Mi goreng ketagih, makan mi pun boleh ketagih. Mana taknya sekali makan punyalah sedap sampai nak berulang kali makan. Bila lama tak makan terbayang-bayang, nak masak lagi.
Ni resipi perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi, Mi Goreng Ketagih, tengok dalam gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba masak esok.
MI GORENG KETAGIH
Ads
BAHAN-BAHAN :
1/2 paket mi kuning
4 ekor Udang
Isi ayam
1 ekor sotong
1 biji telur
Sawi
Taugeh
Hirisan cili
Bahan ditumbuk :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 bii cili merah
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap lemak manis
5 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap sotong
4 sudu besar sos cili
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1/2 cawan air | jika kering tambahkan sedikit lagi
CARA MEMASAK 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi. 2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan kicap pekat,kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili. 4. Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air. 5. Seterusnya tos bersih mi kuning dan masukkan ke dalam kuali. 6. Perasakan dengan satu sudu besar gula ( kurangkan jika perlu) dan secubit garam. 7. Setelah mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati. (Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur) 8. Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api. 9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.
Suka ikan air tawar? Kalau suka ini ada tiga resipi yang boleh dikira autentik tapi sedapnya tak terkata. Kalau nak makan di kedai memang jarang kita jumpa, jadinya jom kita belajar buat sendiri. Sesiapa yang nak mencuba silakan kerana resipi ada disertakan.
Pilihlah mana satu menu kegemaran anda dan keluarga. Ketiga-tiga resipi ini sangat sedap dan wajib cuba.
IKAN TILAPIA PAIS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
Gaul rata dan sebati.
Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
Kukus ikan hingga masak.
Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Ada yang teringin nak makan kek? Boleh cuba buat dengan resipi yang dikongsi oleh Scha. Resipi kek marble loaf bersaiz 8×3 simple dan inshallah sesedap rasa. Nak tahu kek dalam oven dah masak, ia dah rengang sikit dari loyang bermakna kek dah masak. Jangan pula kerap buka nanti terbantut pula kek tu. Bila kek dah masak keluarkan dan hentak sikit loyang terus terbalikkan,jangan tinggal lama-lama dalam loyang nanti ia turun. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
KEK MARBLE Bahan-bahan: 75g tepung self raising/super fine/gandum-BELI ONLINE DI SINI 60g gula kastor 50g butter/majerin cair-BELI ONLINE DI SINI 2 biji telur gred A/B(pastikan telur segar baru kek naik tinggi) 1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu ovelette(nak gebu guna ovelette special) 18ml santan/susu segar 1 sudu kecil baking powder Emulco atau paste
Cara membuat:
1.Adun semua bahan-bahan sampai kembang gebu dan kental kecuali butter cair.
2.Adunan dah kental gebu baru masukkan butter/majerin cair. mix perlahan sekejap bagi butter/majerin tu sebati.
3.Kemudian kaup balik bagi butter tu sebati dengan adunan. Masa mixer mula-mula tu terus masukkan emulco. Ikut selera tekak nak makan kek perisa apa. 4.Sapukan sikit butter yang cair tadi dalam loyang baru letak adunan tadi. Ambil sikit adunan letak warna untuk lorek bunga.
5.Panaskan oven sekejap, masukkan loyang. Sebelum bakar hentak loyang dulu biar keluar angin yang dalam adunan tu.Bakar kek api atas 140 api bawah 150 dalam 50 minit ikut oven masing-masing.
Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni. Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak. Tapi sebenarnya, kalau jumpa resipi yang mudah, senang je. Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni, bolehlahcuba masak sendiri. Ringkas dan pasti sangat sedap. Sekali cuba masak menu macam ni, pasti akan ulang masak banyak kali.
CARA MASAK AYAM PERCIK KUAH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah dua dan dikelar
BAHAN PERAP AYAM:
4 ulas bawang merah
2cm halia
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
200ml santan pekat (1 kotak kecil santan kotak)
2 keping asam keping
3 batang serai | ketuk
Sedikit biji halba
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawang merah | kisar halus
2cm halia | kisar halus
CARA MEMASAK:
Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau dibakar diatas pemanggang arang.
Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih lama ayam diperap , ia lebih sedap.