Ingin menikmati Burasak, Lepat Loi juga Asam Pedas Tebu Hitam? Semuanya ada di Rumah Ketupat Cafe. Menu lain juga ada dijual antaranya ketupat nasi, ketupat palas, rendang dan serunding. Memang korang akan rasa macam hari raya kalau menjamu selera di sini. Makan sambil dengar lagu P Ramlee dan 60an di Rumah Ketupat Cafe memang feeling habis.
Kafe yang diusahakan oleh Haji Mohd Johari Awang ini berkonsepkan makanan tradisional Melayu asli.Rumah Ketupat Cafe yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini menghidangkan aneka jenis lauk pauk hari raya dengan rasanya yang sangat istimewa.Beroperasi sejak 1 Januari 2019.
“Kerana juadah utama di sini adalah juadah raya. Ketupat sinonim dengan hari raya, jadi kami namakan Rumah Ketupat Cafe,” cerita pemilik.
Apa istimewanya makanan di sini?
IKLAN
Pelbagai jenis ketupat, di bawah satu bumbung. Terutama untuk warga Johor, tak payah tunggu raya untuk lepaskan rindu makan burasak.Ketupat Nasi, Ketupat Palas, Burasak dan Lepat Loi, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Nasi Minyak dan Asam Pedas Tebu Hitam antara signature makanan di sini.
pulut kuning.
ayam masak merah.
Manakala best seller makanan di sini ialah Set Talam Kendara, Asam Pedas Tebu Hitam Ikan Parang dan Ikan Jenahak, Molotov Gearbox Asam Pedas, Nasi Minyak dan Pulut Kuning.
Juadah Bugis seperti Burasak dan Lepat Loi adalah antara menu istimewa di Rumah Ketupat Cafe.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut. Enak dimakan dengan serunding kelapa dan rendang daging. Lepat Loi diperbuat dari beras pulut dan dibalut menggunakan daun pisang yang muda.
IKLAN
Set Talam Kendara boleh dimakan lima hingga enam orang. Di dalam talam ada Ketupat Nasi 5 biji, Ketupat Palas 8, Burasak 5, Lepat Loi 6, Serunding Kelapa Udang Kering, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Masak Hitam dan Kuah Kacang. Harga setalam RM100. Memang puas makan.
Asam pedas tebu hitam, fuuuh memang jadi idaman. Asam pedas yang cukup padu. Asam pedas gearbox banyak isi.Kuah pekat, dimasak dengan penuh kasih sayang. Tidak ada rasa perisa tambahan langsung. Pemilik akui bahan rahsia ialah guna tebu hitam untuk masak asam pedas agar ikan tak hancur.
Pendek kata puas hati makan asam pedas di sini. Rasa macam orang dulu-dulu masak.Tapi kalau tak percaya, boleh datang sendiri cuba Asam Pedas Tebu Hitam. Boleh pilih nak ikan Jenahak, Parang, Tenggiri atau Gearbox.
Asam Pedas Tebu Hitam Kepala Jenahak, harga RM25 hingga RM35. Asam Pedas yang rare, kerana dimasak menggunakan tebu hitam dan kepala ikan yang segar. Asam pedas di sini dimasak oleh pemiliknya sendiri. Dia amat teliti nak pilih ikan yang betul segar, sebab itu kena order awal sehari.
IKLAN
“Ikan dipilih sendiri oleh abang kat pasar, dipotong sendiri dan dimasak sendiri.Jadi, insyaaallah kualiti dan rasanya adalah terbaik,”akui pemilik.
Asam Pedas Molotov Gearbox. Memang padu, lemak berkrim disukai ramai. Tak dapat nak dihuraikan dengan perkataan, kena cuba sendiri.Asam Pedas Molotov Gearbox, harga dari RM35 hingga RM50, bergantung pada saiz.
asam pedas molotov.
Minuman yang wajib korang cuba ialah Air Hang Lipo,Jus Badang dan Kedondong Asam Boi.
Selain pelanggan datang ke kafe, khidmat penghantaran makanan juga ada. Anda boleh memesan makanan menggunakan aplikasi grab, foodpanda, Dego, Bungkusit.
“Kami akan sentiasa memastikan makanan di sini kekal autentik dan suasana yang selesa untuk semua pelanggan kami.Kepada yang belum cuba lagi juadah Rumah Ketupat Cafe, jemput datang ye,” jelasnya.
