Sedapnya Sup Ayam Thai ni. Bahan-bahannya cukup ringkas dan mudah malah sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudari Tengku Syazwanie ini boleh anda cuba.
RESIPI SUP AYAM THAI MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 5-6 ketul ayam (sediakan sedikit lemak ayam) 3 ulas bawang putih – tumbuk 1 hiris halia – tumbuk 1/2 biji bawang besar – mayang 2 biji bawang merah – mayang 2-3 batang serai saiz besar @ 5-6 batang jika serai halus – diketuk 4-5 helai daun limau purut 1/2 batang lobak merah 1/2 biji tomato 1 kiub pati ayam – beli online disini 1 sup bunjut – beli online disini 2 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 tangkai daun ketumbar Jus limau nipis Air secukupnya Garam dan perasa secukupnya Minyak masak untuk menumis
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai bersama hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan air dengan secukupnya. Bila telah hampir nak menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan hirisan lobak merah. Biar seketika. 3. Seterusnya masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut. 4. Perasakan sup dengan menambah garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Bila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan jus limau nipis. 6. Sebatikan dan Sup Ayam Thai sedia untuk dihidangkan.
Ayam masak ungkep ini adalah resipi masyarakat Jawa yang popular. Boleh hidangkan ketika berbuka puasa. Memang sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Ungkep ni macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Pulut Inti antara kuih lama-lama yang mungkin kurang diminati oleh golongan muda. Kalau nak beli agak sukar nak dapat rasa yang betul-betul kena dengan tekak. Kesudahannya jika hendak puas makan, kenalah buat sendiri. Jangan bimbang. Tak susah mana pun nak buat Pulut Inti. Jom kita cuba buat Pulut Inti berdasarkan resipi yang dikongsikan oleh Shidah Asmuni ini.
RESIPI PULUT INTI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK INTI:
1 biji kelapa parut muda 1/2 inci gula melaka – beli online 1/2 cawan air 3 sudu gula perang – beli online Sedikit garam – beli online 1 sudu tepung gandum – beli online 3 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka.Biarkan larut.
2. Masukkan gula perang dan daun pandan. Apabila sudah mendidih dan agak pekat, masukkan kelapa parut tadi. Gaulkan biar rata.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan garam. Kacaulah hingga kering dan masak. Ketepikan.
BAHAN UNTUK PULUT:
1 cawan beras pulut (direndam 2 jam kemudian toskan basuh bersih) 1 1/4 santan Sedikit garam Sedikit minyak masak – beli online Sedikit gula – beli online Daun pandan Daun pisang (layur dan potong 6 ” lebar dan 8″ panjang)
CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air kukusan dahulu. Campur semua bahan kemudian kukus selama 20 minit.
2. Buka kukusan dan gembur-gemburkan pulut tadi dan sambung lagi kukus hingga masak.
3. Apabila pulut sudah masak, ambil daun pisang yang sudah siap dipotong. Sendukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi di atas daun pisang dan diikuti dengan sesudu inti.
4. Kemaskan lipatan daun pisang seperti melipat nasi lemak. Buat sehingga habis. Bolehlah dihidangkan.
Musim bola ni memang sedap kalau layan menu ala carte yang mudah, cepat dan sedap. Sesuai makan panas-panas sambil menonton bola sepak Piala Dunia. Tak sampai 10 minit siap masak, janji semua bahan ada dalam dapur. Anda yang bujang, apa tunggu lagi jom tunjuk skil memasak.
PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cake dan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.
SPAGETI GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
2 biji telur
100gm udang | buang kulit dan kepala
1 batang fish cake | hiris
4 biji tauhu kering | hiris
100gm sawi hijau | hiris 3cm
2 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
3 ulas bawang putih | titik
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji cili padi | titik
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula udang.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
150gm daging | hiris kecil
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan daging.
Gaul rata, kemudian masukkan nasi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...