Baru-baru ini bertempat di Subang Bestari, Restoran Mangkuk dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Istimewanya makanan yang ditawarkan ialah Fusion Asia dan barat.
Memasuki ruang restoran ini susun aturnya berkonsep moden dan selesa untuk menikmati hidangan bersama teman malah dengan keluarga juga.
“ Restoran Mangkuk asalnya dimiliki oleh seorang kontraktor, namun akibat pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, restoran ini hanya sempat beroperasi kira-kira tiga bulan sahaja. Namun telah tertulis rezeki saya dan rakan kongsi Hafezy Ibrahim, mengambil alih operasi perniagaan restoran ini ia bukan sesuatu yang mudah namun saya percaya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Risiko membuka perniagaan merupakan cabaran yang paling signifikan ketika pasca endemik COVID-19, namun saya tidak boleh melihat risiko tersebut menghalang saya mengambil tindakan proaktif dalam bidang perniagaan makanan atau hospitaliti.
Hasil perancangan tidak sampai dua bulan, maka bermulalah operasi Restoran Mangkuk,” cerita Pengarah Urusan Bakti Semai Global, Shafee Madianuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Shafee, 32 tahun.
Konsep menu yang dihidangkan di Restoran Mangkuk bertemakan “Fusion Asia dan Barat” kerana dilihat ia sesuai dengan citarasa pelbagai lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar Subang Bestari di lokasi restoran ini beroperasi.
Antara menu yang dihidangkan ialah Fried Wantan, Wantan Mi Kicap , Sup Wantan, Mi Kari dan Grill Chicken.
“Terima kasih pada semua ahli keluarga yang menyokong kami membuka perniagaan restoran ini dan tidak ketinggalan terima kasih juga saya ucapkan kepada team Restoran Mangkuk iaitu Chef Yew Siang, Ikhwan, Effendy, Hanis, Aiman, Haris, Jessica dan Asba. Kami juga akan membuat majlis pelancaran secara rasmi pada bulan Januari tahun 2022,”ujar Chef Shafee mengakhiri temubual.
Restoran Mangkuk
Lokasi : No 23-1 (Ground Floor), Jalan Nova N U5/N, Subang Bestari
Waktu Operasi : 12.30 tengahari – 9 malam (Selasa-Ahad)
Konsep Menu : Fusion Asia dan Barat
Signature : Fried Wantan, Kicap Wantan Noodles, Soup Wantan, Mee Kari & Grill Chicken.
*Restoran Mangkuk diuruskan oleh Bakti Semai Global.
Chef Shafee turut berkongsi resipi istimewa untuk anda cuba.
Mi Wantan Kicap
Sos kicap
40 gm sos tiram
10 gm kicap pekat
10 gm minyak bijan
10 gm serbuk perasa ayam
25 gm air
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Mi Wantan
150 gm mi wantan
4 keping cendawan shitake (dihiris)
44 gm siew pak choi
4 sudu besar kicap campuran
2 sudu teh minyak bawang putih
Hirisan daun bawang
Cara memasak:
- Mula-mula celur mi wantan, kemudian campur sebati kicap.
- Celur cendawan dan sayur siew pak choi.
- Kemudian susun mi wantan di atas pinggan dan hiasi bersama cendawan dan sayur.
- Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang bersama minyak bawang putih.
Mi Kari Chinese Style
Bahan penyediaan kuah
20 gm cili kering
30 gm bawang merah
1 batang serai
30 gm serbuk kari daging
10 gm daun kari
2 cawan minyak masak
6 gm gula
5 gm garam
150ml air
30 gm santan
40 gm ayam-dipotong dadu kecil
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan kemudian tumis cili kering bersama bawang merah sehingga naik minyak.
- Kemudian campurkan sekali serai yang diketuk dan masukkan daun kari.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan masukkan ayam.
- Letakkan bahan perasa seperti gula dan garam.
- Seterusnya masukkan santan dan kacau perlahan.
Bahan hiasan
150 gm mi kuning
2 keping fish ball
2 keping tauhu pok
15 gm kerang
10 gm sawi
20 gm taugeh
5 tangkai kacang panjang
3-5 hirisan cili merah
1 potong telur rebus
1 sudu teh bawang goreng
1 biji limau nipis
Cara penyediaan:
1.Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, tauhu pok, kerang,kacang panjang dan telur rebus.
2.Tuangkan kuah di atas mi tadi.
3.Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi.
4.Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI