
Isi Kandungan
ToggleAnda sekeluarga suka makan Mac & Cheese? Nah, ini resipi homemade yang boleh anda cuba. Masak je sendiri kat rumah, terasa macam makan di restoran. Pasti anda puas hati dengan rasanya. Lagi sedap bila dimasak menggunakan Perfect Italiano Perfect Melt dan Perfect Italiano Mozzarella. Jom cuba!
MAC & CHEESE
Bahan-bahan:
- 2 cawan makaroni | siap rebus
- 3 cawan Fernleaf Susu UHT
- 150gm Perfect Italiano Perfect Melt
- 150gm Perfect Italiano Mozzarella
- 1 sudu besar mixed herbs
- 100gm daging kisar
- 1 sudu besar serbuk perasa
Cara Memasak:
- Tumiskan daging kisar bersama mixed herbs hingga masak. Masukkan makaroni dan gaul sebati.
- Masukkan Fernleaf Susu UHT bersama Perfect Italiano Mozzarella untuk memekatkan kuah.
- Tuangkan di dalam loyang/bekas aluminium dan taburkan Perfect Italiano Perfect Melt.
- Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Crab Stick Wonton Cups Yang Mudah. Anak-Anak Mesti Suka!

Isi Kandungan
ToggleAnda sedang mencari resipi yang sesuai untuk hidangan minum petang? Jom cuba buat Crab Stick Wonton Cups yang mudah dan sedap ini. Kombinasi kulit wantan yang rangup, kelazatan isi ketam yang pedas serta taburan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang membuka selera. Memang best guna Perfect Bakes ni kerana ia akan memberi hasil kerak perang keemasan yang menyelerakan. Sesuai untuk hidangan yang dibakar. Jom cuba.
CRAB STICK WONTON CUPS
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 keping wantan segera
- 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
- 180gram isi ketam (crabsticks) – carik-carikkan
- 50gram Anchor Cooking Cream
- ½ biji bawang holland – cincang halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- ½ sudu teh chili flakes
- 1 batang daun bawang – cincang halus
- 1 biji cili merah – buang biji & cincang
- 1 sudu teh sos soya cair
- 1 biji telur
- Garam & lada sulah secukupnya
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk; pukul telur bersama Anchor Cooking Cream, serbuk cili, serbuk lada hitam, chili flakes, garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul hingga sebati.
- Masukkan cincangan isi ketam, bawang holland, daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
- Sediakan dulang acuan muffin. Sapu sekeliling acuan dengan Anchor Unsalted Butter.
- Susun kulit wantan di dalam dulang acuan muffin dan rapikan.
- Tuang campuran isi ketam ke dalam kulit wantan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes di atas inti.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10-12 minit atau hingga masak. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
- Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
- Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
- Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Jom join!
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Bulan Ramadan disambut dengan penuh kesederhanaan dan tentunya lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama insan tersayang. Istimewa dalam Dapur Rasa kali ini menampilkan gandingan Sissy Imann yang telah diberi cabaran untuk menyediakan dua hidangan berbuka kegemaran ayahandanya. Menu-menu ini disediakan dengan penuh keikhlasan dan rasa sayangnya terhadap ayahanda tercinta.
Namun, Sissy Imann tidak keseorangan. Beliau turut dibantu oleh seorang chef yang dikenali ramai iaitu Chef Zam Akmal. Chef Zam juga perlu memasak dua hidangan yang sama seperti Sissy Imann. Tugas ayahanda pula adalah untuk meneka masakan mana satu yang dimasak oleh anaknya. Memang kecoh dibuatnya bila kedua-duanya bergabung. Riuh sekampung!
Sissy Imann dan Chef Zam telah diberi cabaran untuk mencipta dua menu istimewa menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Mentega Anchor. Pastinya hidangan jadi lebih enak apabila menggunakan kedua-dua produk ini.
Memang sempurna kejadian apabila Keju Perfect Italiano Mozzarella diletakkan di dalam Nasi Ayam Sambal Bakar Berkeju dan nasi yang dimasak oleh Chef Zam. Apabila keju mencair, teksturnya menjadi sangat lembut dan mudah ditarik. Cukup sempurna regangannya. Hidangan pula automatik jadi lebih sedap, terasa nikmatnya. Paling penting, keju ini diperbuat daripada 100% keju asli yang berkualiti tinggi dari Australia.
Mentega Anchor pula digunakan untuk resipi Kek Pelangi Butter. Menjadi dan nampak begitu enak. Mana tidaknya, mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen dari New Zealand yang berkrim dan kaya. Mentega berwarna kuning keemasan semula jadi ini memberi aroma yang cukup menyelerakan. Diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar yang mempunyai beta kerotin yang tinggi, oleh itu warnanya kekuningan keemasan. Cair di dalam mulut kerana ia adalah produk tenusu yang sebenar.
Dapatkah ayahanda Sissy Imann meneka dengan tepat masakan mana yang dimasak oleh anakandanya? Kalau nak tahu, kena tengok video ini hingga ke penghujung: https://www.youtube.com/watch?v=KxVMTeYHgNQ
Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba dan rasai sendiri di rumah:
RESIPI SISSY IMANN
NASI AYAM SAMBAL BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- Nasi putih
150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
- Daun pisang
BAHAN AYAM SAMBAL:
- 400gm dada ayam | direbus & disiat
- Sedikit rebusan air ayam
- 1 batang serai
- 2 helai daun salam
- Garam
- Serbuk perasa
- Gula
- 8 biji bawang merah | dikisar
- 5 biji bawang putih | dikisar
- Cili kering | dikisar
- 1 inci halia |dikisar
- Sedikit kunyit |dikisar
- Daun bawang
- Daun selasih
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak Ayam Sambal; di atas kuali, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan kunyit yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah disiat, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau rata.
- Masukkan sedikit air rebusan ayam dan masak sehingga sebati dan kuah mengering.
- Tambahkan cili padi, hirisan daun bawang dan daun selasih. Gaul sebati. Ayam siap dimasak.
- Di atas daun pisang, letakkan nasi secukupnya diikuti ayam sambal tadi. Di atasnya, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya.
- Bungkus kemas daun pisang dan bakar di atas kuali sehingga keju mencair.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan Mentega Anchor Salted
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung kek
- 5 biji telur
- ¾ cawan susu pekat
- Esen vanilla
- Ovalette
- Pewarna (merah, kuning, hijau, biru)
CARA MEMASAK:
- Satukan Mentega Anchor Salted, gula dan ovalette dan pukul hingga kembang atau menjadi warna putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
- Masukkan susu pekat dan kacau rata barulah masukkan tepung kek.
- Kemudian, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
- Di dalam loyang, masukkan satu senduk adunan setiap warna dan ulang sehingga adunan habis.
- Panaskan ketuhar, bakar selama 45 minit pada suhu 130C atau mengikut ketuhar masing-masing.
- Siap dan sedia dihidangkan.
RESIPI CHEF ZAM AKMAL
ANCHOR BUTTER RICE
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan Beras Basmathi
- 6 cawan air
- 100gm Anchor Butter Salted
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang kecil
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji bunga cengkih
- 2 helai daun pandan
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh chicken powder
- 1 sudu teh garam
- Kismis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci beras sehingga bersih (rendam beberapa jam)
- Panaskan Anchor Butter Salted bersama 3 sekawan. Masukkan halia, bawang putih dan bawang kecil.
- Masukkan beras dan bahan lain.
- Masukkan ke dalam rice cooker dan masukkan 6 cawan air.
- Setelah nasi masak, taburkan daun ketumbar dan kismis.
AYAM SUWIR KEMANGI
BAHAN MEREBUS AYAM:
- 500gm dada ayam
- 1 batang serai
- 1 biji bawang putih
- 1/2 sudu teh garam
- BAHAN KISAR:
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 7 lada merah
- 2 inci kunyit
- 2 ruas halia
- 5 biji buah keras
- Garam secukupnya
- BAHAN PELENGKAP:
- 150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 5 lembar daun limau
- 10 biji cili padi
- 1 sudu teh lada putih
- 2 sudu teh gula pasir
- 2 sudu teh serbuk pati ayam
- Daun selasih
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga masak.
- Masukkan cebisan ayam dan bahan lain. Masak ikut sesuai citarasa anda.
GUNAKAN DAUN PISANG:
- Letakkan Butter rice dan ayam Bersama taburan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan bakar di atas pan beberapa minit setiap bahagian.
- Sedia dihidang panas-panas.
KEK BUTTER PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 250g /2 cawan tepung naik sendiri
- 200g /1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 250gm Anchor Butter -Unsalted
- 4 biji telur (saiz A atau B)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan sudu atau whisk supaya bergaul sekata.
- Masukkan butter (pastikan butter telah lembut) dan gula kastor dalam mixer dan putar sehingga kembang atau kuning pucat.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar sehingga kembang sebati.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan adunan kering berselang seli dengan susu full cream sampai habis.
- Kacau dengan tangan sehingga sebati untuk elakkan terlebih mengadun.
- Gris permukaan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
- Tuang kesemua adunan dalam loyang, ratakan bahagian permukaan dan hentak 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung/ rongga besar dalam kek.
- Bakar selama 160-170 C selama 35-45 minit.
Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Berkrim

Isi Kandungan
ToggleNak makan spaghetti tapi nak sesuatu yang berbeza? Haa boleh buat Creamy Tomyam Spaghetti ni. Sangat lazat dan berkrim. Ada rasa pedas-pedas tomyam juga. Makan panas-panas memang layan. Nak hidangan bertambah enak, tambahkan Anchor Unsalted Butter dan Perfect Italiano Mozzarella untuk efek tarik yang sempurna. sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
CREAMY TOMYAM SPAGHETTI
Bahan-bahan:
- 180gm spaghetti | sudah direbus
- 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
- 1 sudu besar pes tomyam
- 2 helai daun limau
- 6 ekor udang
- 3 biji cili padi
- 2 biji tomato | dipotong 4
- 1 cawan Fernleaf Susu UHT
- 3 ulas bawang putih | kisar kering
- 1 biji bawang merah | dihiris
- 80gm Perfect Italiano Mozzarella
- Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+
Cara Memasak:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter, tumis bawang putih dan bawang merah hingga perang. Masukkan daun limau untuk menaikkan bau.
- Masukkan pes tomyam, Fernleaf Susu UHT, udang, cili padi dan tomato. Tunggu sehingga udang masak.
- Tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk menambah rasa masakan.
- Masukkan spaghetti, gaul rata serta perasakan.
- Siap untuk dihidang. Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: