Ikan masin dan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera di bulan puasa, terutamanya semasa bersahur.  Rasa masin, pedas dan masam sememangnya mengundang selera makan.  Apa kata jadikan menu ikan masin dan bilis dalam senarai masakan pilihan sepanjang Ramadan tahun ini.

 

1. IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA

Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!

 BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan masin kurau | potong empat segi
  • 2 biji bawang besar | dipotong baji
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 6-8 biji cili padi | dibelah hujung
  • 3cm halia muda | dihiris memanjang halus
  • 2 sudu makan
  • 1 sudu sos cili
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam ikan masin lebih kurang  lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata.
  5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:

Selain cuka anda juga boleh menggunakan perahan jus limau mipis atau kasturi.

 

2. IKAN MASIN BERLADO

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan masin Talang | dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 2cm halia muda | dikisar kasar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
  5. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa.
  6. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Jika anda suka boleh campurkan dengan sedikit lobak jeruk manis atau masin.

 

….

 

3. IKAN SEPAT MASIN MASAK ASAM

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera! 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan sepat masin | diotong dua atau tiga
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • 2 ulas bawang merah | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicicang
  • 2cm halia muda |dihiris memanjang
  • 6-8 biji cili padi | dibelah hujung cili
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan masin dan toskan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang merah, bawang putih cincang bersama hirisan halia hingga wangi.
  5. Masukkan cili, hirisan bawang besar dan air asam jawa.
  6. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng.
  7. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan gula.
  8. Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk menghilangkan lendir pada ikan masin, suci dengan cuka. Kemudian toskan.

….

 

 

IKLAN

4. IKAN TENGGIRI JERUK GORENG BAWANG CILI

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera! 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tenggiri jeruk | dipotong empat
  • 1 biji bawang  besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 2cm halia muda | dihiris
  • 8 biji cili padi | dititik
  • 6 biji tomato ceri | dibelah 4
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan masin dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin, kemudian piring dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Masukkan air asam jawa dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  5. Kemudian tuangkan bahan tumisan atas ikan masin yang telah digoreng tadi.
  6. Hidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:

Pastikan semasa menggoreng ikan jeruk menggunakan api kecil kerana isi ikan mudah hancur dan hagus.

 

 

5. KARI TULANG IKAN MASIN BERSAMA TERUNG

Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera! 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tulang ikan masin jenahak | direndam
  • 2 biji terung bulat | dibelah empat
  • 1/2 liter santan
  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 4  ulas bawang putih | dihiris
  • 3cm halia muda | dihiris memanjang
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan rempah penumis (jintan manis, jintan putih dan halba)
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai
  • 6 biji cili padi | dibuang tangkai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam ikan masin sekurang-kurangnya l5 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan dan daun kari hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan pula santan, air asam, tulang ikan masin dan terung.
  5. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga terung empuk.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula.

 

INFO CHEF:

Selain terung, anda boleh tukar dengan kacang bendi. Boleh juga campurkan  dengan hirisan tomato.

 

6. SAMBAL IKAN BILIS GARING

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 200gm ikan bilis |  dikopek
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 15-20 tangkai cili kering | dikisar
  • 1 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  2. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
  6. Masukkan pula hirisan bawang besar.
  7. Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.

 

INFO CHEF:

  1. Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
  2. Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.

….

 

7. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera! 

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
  • 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
  • 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
  • 10 biji cili padi | dikisar halus
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
  4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
  5. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.

 

 

8. SAMBAL BILIS TUMBUK

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!

BAHAN-BAHAN:

  •  100gm ikan bilis | dikopek
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan bilis dan toskan.
  2. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
  3. Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
  5. Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
  6. Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.

 

IKLAN

INFO CHEF:

Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).

….

 

 

9. SAMBAL BILIS BERTELUR

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!   

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis | dikopek
  • 2 biji telur
  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
  2. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
  4. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
  6. Tutup api angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.

….

 

 

10. IKAN MASIN SAMBAL PETAI

 Masakan Pilihan Sepanjang Ramadan, 10 Menu Ikan Masin Dan Bilis Buat Pemecah Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
  • 100gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
  2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
  6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
  7. Tutup api dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau  dan ia lebih sedap.

 

 

 

Kongsi resipi: NURUL ADLINA SOAED

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI