Resipi kuih ini sangat istimewa kerana kue cantik manis ini asalnya dari Indonesia. Resipi untuk buatnya pun sangat simple.
Menerusi perkongsian resipi daripada Jamilah Nordin, kue cantik manis ini boleh dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Malah tak lama lagi pun, kita akan menyambut bulan puasa. Boleh juga buat untuk berbuka atau jualan. Kuih ini memang nampak menarik kan bila bungkus dengan plastik jernih macam tu.
1. Rebus biji sagu dan masukkan pewarna pilihan secukupnya. 2. Masak hingga jernih dan hilang biji-biji putih. Letak dalam tapis dan lalukan di bawah air paip untuk buangkan kanjinya. Ketepikan.
3. Satukan santan, tepung hoenkwe, gula pasir, garam dan esen vanilla dalam periuk. 4. Masak atas api perlahan hingga pekat. Masukkan biji sagu, padamkan api dan terus kacau perlahan-lahan hingga rata.
Mulut terasa nak makan yang manis-manis. Memang dah lama tak merasa wajik atau di utara panggil pulut kacau utara. Rasanya yang manis bukanlah sekali hadap, bak kata orang sebagai dessert selepas makan. Ada peminat tak? Kalau ada yang nak mencuba buat, dikongsikan caranya.
PULUT KACAU UTARA Bahan-bahan: 5 cawan santan pekat 3 cawan pulut susu 2 cawan gula merah(masak dgn sedikit air) 1/2 cawan gula putih secubit garam daun pandan(disimpul)
Cara membuat: 1.Rendam pulut 2-3 jam. Kemudian kukus sehingga masak. 2.Masak gula merah dengan sedikit air sehingga larut.
3.Masukkan santan, gula merah, gula putih, garam dan daun pandan ke dalam kuali. 4.Masak sehingga menjadi pekat dan bertali. Masukkan pulut tadi.Kacau sehingga sebati semua bahan. 5.Dah masak terus tuang ke dalam loyang atau bekas.
Mesti semua penah makan nasi kat hotelkan, mesti pelik kenapa nasi hotel berderai, tapi rasa macam lemak-lemak, moist macam campur beras pulut jer. Jom belajar dengan Chef Adzha.
Haa nie chef nak share dengan korang semua cara hotel atau restoran masak nasi, sebenarnya cara nie diambil daripada cara penyediaan nasi jepun tuh, kan orang jepun makan nasi pown dengan chopstick, nak bagi nasi tergumpal dan melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah dorang guna.
Kali ni Chef guna periuk kat rumah jer dan beras Cap Masjid saja. Takut nanti hangpa kata Chef guna equipment lain yang tak der kat umah pulak.
Caranya sangat mudah korang follow jer step dalam video nieh. Sure hasilnya nasi gebu berderai comel sedap lemak yummmyyyy.
Bahan-bahan:
Beras & Air
Cuka makan
Minyak masak
Garam
Kalau nasi tengahari tak habis pon nak masak untuk nasi goreng malam pon boleh jer sebab nasi dia akan berderai lepas disejukkan.
Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland • 1 biji tomato • 4 tangkai cili besar • 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas) • sedikit belacan • gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar) 3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk 4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.