Ramadan bakal menjelma, banyak undangan bufet Ramadan diterima. Antaranya di Dorsett Grand Subang. Memang tidak menghampakan, rata-rata makanan yang dicuba menjentik rasa serta memberi kepuasan setelah menikmatinya.
Pujian harus diberikan buat barisan chef yang menyediakan makanan pada hari tersebut yang diketuai oleh Chef Zainal Ahmad, Executive Sous Chef dan Chef Bustami, Sous Chefmemang terbaik.
Ads
Menarik Ramadan kali ini Grand Dorsett Subang membawakan menu khas buat tetamu nikmati saat berbuka iaitu makanan popular 13 negeri di Malaysia seperti Briyani Gam Johor, Mangga Muda Penang, Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan, Gulai Tempoyak Patin Pahang, Sotong Sumbat Terengganu, Gulai Kawah Kelantan, Ikan Bakar Kuala Perlis, Tetel Asam Pedas Melaka, Lemak Pisang Muda Selangor dan pelbagai lagi lah. Tapi jangan lupa menu istimewa mereka iaitu Sup Tulang Gear Box dan Kambing GolekBerempah.
Ads
Ads
Untuk semua ini harganya ialah RM165 nett (untuk Terraza Brasserie) dan RM155 nett di Melati Room. Promosi ‘early bird’ iaitu RM99.90 untuk dewasa bermula dari sekarang sehingga 5 Mei 2019 serta 25% diskaun baucar akan diberikan sehingga baucar habis tertakluk pada terma dan syarat.
Buat yang ingin membeli-belah sempana raya, bolehlah tempah PAKEJ KAREEM – bilik hotel + sahur & iftar untuk 2 orang dari serendah RM370 nett sebilik semalaman. Tempahan dibuka dari sekarang sampai 2 Jun 2019 & tempoh menginap bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan Al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75 seorang.
Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu.
Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, enam jenis keropok, lapan jenis jeruk, tujuh jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi.
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti lapan jenis kuih-muih Melayu, lima jenis kek, empat jenis pai, aneka jeli, ‘mousse & pudding’, tiga jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, tiga perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.
Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat Carving Station yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.
Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar Early Bird di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019.
Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu makanan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dinikmati sebagai snek adalah apam balik. Menu ini sudah lama ada di pasaran. Namun kini apam balik bagaikan menjadi satu daya tarikan apabila menunya dipelbagaikan sehingga membuat orang tercari-cari menu ini.
Apam Balik MN Hafiz menjadi sebutan ramai orang. Menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, apam balik ini bukan sekadar mendapat perhatian masyarakat awam namun termasuklah golongan artis.
Bermula dengan food truck yang menemui peminat apam balik di sekitar Shah Alam dan juga pusat beli-belah, kini ruang niaga Apam Balik MN Hafiz adalah di gerai tepi jalan depan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan food truck di parkir lot Seksyen 9 di depan Restoran Cili Merah.
Pada usia baru 29 tahun, Hafiz mengorak langkah dengan bakal menjual apam balik dengan konsep layan diri menggunakan lori jenis caravan tidak lama lagi. Wujudnya caravan ini bagi memudahkan orang ramai membeli apam balik pada bila-bila masa.
“Sebagai pengusaha apam balik, saya akan cuba teruskan kekalkan rasa asli kuih tradisi ni di samping perisa tambahan yang moden. Saya nak tambah cawangan supaya lebih ramai boleh rasa kerangupan Apam Balik MN Hafiz. Sayang kalau perniagaan ayah sejak 1999 ni saya sia-siakan,” katanya
Antara perisa yang ada adalah Rainbow, Nestum, Coklat, Cornflakes, Strawbery, Original dan Oreo. Setiap perisa ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Ada dua jenis apam balik yang ditawarkan. Ada yang nipis dan rangup. Ada juga yang jenis tebal dan penuh isinya. Rata-rata peminat apam balik akan menyukai apam balik di sini kerana rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala apam balik yang jenis tebal menawarkan inti yang penuh dan diadun dengan sempurna.
Apam balik yang paling mendapat sambutan adalah perisa original yang menggunakan jagung dan kacang tumbuk. Menurut Hafiz, perisa ini tetap menjadi pilihan kerana mengekalkan rasanya yang asli. Harga apam balik nipis RM1 untuk semua perisa. Perisa oreo RM1.50. Manakala saiz tebal RM2.
PEMILIK: Muhamad Norhafiz bin Murtaza ALAMAT: Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan parkir lot Seksyen 9 (depan Restoran Cili Merah) WAKTU OPERASI: 9 pagi hingga 4.30 petang WAJIB CUBA: Apam balik original, apam balik coklat dan apam balik nestum
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Disebabkan penutupan restoran tempat ayahnya berniaga, Mohamad Shukri bin Selamat tekad untuk memulakan bisnes satenya sendiri. Terhasillah gerai yang diberi nama SB Satay Bakar. Beliau beranggapan sayang jika resipi sate yang ayah hasilkan sejak bertahun-tahun dulu hilang begitu saja. Strategi baru yang diusulkan adalah dengan membuka kiosk di lokasi yang dirasakan bakal mendapat permintaan yang tinggi.
Pada 1 Februari lepas, kiosk SB Satay Bakar memulakan operasi di Vista Alam, Seksyen 14 Shah Alam. Turut ada ialah di Restoran Khalifah, Seksyen 3 Shah Alam. Ternyata percaturan membuka gerai sate dengan resipi ayahnya menjadi.
"Kami memilih bisnes sate ini kerana ingin menyambung kembali warisan daripada ayah. Lagipun, ini adalah impian daripada arwah ibu kami. Arwah ibu pernah cakap secara gurauan nak membuka bisnes sate. Dia suka tengok orang bisnes sate yang popular suatu ketika dahulu di pekan Sungai Besar. Jadi bila kedai sate ayah kena tutup, kami buka di Shah Alam. Guna resipi sate yang ayah selalu buat. Rasanya tetap sama," ujar Shukri.
Menurut Shukri, bahan asas membuat sate ini adalah bahan segar. Ayam yang digunakan adalah ayam segar. Manakala daging pula, mereka gunakan bahagian batang pinang atau tenderloin untuk memastikan sate lebih lembut. Sate dijual pada harga RM1.10 (ayam), RM1.40 (daging), RM2.20 (kambing) dan RM2.50 (arnab), RM1.50 (perut), RM1.20 (sosej) dan turut ada ialah sate frozen (RM20 hingga RM25)
"Kami menggunakan rempah-ratus traditional seperti jintan manis dan jintan putih untuk menaikkan rasa sate. Diperap sempurna sebelum dicucuk ke lidi dan dibakar. Resipi asal ayah memang sangat sedap dan terbukti kerana ada ramai pelanggan ayah yang beri komen positif. Kami teruskan legasi ayah di samping menggembirakan ayah. Tagline lembut dan juicy tu memang sangat kena dengan sate resipi ayah," ujarnya lagi yang menegaskan SB Satay Bakar turut menjadi pengedar kepada individu yang ingin membukan bisnes sate.
.
.
.
.
.
Nama gerai: SB Satay Bakar
Pemilik: Mohamad Shukri Bin Selamat
Lokasi: Vista Alam, Seksyen 14 dan Restoran Khalifah Seksyen 3, Shah Alam
Waktu operasi: Jumaat (4 pm – 10.30 pm) dan Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu, Khamis (12 pm – 10 pm), Isnin (tutup)
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)