttermilk
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan gula halus dan parutan kulit lemon. Gaul sekata.
2. Masukkan mentega. Satukan sebaiknya dengan gula dan parutan kulit lemon.
3. Masukkan jus perahan lemon. Gaul lagi.
4. Masukkan sebiji telur ayam. Gaul lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lagi telur. Kacau lagi.
5. Masukkan pula esen vanila dan kacau sehingga telur kembang.
6. Minyak jagung dimasukkan apabila telur telah kelihatan kembang dalam adunan.
7. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik. Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaul menggunakan wisk supaya adunan sebati.
8. Masukkan garam dan buttermilk. Kemudian kacau perlahan sahaja. Ketepikan.
9. Ambil acuan silikon cup. Sapu dengan sedikit mentega. Masukkan adunan ke dalam acuan.

10. Bakar menggunakan air fryer sahaja pada suhu 160 darjah selama 30 minit. Sementara menunggu muffin masak, kita buat Lemon Glaze dahulu.



BAHAN LEMON GLAZE
Gula aising
Jus lemon
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, satukan gula aising dan jus lemon.
2. Kacau sebati. Jangan terlalu cair.
3. Siap
CARA MENGHIDANG
1. Ambil seketul mufin. Letakkan atas piring.
2. Sapukan sedikit lemon glaze ke atas mufin.


Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/R8Qd-Ub-jZI
Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Blueberry Cheesecake Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Blueberry Cheesecake ni mudah sangat buatnya, tak perlu bakar. Blueberry cheesecake ni kena makan sejuk-sejuk baru sedap. Cheesecake ni jangan biar kat luar terlampau lama sebab nanti cair. Boleh simpan semula dalam peti ais kalau cair. Makan sesudu tak kan cukup.
Bahan-bahan:
150g biskut Marie-BELI ONLINE DI SINI
80g butter
500g cream cheese
120g gula halus
1 1/2 sudu besar air lemon
2 sudu besar yogurt asli
350g whipping cream
2 sudu besar gelatin
40ml air panas
200g blueberry
2 sudu besar air lemon
40g gula halus
bahan-bahan.
Cara memasak:
1. Untuk buat lapisan bawah, mula-mula kena cairkan butter dulu.


4.Kisar sampai hancur. Kalau takda pengisar boleh tumbuk-tumbuk bagi hancur.

6.Lepas tu letak dalam springform size 8″ yang dilapik baking paper. Taknak letak baking paper pun tak apa.
7. Tekan-tekan padat dan ratakan kesemua bahagian. Dah siap masukkan dalam freezer selama 30 minit supaya keras.
8.Lepas tu ambil air panas dan letak dalam cawan. Masukkan gelatin dan kacau laju supaya sebati
9. Dah sebati macam ni ketepikan dulu. Kena letak gelatin dalam cheesecake supaya cheesecake jadi pejal atau lembut macam jeli dan tak cair.
10. Ambil whipping cream pula dan pukul hingga kental. Whisk hand sahaja. Nak guna mixer pun boleh tapi jangan mix terlampau lama. Kalau pukul atau adun terlampau lama, whipping cream akan berketul dan keluar air.

12. Dalam bekas lain mix cream cheese sekejap.
13. Lepas tu masukkan gula dan mix lagi sehingga sebati. Tak perlu adun lama.
14.Bila dah sebati masukkan gelatin tadi. Kalau gelatin dah keras boleh panaskan dengan microwave atau double boil. Masukkan juga air lemon dan yogurt. Mix lagi bagi sebati.
15. Lepas tu masukkan whipping cream tadi. Kaup balik je guna spatula. Tak perlu mix.
16. Dah siap keluarkan springform yang letak biskut tadi dan tuang kesemua adunan.
17. Ratakan permukaan atas bagi licin. Goyang-goyang sikit supaya adunan sekata dan atas lagi licin. Sejukkan dalam peti ais biasa semalaman atau 8-9 jam.
18. Bila cheesecake dah disimpan semalaman, bolehlah masak blueberry ni bersama dengan air lemon dan gula. Masak atas dapur guna api perlahan sahaja.
19. Air blueberry ni akan keluar sendiri. Masak sehingga pekat dan lenyek-lenyek sedikit. Ariana masak tak terlampau hancur dan masih rasa tekstur buahnya.
20. Ni rupa cheesecake lepas semalaman. Nak keluarkan hanya buka tepi dan tarik springform ke atas. Jangan letak cheesecake dalam freezer, nanti cheesecake keluar air dan rasa tak sedap.
21. Kalau nak letak atas papan kek, buat terus lepas keluarkan cheesecake dari peti ais, sebab masa tu cheesecake masih keras.
22. Blueberry bila dah sejuk lagi pekat. Kacau-kacau sedikit bagi sekata sebelum letak atas cheesecake.
23. Letak di tengah-tengah cheesecake. Nak hias macam mana pun boleh.
Kredit:Ariana Sofia Ahmad
NAK MEMBELI OVEN OVEN, BOLEH LIHAT DI SINI.
BOLEH LIHAT JUGA ACUAN KEK DI SINI
Resipi Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch Sedap & Mudah

