Kek Keju Leleh Pandan gebu ni tentunya anda perlu cuba. Kombinasi yang sangat padan, sangat enak dinikmati bersama krim dan parutan keju. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Sedapnya Kek Keju Meleleh Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.
RESIPI KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan minyak masak } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 cawan susu cair } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 penutup pewarna hijau
1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH
250gm cream cheese Tatura
Suku cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri)
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.
CARA MENGHIAS:
Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:
Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Bolehlah cuba untuk hidangan tetamu raya ni.
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
Pukul telur sampai berbuih.
Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
Masukkan esen vanila.
Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Kek batik sentiasa digemari orang ramai kerana ia sangat mudah dan lazat! Penggemar kek batik wajib mencuba resipi-resipi kek batik lain dari yang lain ni..Selamat mencuba!
RESIPI KEK BATIK CHEESE
BAHAN-BAHAN (KEK BATIK)
Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
250g mentega
200g Milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan jika mahu manis)
1/4 cawan susu cair
2 biji telur
BAHAN-BAHAN (TOPPING CHEESE)
250g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN
Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula.
Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
Susu pekat setengah cawan (jika suka manis lebihkan, jika tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri)
Serbuk coklat 5 sudu besar & 3 sudu besar serbuk milo
Nestum untuk tabur atas kek
CARA PENYEDIAAN
Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air.
Kacau-kacau dalam 2 minit atau tunggu panas sedikit, masukkan biskut marrie. Gaul bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik-lembik, biarkan lama sedikit.
Sediakan aluminium foil atau kertas putih yang buat kek dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan-tekan kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan.
Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi sedap.
Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam kemudian baru potong. Makan sejuk-sejuk sedap!