Rumah Ketupat Cafe No G9, Jalan Polo 13/51 Off Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Contact abang- 01155098055
Operasi : Setiap hari kecuali khamis 9.00 AM –7.00 PM
Siapa yang teringin sesuatu yang pedas dan juicy? Jika korang peminat kambing bakar, Kambing Bakar Kontena (KBK) menjadi pilihan terbaik. Pasti tak akan menyesal kalau ke sini.
Nak datang ke sini waze saja KBK, korang akan dibawa ke lokasinya yang terletak di Setia Alam.Siapa kata menu kambing saja yang ada? Macam-macam menu ada,rambang mata nak memilih.Menu dekat KBK bukan biase-biase tau. Dah rasa , confirm puas hati.
Menurut pemiliknya Ihtifazuddin Ariff Samsudin, KBK bermula dengan perniagaan atas talian. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, maka perniagaan restoran beroperasi.
Menu pelbagai Masa untuk menghilangkan tekanan korang dengan makanan yang lazat. Tengok pun dah craving gilakan? Aroma kambing bakar memukau sebelum memasuki restoran. KBK terkenal dengan kambing bakar, ayam penyet cheese, baldi ais gergasi dan banyak lagi. Istimewanya kambing bakar di sini ialah diperap dengan baik, lembut dan juicy serta gabungan sos yang enak. Harga juga sangat berpatutan.
Jadi boleh pilih suka yang pedas atau yang manis?Sekiranya pedas, pilih sos lada hitam (RM 14.90). Sos buatan sendiri ini mempunyai konsistensi yang tepat dan kepanasan yang tepat untuk membakar kambing bakar. Untuk pilihan yang lebih manis, dapatkan kuah madu (RM 16.90). Rasanya cukup enak dan sedap. Semua set dilengkapi dengan nasi dan sup.
Nasi Sotong Gergasi (RM 14.90) adalah HUMONGOUS. Saiznya lebih besar daripada sotong yang biasa kita lihat atau makan. Ia dilapisi dengan adunan rahsia mereka dan kemudian digoreng. Pada setiap gigitan lembut, lapisan luarnya rangup, memang layan habis.
Keistimewaan lain ialah Ayam Penyet Cheese (RM12.90). Diisi dengan banyak keju mozzarella cair pada ayam goreng, sukar bagi kami untuk menjauhkan diri dari hidangan ini! Bukan hanya cheesy tapi so rangup! Dan sambal penyet KBK memang terbaik.
Selain menu ini, anda juga boleh mencuba menu lain dan dessert yang padu. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Air Asam,Sup Kambing,Nasi Kerabu berlauk ,Ice Bucket Kontena boleh dikongsi tiga hingga empat orang dan Mangga Rock / Naga Rock ( ice blended buah-buahan dengan ais krim).
Jadi bolehlah bawa keluarga datang menjamu selera di sini.
KAMBING BAKAR KONTENA Lokasi: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Operasi: Selasa – Ahad 1100am – 11pm Isnin – Tutup Tempahan dan pertanyaan: 017-964 8870 03-3358 7917 Facebook: Kambing Bakar Kontena
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Tak dinafikan lagi nasi lemak merupakan antara hidangan ‘signature’ dan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi yang dimasak bersama santan dan dihidangkan bersama sambal, telur, hirisan timun dan ikan bilis goreng ini memang punya keistimewaannya yang tersendiri. Mana tidaknya, dari pagi hingga ke larut malam, hidangan ini sentiasa dijual dan mudah didapati.
Malah, hidangan ini juga diangkat ke kelasnya yang tersendiri dimana ia telah dijadikan tema bagi baju yang bakal diperagakan oleh Samantha Katie James; Miss Universe Malaysia di pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini. Baju yang direka oleh Brian Khoo ini memang unik. Agaknya berapa banyak manik lah yang digunakan untuk menghasilkan ‘effect’ seperti butiran nasi lemak ni kan?
Sebut pasal nasi lemak ni, rasa laparlah pula. Jom lihat lokasi-lokasi nasi lemak best di sekitar Lembah Klang ni yang boleh anda cuba. Mungkin ada dalam senarai ni yang anda belum ‘test’ lagi.
1. Nasi Lemak Wak Wanjor
Nasi lemak Wak Wanjor adalah nasi lemak yang popular di kalangan warga kota yang mana difahamkan telah dibuka sehjak tahun 80an lagi. Terletak di Kampung Baru, nasi lemak ini memang menjadi pilihan ramai. Nasinya dijual dengan harga serendah RM3 dan terdapat pelbagai pilihan lauk pauk lain seperti lauk sotong, ayam, daging, paru, limpa dan banyak lagi.
Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur