Mee celup memang ketagih kalau kena dengan cara masakannya menggunakan bahan-bahan yang betul! Resepi yang dikongsikan oleh Faziela Lala ini sangat istimewa kerana menggunakan bahan-bahan yang terpilih dari Thailand yang dijamin Halal. Jom kita cuba resepi ini.
RESEPI MEE CELUP THAI
BAHAN-BAHAN:
KUAH: Tulang/Daging/Ayam 1 paket Rempah Sup Thai (Pack Oren) Bwang putih *Diketuk Serai *Diketuk Akar Ketumbar Daun Ketumbar *Diblender Halia Lengkuas Kicap Sotong/ Sos Ikan Kicap Mountain Thai
CELUR: Kangkung/sawi Taugeh Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai PENAMBAH RASA: Lada Jeruk Limau Nipis Bwang Goreng Bwang Putih Goreng Kacang Tumbuk Serbuk Lada Sulah Minyak Cili
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas & 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
Ads
2. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong & kicap mountain thai.
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam & serbuk perasa.Rebus sehingga daging empuk. *Bila daging dah empuk, keluarkan & hiris nipis-nipis.
Dalam suasana raya, tetamu sentiasa datang bertamu, Jika ada tetamu datang malam anda mahu hidangkan satu menu berat yang ringkas. Dua menu ini boleh anda cuba, mudah disediakan dan rasa memang gerenti sedap. Lebih penting lagi semua orang boleh makan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
PERAPAN AYAM:
BAHAN SOS:
BAHAN SUP:
CARA MEMASAK:
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terasa nak cuba rasa Bibimbap macam yang dalam drama Korea? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini, ia diolah mengikut selera orang Malaysia dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai sahaja. Paling penting dalam Bibimbap ini ialah sos pedas manis, masin rumpai laut, kuning telur yang cair dan tekstur rangup sayuran yang berkhasiat. Nah..Bolehlah cuba masak sendiri. Jom cuba!
CARA BUAT BIBIMBAP SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN SAYURAN BIBIMBAP: 1 timun jepun – hiris bulat dan goreng 2 minit 1 lobak merah – hiris panjang dan goreng 2 minit Cendawan blackfungus/shitake – rendam, hiris panjang dan goreng 2 minit – beli online disini Bayam hijau – rebus dan tos Telur ayam – goreng mata Daging ayam – potong kecil memanjang, gaul bersama lada hitam dan goreng
(untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan diatas)
CARA MEMASAK: 1. Masak beras sushi Jepun mengikut arahan pada paket. Sekiranya tiada, boleh guna beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut.
2. Hancurkan kepingan rumpai laut ke atas nasi. Saya beli rumpai laut panggang berperisa BBq di kedai RM2 atau 7-Eleven.
RESEPI SOS PEDAS MANIS: Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Adabi, tapi sekiranya tiada juga anda boleh ganti dengan
1.Cili kering dibasuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas. Kemudian tos. 2.Campurkan cili kering dan bawang putih ke dalam blender. 3. Masukkan sedikit air suam, gula, garam, sos cili dan kicap. Kisar sehingga hancur. 4. Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih. 5. Akhir sekali taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.
CARA SUSUNAN BIBIMBAP: 1.Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.
2. Letak telur mata ke atas nasi.
3. Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur. Jangan lupa letakkan 1 sudu besar sos pedas manis.
4. Sekiranya ada, boleh titiskan minyak bijan ke atas kuning telur. Taburkan biji bijan yg di sangai mengikut citarasa. 5. Bibimbap siap dan sedia dimakan. 6. Cara nak makan, cuma kacau kacau sahaja Bibimbap dan makan.
Menu kari kambing memang sinonim dengan kaum India untuk santapan sekeluarga. Enak dimakan dengan tosai,capati, nasi putih atau nasi briyani. Ada caranya untuk buat kari kambing 'Indian Style' yang pekat, likat dan penuh aroma rempah ratus ni.