Masih dalam mood raya dan cuti, dah pening nak masak apa. Masak rendang dan kari pun dah buat, tekak pun dah mala muak. Jadi Rasa kongsikan 3 menu lauk yang ringkas tapi sedap boleh menghabiskan nasi juga dibuatnya. Cukuplah untuk menu sesisi keluarga, masih boleh dimakan dengan nasi impit atau lemang kalau masih berbaki.
DAGING LADA HITAM BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
Ads
CARA MEMASAK:
1, Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BERCILI BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit. BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Ads
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
Ads
GULAI KETING BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
4. Biarkan mereneh hingga keting empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jika di pantai timur kuih tepung pasung atau tepong pasong bukanlah asing. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana. Tepung pasung diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti. Ia dibentuk seperti kelongsong. Bentuk dan rasanya memang unik . Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang.
TEPUNG PASUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung beras
50gm tepung ubi
175gm gula merah
200ml air
600ml santan pekat
2 helai pandan disimpul
1 sudu teh garam
Daun pisang untuk kelongsong
CARA MEMBUAT:
1.Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya.
2.Satukan gula merah air dan pandan
3.Masak sehingga gula larut/sejukkan kemudian tapis
4.Dalam periuk, satukan tepung beras, tepung ubi, santan dan garam.
5.Masukkan air gula merah dan kacau sebati.
6.Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap, sentiasa kacau (jangan terlalu pekat ye)
7.Tuang ke dalam kelongsong dan kukus selama 25min sehingga masak
8.Sejukkan sedia dihidangkan.
Tidak susah untuk masak cumi atau sotong bakar yang enak tapi tidak liat. Bahan ramuannya menutup rasa hanyir sotong dan rasa pedas manis menaikkan selera ketika makan.
CUMI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong ] buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas ] ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Saiz hidangan: 5 orang Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Bakar Jenis Masakan: Hidangan appetizer Keistimewaan: Enak dicicah dengan sambal Anggaran kos: RM20
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...