Bila masuk bulan ramadan, pasti ramai yang mula membuat biskut raya. Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
- 250gm mentega atau marjerin (beli online disini)
- ½ cawan gula perang halus (beli online disini)
- 1 penutup esen vanilla (beli online disini)
- 2 sudu makan madu (beli online disini)
BAHAN B:
- 1 sudu teh baking powder (beli online disini)
- ½ sudu teh soda bikarbonat (beli online disini)
- 1 sudu makan tepung beras (beli online disini)
- 1 sudu makan tepung jagung (beli online disini)
BAHAN C:
- 1 ½ cawan tepung gandum (beli online disini)
BAHAN D:
- 2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
- ½ cawan nestum
- ½ cawan cip coklat (beli online disini)
- ½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips) (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto (Dicuba oleh): Hazlita Ishak
Resepi asal: Azlina Ina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan
https://www.rasa.my/koleksi-menu-sahur-terbaik-untuk-30-hari-ramadan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Bujang Mudah Buat Rugi Tak Cuba

Macam-macam cara dan stail orang memasak. Ada yang masak campak-campak pun dah menjadi , rasa pun sedap. Berkenalan dengan Syed Munawwar Syed Muhazani salah seorang instafamous dengan jutaan pengikut di instagramnya syedmunawwar punyai stail tersendiri dalam mengolah masakan.
Leka melihatnya memasak di instagram, santai dan bersahaja. Setiap kali video memasaknya dimuat naik, sememangnya dinantikan.
Istimewanya pemuda berusia 27 tahun dan berasal dari Alor Setar,Kedah ini masih bujang namun mempunyai minat yang mendalam dalam masakan.
“Saya membuat perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Pada asalnya akaun instagram saya hanyalah akaun personal dan tidak aktif. Namun setelah melihat video masakan di instagram milik chef selebriti adamdidam bergandingan bersama Aunty Aini di rancangan Rasa Ketuhar Kuali, menarik minat saya untuk lebih rajin mempelajari ilmu masakan dan resipi-resipi yang belum saya tahu. Dari situ jugalah timbul minat untuk saya membuat video dan dikongsi di Instagram,” akui Syed.
Bermula dari detik itu, Syed akui mula memuatnaik video memasak di akaun instagram peribadi. Keluarga terutama ibu sering menyokong akan minat saya ini. Tujuan Syed mahu berkongsi ilmu masakan yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna di media sosial.
Turut memberi inspirasi buat dirinya ialah chef instafamous raffieyusoff antara yang menarik minat dalam membuat video masakan dan mempelajari resipi-resipi yang belum mahir buat dirinya.
Tidak dinafikan dalam usaha untuk meneruskan minatnya itu, ada juga segelintir rakan-rakan yang menyindir dan memperlekehkan apa yang dilakukan pada mulanya. Walaupun begitu, tidak diendahkan dan terus berfikiran positif kerana terlalu minat dan merasa puas bila dapat berkongsi resipi dengan orang lain.
Pengalaman masak
“Menu pertama yang saya belajar masak adalah sambal telur goreng dan mi goreng. Mi goreng ini special sikit sebab saya belajar dari ayah saudara saya sendiri ketika itu dan menu bufet itu untuk dihidangkan kepada staf yang bekerja di sebuah kantin kilang di Perai.
Pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu dapur dan ayah saudara saya tukang masak di kantin tersebut. Pertama kali saya masak untuk ramai orang. Memang berdebar tetapi Alhamdulillah mi tu habis awal dari menu bergoreng yang lain.
Saya juga pernah berniaga dengan menjual nasi lemak bungkus dan nasi tomato bajet bungkus dan diletakkan di kedai-kedai makan dan warung untuk sarapan pagi dan untuk kedai-kedai makan yang beroperasi pada waktu malam. Walaupun hanya beberapa bulan. Bagi saya banyak pengalaman yang saya peroleh dalam bidang perniagaan yang bermula dari rumah,” cerita Syed.
Ayah yang juga bekas seorang tukang masak di hotel turut berkongsi beberapa menu dan tip masakan kepada Syed. Malahan ibu juga mahir membuat aneka biskut raya dan mengambil tempahan dari rakan-rakannya setiap tahun pada bulan Ramadan dan Syed turut membantu ibu dalam menyiapkan tempahan biskut raya.
Kesungguhan dirinya dalam masakan turut mendorong dirinya untuk melibatkan diri dalam kelas-kelas PJJ atau Online Baking Class untuk mempelajari resipi kek dan pastri dan ia juga cabang memasak yang diminatinya.Akui Syed kekuatan masakannya adalah menu berlauk kerana keluarganya suka menikmati nasi. Syed juga suka mencuba dan belajar menu masakan lain dan tidak terhad untuk masakan melayu sahaja.
