Sentuhan Chef yang berpengalaman memang nampak keistimewaannya. Dari penampilan dan pemilihan resipi jelas menampakkan kreativiti pemilik resipnya. Chef Roskaimi Ismail atau mesra dipanggil Chef Kimi. Bertugas sebagai ‘Head of Chef’ yang juga memangku jawatan Chef Eksekutif di hotel The Pearl, Kuala Lumpur dia berkongsi dua resipi menarik .

Chef Kimi Kongsi Otak-Otak Salmon & Asam Pedas Tulang Lembu
.

Otak-otak ikan salmon dan asam pedas tulang lembu dengan sawi jeruk adalah hidangan yang berunsur fusion yang memberikan sedikit sentuhan barat daripada pemilihan ramuannya.Jom semak resipi super sedap ini…

OTAK -OTAK IKAN SALMON BERINTI TELUR IKAN (THAI)


Chef Kimi Kongsi Otak-Otak Salmon & Asam Pedas Tulang Lembu
.

BAHAN -BAHAN

IKLAN
  • 500gm isi ikan salmon | dikisar
  • 50gm pes kari merahThai
  • 10gm daun limau purut | dimayang
  • 10gm daun selasih | dimayang
  • 50ml santan
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 100gm telur ikan
  • 2 biji telur
  • Daun pisang | untuk bungkus

CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.
2. Daun pisang dibentukkan mejadi bungkusan.
3. Masukkan bahan bahan yang telah digaul itu ke dalam bungkusan daun pisang
4. Dan kemudian kukus selama 25 minit sehingga masak
5. Masak santan dengan api yang sederhana sehingga menjadi pekat masukkan sedikit garam dan gula
6. Apabila bahan yang dikukus itu masak , keluarkan dan tuangkan santan yang telah dimasak itu ke atas bahan yang telah dikukus tadi
7. Letakkan telur ikan di atasnya sebagai hiasan
8. Hidangan siap dan sedia untuk dihidangkan.

ASAM PEDAS TULANG LEMBU DENGAN SAWI JERUK


Chef Kimi Kongsi Otak-Otak Salmon & Asam Pedas Tulang Lembu
.

IKLAN

BAHAN -BAHAN

  • 500gm tulang rusuk lembu | direbus dahulu
  • 350gm cili kering | direbus dan dikisar
  • 100gm bawang merah | dikisar
  • 70gm bawang putih – dikisar
  • 00ml air asam jawa
  • 50ml minyak masak
  • 100gm bunga kantan
  • 100gm terung
  • 100 gm jeruk sawi
  • 50gm daun kesum
  • 2 biji tomato | dibelah empat
  • 30gm garam
  • 10gm gula
  • 100ml air
  • 1.4sm belacan bakar

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan air biasa ,air asam jawa,sawi jeruk,bunga kantan dan daun kesum
3. Masukkan tulang rusuk yang telah direbus
4. Biarkan mendidih dan sehingga tulang biar betul betul lembut
5. Akhir sekali masukkan bahan- bahan seperti terung, tomato dan garam dan gula secukup rasa
6. Masakan sedia dihidangkan.

FOTO : NOR YANTI SHAHARUDIN
TERIMA KASIH : The Pearl Kuala Lumpur Hotel, Jalan Klang Lama, KL
www.pearl.com.my

IKLAN

Jika anda sedang mencari peralatan dapur berkualiti dan canggih, jom layari laman shopee ini

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/garlic-butter-creamed-spinach-salmon-menu-ringkas-untuk-sahur/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI