Ads

Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!

Jom masak Mi Jawa yang sedap ni. Kita memang beruntung sebab Malaysia ada pelbagai hidangan enak untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, memang tak terkira banyaknya resipi yang ada. Daripada mi goreng, mi sup, hinggalah ke mi berkuah pekat, semuanya ada keunikan tersendiri.

Salah satu yang cukup popular dan sering jadi pilihan ramai ialah Mi Jawa. Keistimewaan Mi Jawa terletak pada kuahnya yang pekat, berwarna coklat kemerahan dan kaya dengan rasa. Kuah Mi Jawa dihasilkan daripada keledek yang direbus dan dikisar bersama udang kering, menjadikannya lebih lemak, manis dan beraroma.

Gabungan rasa manis, pedas dan sedikit masin inilah yang membuatkan Mi Jawa sukar dilupakan. Sekali rasa, pasti nak lagi. Tak hairanlah hidangan ini sering menjadi menu pilihan untuk majlis kenduri, jamuan keluarga, atau sekadar makan tengah hari di rumah.

Kali ini, Saudari Marina Ismail ada kongsikan resipi Mi Jawa homemade yang mudah dan sangat sedap. Dengan bahan yang tak terlalu rumit dan langkah penyediaan yang jelas, memang sesuai untuk dicuba walaupun oleh yang baru belajar memasak.

Ads

Resipi Mi Jawa Homemade Yang Sedap & Mudah

Mi Jawa

Resipi ini menghasilkan kuah Mi Jawa yang pekat dan cukup rasa. Anda boleh sesuaikan tahap kepedasan dan kemanisan mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-Bahan Utama

  • 1 kilo mee kuning – dicelur
  • 2 cawan keledek kuning atau oren – direbus dan dikisar
  • 1 cawan udang kering – digoreng dan dikisar
  • 1 cawan udang hidup – direbus dan dikisar
  • 5 cawan air (boleh tambah atau kurangkan ikut kepekatan kuah)
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa (gunakan gula Melaka untuk rasa lebih sedap)

Bahan Kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan – dibakar

Bahan Sampingan

  • Telur rebus – dipotong dua
  • 3 keping tauhu – digoreng dan dipotong kecil
  • Cili hijau dan cili merah – dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun saderi dan daun bawang – dihiris halus
  • Taugeh – dicelur
  • Limau kasturi – dibelah dua

Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!

Cara Memasak Kuah Mi Jawa

  1. Rebus keledek sehingga empuk, kemudian kisar hingga halus dan ketepikan.Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!
  2. Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!
  4. Masukkan udang kering dan udang hidup yang telah dikisar. Gaul rata sehingga sebati dan masak. Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!
  5. Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih perlahan. Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!
  6. Masukkan keledek kisar ke dalam periuk dan kacau berterusan supaya tidak berketul.
  7. Masak sehingga kuah Mi Jawa menjadi pekat. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  8. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kuah Mi Jawa biasanya sedikit manis, jadi boleh sesuaikan ikut selera. Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!

Cara Menghidang Mi Jawa

  1. Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
  2. Susun taugeh, tauhu goreng, cili hijau, cili merah dan bawang goreng di atas mee.Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!
  3. Curahkan satu atau dua senduk kuah Mi Jawa yang panas.
  4. Letakkan telur rebus di atasnya.
  5. Taburkan daun saderi dan daun bawang, kemudian perahkan limau kasturi sebelum makan.

Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!

Tip Supaya Mi Jawa Lebih Sedap

Untuk rasa yang lebih padu, kuah Mi Jawa elok dimasak lebih lama dengan api kecil supaya semua bahan benar-benar sebati. Gunakan gula Melaka untuk mendapatkan rasa manis lemak yang lebih asli.

Ads

Mi Jawa ini paling sedap dimakan panas-panas dan sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga atau tetamu. Sekali cuba, memang mudah jatuh cinta.

Kredit resipi & foto: Marina Ismail 

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA 

Resipi Mi Kari Sedap, Banyak Lauk & Kuah Tak Muak

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi AYAM DENDENG PEDAS Mudah, Sedap Menyelerakan Campak-Campak Style!

Bagi yang nak cuba resipi Ayam Dendeng Pedas yang sedap, penuh aroma dan rempah ratus, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nizawatimusa Niza ini. Memang nampak menyelerakan dan mudah disediakan. Makan dengan nasi panas memang tak pandang lauk lain dah. Anak-anak pun mesti suka!