“Bagi saya skop dalam bidang masakan ini sangat luas. Dan lain orang lain cara masak. Walaupun selalu berkongsi resipi di instagram melalui video masak. Saya tak rasa diri pandai. Saya akui skop dalam bidang masakan ini adalah sangat luas dan tidak ada penghujung. Masih banyak yang perlu saya belajar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya masak.
Majalah rasa juga antara bahan rujukan saya untuk mencari idea memasak. Menu yang selalu keluarga saya minta adalah masakan lauk pauk iaitu Gulai Ayam Pakistan,Nasi Briyani,gulai siam ayam,ayam masak ungkep,asam pedas ayam,ikan kembung goreng berlada,kari ikan kembung. Manakala dessert yang sering diminta oleh keluarga ialah brownies,”jelas Syed.
Syed berpendapat memasak adalah penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun Syed sering memasak namun masakan yang digemari tetap dari air tangan ibu sendiri. Kelebihan memasak sendiri di rumah ia lebih menjimatkan kos dan rasa lebih puas sebab boleh letak bahan sebanyak mana yang kita suka.
Dalam mengabadikan gambar dan video, Syed hanya menggunakan kelebihan smartphone yang ada. “Saya beli bahan mentah sendiri buat prep sendiri,masak sendiri,record sendiri,edit video sendiri dan kemas dapur sendiri. Kadang-kadang rasa letih jugak tapi saya rasa puas sebab ini minat saya. Apa saja yang kita buat dengan rasa minat dan semangat yang kuat itulah kepuasan yang hakiki. Dan rasa seronok lagi apabila resipi yang dikongsikan mendapat respon yang positif dan dicuba oleh ibu-ibu dan pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga.
Ini kerana apabila mereka mencuba resipi itu dan sesuai di tekak mereka,rasa sedap. Resipi tu akan terus mengalir dan mereka akan sampaikan resipi tu kepada orang lain pula. Ilmu tu akan terus mengalir,” ujar Syed mengakhiri bualan.
TOM YAM SANTAN
Bahan-bahan:
2 liter air
5 helai daun limau purut / di carik kasar
5 biji bawang merah / dihiris
1 1/2 inci lengkuas / dihiris
3 batang serai / dititik
1 kotak kecil santan
4-5 sudu besar pes tomyam
5-6 biji cili padi merah dan hijau / tumbuk kasar
2 batang lobak merah / dihiris
1 1/2 sudu makan sos ikan
200gm isi ayam / potong dadu
100gm cendawan tiram
100gm cendawan enoki
100g cendawan shimeji
10 biji tomato ceri
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Jus limau nipis
Daun ketumbar
2-3 akar ketumbar
Bahan tumbuk kasar:
Cili Padi hijau dan merah
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Sentiasa kacau perlahan.
2.Masukkan daun limau purut,serai,bawang merah,lengkuas,akar ketumbar. Rebus seketika.
3.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan pes tomyam. Kacau perlahan-lahan.
4.Kemudian masukkan isi ayam dan lobak merah.
5.Kacau, biarkan ayam sedikit masak dan lobak lembut.
6.Masukkan cendawan tiram,cendawan shimeji dan cendawan enoki. Rebus dan kacau perlahan-lahan.
7.Masukkan sos ikan dan tomato ceri yang dibelah dua. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
8.Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau sedikit dan siap dihidang.
KUETIAU HAILAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus kuetiau
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah / dihiris
5-6 ulas bawang putih / dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang lobak merah / dipotong bulat@bunga
1-2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
3-4 putik jagung / dipotong serong
15 ekor udang saiz sederhana
7 ekor sotong saiz sederhana
Setengah pokok brokoli / potong kecil
100gm sawi / potong 2 inci
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan bancuhan air tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Rendam kuetiau dalam semangkuk air panas selama 10minit dan toskan.
2.Panaskan periuk non-stick goreng seketika kuetiau bersama kicap masin cair dan sedikit minyak bijan. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan minyak masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato dan kacau seketika. Masukkan air biarkan mereneh.
5.Seterusnya masukkan kiub pati ayam,lobak merah,kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
6.Masukkan putik jagung,udang dan sotong,brokoli,pak choy,serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau.
7.Akhir sekali perasakan garam dan gula. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Siap dihidang.
GULAI DAGING PAKISTAN
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang Holland / kisar halus
5 ulas bawang putih / kisar halus
2 inci halia / kisar halus
Akar ketumbar / kisar halus
7 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 kg daging batang pinang / dipotong nipis
1 kotak kecil santan
1 sudu besar tomato puri
3 biji tomato / dipotong
3 biji ubi kentang / dipotong
3 cili solok
Daun ketumbar / dihiris
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
1 Biji bawang Holland
Bawang putih
Halia
2 batang akar ketumbar
Bahan perap:
Gaulkan daging batang pinang bersama rempah kari daging dan perap dahulu 1-2 jam.
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dengan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yang dikisar halus tadi sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kari daging,serbuk cili,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Masukkan satu cawan air untuk elakkan rempah kering. Kacau dan tumis rempah sehingga pecah minyak.
3.Bila rempah dah pecah minyak masukkan tomato puri,satu biji buah tomato yang di potong,sedikit daun ketumbar. Jika terlalu kering boleh tambah lagi sedikit air.
4.Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga naik bau. Masukkan daging batang pinang yang diperap tadi. Kacau sebati. Biarkan seketika sehingga air daging keluar.
5.Masukkan satu liter air. Perlahankan api. Biarkan masak selama 30 minit atau sehingga daging empuk. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan tuangkan santan. Jika suka kuah yang lebih cair boleh lebihkan air. Nak gantikan dengan yogurt pun boleh jika suka.
6.Kacau perlahan dan biarkan pecah santan. Kemudian masukkan lebihan daun ketumbar,tomato,bawang holland dan cili solok. Perasakan dengan garam secukup rasa.
(Gulai ni sesuai juga untuk dihidangkan bersama Nasi Briyani,Nasi Minyak atau Nasi Butter dan sesuai juga untuk apa jua jenis roti.)
CREAMY PARMESAN CHICKEN W MUSHROOM PASTA
Bahan-bahan:
150gm spageti
1 1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 pokok brokoli / dipotong kecil
200g isi ayam / dipotong kecil@dadu
7 cendawan shiitake
1 cawan susu Full Cream
5 ulas bawang putih / cincang halus
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar keju Parmesan
1/2 lada Benggala merah / dipotong dadu.
Garam
Cara memasak:
1.Gaulkan isi ayam bersama lada hitam dan secubit garam. Panaskan periuk bersama minyak zaitun. Masukkan isi ayam dan goreng setengah masak sebentar. Keluar dan ketepikan.
2.Masukkan pula cendawan shiitake dan goreng separuh masak. Keluar dan ketepikan.
3.Seterusnya panaskan periuk berisi air untuk rebus spageti.
4.Selepas air mendidih masukkan spageti dan sedikit garam. Rebus sehingga separuh masak dan masukkan sekali brokoli dan rebus selama dua minit.
5.Keluarkan spageti bersama brokoli dan toskan. Ketepikan dahulu.
6.Panaskan kuali bersama mentega. Masukkan bawang putih cincang halus. Tumis seketika.
7.Masukkan susu full cream dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
8.Masukkan keju parmesan,serbuk lada hitam kasar dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
9.Kemudian masukkan isi ayam, cendawan shiitake dan lada benggala merah. Kacau seketika. Perlahankan api.
10.Masukkan spageti dan brokoli. Kacau perlahan-lahan sebati bersama kuah. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info: Semasa merebus pasta hanya letakkan garam. Tak payah letak minyak nanti sos/gravy tak melekat/sebati bersama pasta.
MOIST CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan-bahan:
220gm tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
250gm mentega
170gm gula pasir
3 biji telur gred A atau B
1 sudu teh esen vanilla
250ml susu Full Cream
200gm coklat cip
Loyang bulat saiz 9inci
Cara memasak:
1.Panaskan oven dengan suhu 160c api atas bawah selama 15minit.
2.Ayak bahan kering tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
3.Masukkan mentega dan gula pasir dalam bekas. Pukul sehingga kembang menggunakan mixer.
4.Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5.Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan bahan kering yang telah diayak tepung gandum dan serbuk penaik secara berselang seli dengan susu full cream.
6.Masukkan secara berselang seli sambil pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati sahaja. Jangan overmix selepas masukkan bahan kering. Sekadar sebati sahaja.
7.Selepas itu masukkan 100gm coklat cip dari sukatan sebenar ke dalam adunan.
8.Kaup balik sekali lalu sahaja. Dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 9inchi.
9.Taburkan 100gm lebihan coklat cip tadi ke atas adunan. bakar dengan suhu 160c selama 1jam.
10.Jika rasa coklat cip terlampau banyak boleh kurangkan.
Foto & Resipi:Syed Munawar Syed Muhazani