Jus Kedondong Asam Boi ini antara minuman yang turut diminati setiap kali bulan Ramadan. Minuman penyejuk tekak yang cukup popular bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga di pasar-pasar malam. Bila dapat minum waktu cuaca panas, lagilah nikmat. Marilah kita cuba buat sendiri Jus Kedondong Asam Boi ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Yuslan Ibrahim ini.
RESEPI JUS KEDONDONG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
12 biji buah kedondong 10 biji asam boi –BELI ONLINE 4 biji limau kasturi, perah jusnya –BELI ONLINE 3 liter air kurang lebih Gula secukup rasa –BELI ONLINE Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Rendam 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.
2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
Ads
3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
4. Kikis isi asam boi yang telah direndam tadi, buang bijinya.
5. Air asam boi digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
6. Tambah baki air tadi, kacau supaya sebati. Rasa manis boleh agak-agak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Ads
8. Kacau dan biarkan sekejap.
9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Air nenas soda boleh jadi hidangan penghilang dahaga untuk berbuka nanti. Lepas minum memang terus segar sampai ke otak dibuatnya dek rasa masam-masam manis bersama air soda.
Cara membuatnya juga mudah, sediakan 15 minit sebelum berbuka puasa pun sempat lagi.
Cara buat air nenas soda
Bahan-bahan
1 tin nenas jenama Hosen
1 1/2 cawan air soda
5 potong nenas
Air secukupnya
Cara membuat
1. Kisar nenas bersama air soda kemudian tapis.Tujuannya untuk hidangkan buih nenas. Sambil tapis, kacau dengan sudu.
2. Masukkan ke dalam jug kemudian masukkan isi buah nenas dalam tin bersama airnya sekali.
3. Tuang air secukupnya kemudian masukkan ketulan ais. Sedia dihidangkan.
Air nenas soda ini tak perlu dimasukkan gula kerana air soda dan air dari buah dalam tin sudah sedia manis.
Jangan masukkan ais terlalu awal, supaya tak cair hingga mengurangkan keeenakannya.
Tak sah berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa BUBUR LAMBUK! Sekurang-kurangnya sekali mesti dinikmati.
Dapatkan 8000 bubur lambuk PERCUMA disediakan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia dan selebriti popular serta lebih 1000 pek juadah berbuka turut disediakan.
Nikmati bubur lambuk legenda; penuh rasa, penuh berkat! Jom datang untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan pelita-pelita hiasan gergasi.
Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari (aktiviti)
Edaran bubur : 5 petang sehingga habis
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Jumpa anda disana!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila tiba waktu berbuka, air antara hidangan wajib ada dan paling tak sabar untuk dijamah. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Belum ada idea nak bancuh air apa untuk berbuka petang ni? Jom cuba buat Dragon Mix Fruit ni. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap! JOm lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis – dibelah dua
Laici tin – ambil sekali dengan airnya
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
Air masak
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.