Bagi yang suka makanan pedas, pasti akan menggemari sajian Ayam GeprekBerempah ‘Extra Spicy’ perkongsian saudari Puteri Hana Sofia ini. Menu ni selalunya kita makan di kedai kan? Apa kata kali ni cuba masak sendiri di rumah. Nak buatnya tidak susah pun dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Paling penting adalah sambal kena padu. Barulah mantul!
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan rempah kecuali tepung jagung dan tepung gandum. Kisar halus. 2. Kemudian campurkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 30 minit.
3. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga masak sempurna. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
IKLAN
BAHAN SAMBAL GEPREK: 15 biji cili padi 2 biji cili besar 3 ulas bawang putih 6 biji kacang gajus (boleh ubah ikut selera masing-masing) Minyak zaitun – beli online disini Tauhu Gula secukup rasa Garam secukup rasa Timun
CARA MEMASAK: 1. Panggang/grill/goreng tenpa minyak cili padi, cili besar, bawang putih dan kacang gajus. 2. Kemudian letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung.
3. Lumatkan semua bahan kemudian masukkan cili besar, gula dan sedikit lagi garam untuk mencukupkan rasa. 4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Ia bertujuan supaya sambal tu masak sedikit dan tidak terlalu mentah. Perut pun tak pedih bila makan. 5. Gaul rata sehingga semua bahan sambal menjadi sebati. 6. Masukkan Ayam Berempah yang sudah digoreng tadi. Geprekkan/ penyekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
Anda yang baru nak mula belajar buat tepung talam, apa kata cuba resipi Tepung Talam Pandan yang RASA kongsikan ini. Ia ringkas, guna cawan sahaja dan anda tak perlu fikir penimbang semua, janji ikut sahaja apa yang dikatakan dalam resipi. Gerenti hasilnya akan membanggakan diri anda.
TEPUNG TALAM PANDAN BAHAN;BAHAN: LAPISAN BAWAH:
3 cawan jus pandan | hasil dari 5-6 helai daun pandan dikisar bersama 3 cawan air.
3 cawan tepung gandum
1/2cawan tepung ubi
1/2 cawan gula
1/2 kotak santan | kotak saiz kecil
1 sudu teh esen pandan coconut
Pewarna hijau epal LAPISAN ATAS:
200ml santan kotak
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
Sekalikan tepung gandum, tepung ubi dan gula dalam bekas adunan.
Tuangkan jus pandan, kacau-kacau, kemudian tambah esen padan dan perwarna hijau.
Kacau hingga tiada ketulan.
Atau tapiskan ke dalam loyang 9X9 yang telah disapukan dengan minyak atau dilapik plastik.
Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama 15-20 minit.
Untuk lapisan atas: Campurkan semua bahan ke dalam bekas adunan, kacau rata dan tapis hingga tiada ketulan.
Apabila bahagian sudah masak, buka penutup kukus, biarkan seketika, apabila permukaan lapisan bawah kering, cucuk-cucuk dengan garpu baru tuang lapisan atas.
Kukus semula lebih kurang 25-30 minit.
Sekali sekala buka penutup dan buang air wap, supaya air tidak bertakung atas permukaan kuih.
Setelah masak, buka penutup kukus, biar seketika baru keluarkan dari pengukus.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Anda suka makan Kuih Lopes Pulut? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH LOPES PULUT SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.) 2. Kukus pulut selama ½ jam. 3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.