Dah lama teringin pulut dakap ni. Sekarang ni susah nak tengok orang menjualnya. Jadinya buat sendiri , lebih puas makan dengan rasa lemak yang diingini. Pulut dakap ni sedap dimakan bersama rendang ayam.
PULUT DAKAP
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut direndam selama 4 jam
2 biji kelapa diambil 3 cawan santan pekat
5 sudu besar gula
sedikit garam
Cara membuat:
Ads
1.Satukan santan, gula dan garam. Masak di atas api sampai semuanya sebati.
2.Kukus pulut sehingga masak.
3.Masukkan ke dalam bekas, tuangkan santan yang dimasak tadi,gaul sebati.
4.Dah suam-suam bolehlah dibungkus dengan daun pisang. Ikat dengan tali bagi kemas supaya pulut tak keluar.
5.Rebus pulut yang dibungkus tadi sehingga airnya kering.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Bahan kisar:
Cili kering, cili padi, kunyit,halia,lengkuas,bawang besar,bawang putih,bawang merah,serai dikisar kasar.
Asam keping, gula Melaka, garam dan serbuk secukup rasa.
Ads
Daun kunyit, daun limau purut-dihiris halus.
Kerisik
Santan pekat
Cara memasak:
1.Tumis bahan kisar hingga sebati dan nampak agak garing.
2.Masukkan ayam, gaul hingga rata.
3.Kemudian masukkan santan pekat, asam keping, gula Melaka.
4.Dah nampak agak pekat masukkan kerisik dan garam serta serbuk secukup rasa kacau sehingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Siap untuk dihidang
Anak tiba-tiba minta nak pau goreng seperti yang dijual di pasar malam. Mudah saja membuatnya ikut resipi ini. Buat pau goreng kacang merah memang lembut elok. Guna mixer je adun sekejap saja dah kembang. Jomlah kita buat.
Pau goreng inti kacang merah
Bahan A:
1 paket yis kering mauripan
2 sudu besar susu pekat anggaran 1 cawan air suam
2 sudu gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C:
½ cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Cara membuat:
1.Campurkan bahan A,B,C dan uli.
2.Perap sekejap hingga kembang. Kemudian tumbuk buang angin.
3.Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
4.Bila doh mengembang hampir 2 kali ganda, bolehlah goreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Nasi Goreng Kerabu ni sedap dia lain macam. Selalu makan nasi kerabu yang memang tak asing lagi dalam dunia kulinari Malaysia, terkenal dengan keunikan warna biru nasinya, ulam-ulaman segar, sambal kelapa, dan ikan goreng.