
Isi Kandungan
ToggleKari Udang & Keledek, resipi yang enak dan sesuai untuk bulan Ramadan nanti. Mudah je nak buatnya, anda pasti puas hati. Paling istimewa, resipi ini menggunakan Anchor Cooking Cream dan Anchor Unsalted Butter. Bila guna kedua-dua produk Anchor ni, masakan jadi lebih sedap, berkrim dan harum baunya. Sangat sedap.
KARI UDANG & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 250ml Anchor Cooking Cream
- 125gram Anchor Unsalted Butter
- 200ml air
- 10-15 ekor udang (saiz medium) – bersihkan
- 2 biji ubi keledek (saiz medium) – buang kulit & potong dadu besar
- 6 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2sm halia – kisar
- 1 labu bawang besar – mayang halus
- 4 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk garam masala
- 2 tangkai daun kari
- ½ sudu teh halba campur
- ½ sudu teh gula
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter ke dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimayang halus hingga wangi dan perang. Masukkan halba campur dan daun kari.
- Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk kari dan serbuk garam masala. Tambah air lalu kacau rata dan tumis hingga rempah masak.
- Masukkan ubi keledek. Didihkan hingga ubi keledek hampir empuk, kemudian masukkan udang.
- Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
- Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Kapit Berinti Sardin & Keju Paling Mudah Nak Buat

Isi Kandungan
ToggleRoti Kapit Berinti Sardin & Keju, antara menu yang paling mudah nak buat untuk sahur nanti. Hanya ambil sekeping roti, letakkan kepingan keju, inti sardin dan bakar. Confirm kenyang dan bertenaga. Paling penting, gunakan Keju Chesdale untuk meningkatkan rasa dalam hidangan. Keju ini kaya dengan kalsium dan protein. Memang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba.
ROTI KAPIT BERINTI SARDIN & KEJU
Bahan-bahan:
- 4-6 keping roti
- 8 keping Keju Chesdale
- 200gram sardin – isinya sahaja
- 1 sudu makan chili flakes
- 1 batang daun bawang – cincang
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
- Garam & lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, satukan sardin, chili flakes dan cincangan daun bawang lalu kacau sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
- Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya atas roti, letak sekeping Keju Chesdale dan sesudu campuran sardin dan ratakan.
- Letak sekeping lagi Keju Chesdale. Tutup dengan sekeping lagi roti. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
- Letak roti di mesin pembuat sandwich dan bakar beberapa minit hingga roti agak perang. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Aneka Resipi Mudah Menu Raya, Lagi Sedap Guna Mentega Anchor!

Mencari hidangan istimewa untuk tetamu di pagi raya? Sama ada hidangkan menu nasi, mee, kek atau biskut raya pada pagi raya, tidak perlu risau bila ada Mentega Anchor.
Raya anda pasti lengkap dengan juadah Raya yang menggunakan Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya.
Antaranya Kek Telur Masin antara hidangan yang boleh anda sajikan kepada mereka. Memang enak bila dapat menikmati kek coklat yang dituang dengan sos telur masin.
Nak lagi sedap, pastikan anda guna Mentega Anchor Unsalted. Mentega tulen dari New Zealand ini adalah pilihan yang terbaik. Aromanya sahaja sudah cukup menangkap selera.
Buat kek anda rasa lebih berkrim dan kaya, lengkapkan menu anda dengan Susu UHT Fernleaf dan Susu Tepung Fernleaf Family. Hasilnya memang memuaskan hati. Tak jemu rasa menikmati kek ini.
Pastinya tetamu anda teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
1. KEK TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN A:
215gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan
1 ½ cawan Susu UHT Fernleaf
1 ½ cawan gula kastor
1 ¼ cawan tepung gandum – ayak
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh soda bikarbonat – ayat
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
1 cawan Susu UHT Fernleaf
30gram Mentega Anchor Unsalted
2 sudu makan gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 sudu makan serbuk telur masin
Beberapa titik pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek, satukan Mentega Anchor Unsalted, Susu UHT Fernleaf, gula kastor dan telur dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan hingga sebati kemudian tuang dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan-bahan ayak ke dalam mangkuk lalu kaup-balikkan sebati. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan parchment paper.
3. Kukus kek hingga masak dan sejukkan.
4. Untuk membuat topping; satukan semua bahan B dalam periuk lalu kacau sebati. Didihkan dengan api yang sederhana. Jika bancuhan terlalu likat, tambah sedikit air panas. Kacau topping hingga likat. Sejukkan sebentar (boleh sejukkan dalam peti sejuk).
5. Keluarkan kek yang dah disejukkan dari acuan, tuang topping ke atas kek.
2. BISKUT BIJIRIN RANGUP
BAHAN-BAHAN:
215gram Mentega Anchor Unsalted – suhu bilik
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
½ cawan tepung jagung
½ cawan gula kastor
¼ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Mentega Anchor Unsalted dan gula. Pukul hingga lembut.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, Susu Fernleaf Family dan nestum. Gaul sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
4. Terap doh adunan mengikut acuan yang digemari lalu susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga biskut keperangan-perangan. Sejukkan biskut di redai.
3. RAMEN RENDANG AYAM CHEESE
BAHAN A:
2 peket mi ramen – celur separuh masak & toskan
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
BAHAN B:
15 tangkai cili kering – basuh & rebus
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN C:
500gram ayam – potong kecil
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula perang
2 helai daun limau purut – siat
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B di dalam mesin pengisar lalu kisar halus hingga menjadi pes.
2. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, Susu Fernleaf Family, kerisik dan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah gula perang dan garam secukup rasa. Masak beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan sebentar.
4. Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted. Letakkan selapis ramen celur di dalam mangkuk tadi. Sendukkan rendang ayam menjadi lapisan kedua. Kemudian, tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya. Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan.
5. Akhir sekali, tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan di lapisan paling atas.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 35-45 minit atau hingga bahagian atas keperang-perangan. Hidangkan panas.
4. RICE CUBE SERUNDING DAGING CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4-6 biji ketupat nasi sejuk – potong kiub
1 cawan serunding daging kering
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Garam & lada sula secukupnya
Cincangan daun kering – hiasan
CARA MASAK:
1. Di dalam mangkuk yang besar, satukan Susu Fernleaf Family, lada sulah, garam lalu kacau rata.
2. Masukkan Keju Perfect Italiano Mozzarella, serunding daging dan kiub ketupat nasi lalu kacau rata.
3. Tuang campuran tadi ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu Mentega Anchor Unsalted secukupnya.
4. Tabur cincangan daun kering dan lebihan Keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian atas.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 30 minit. Hidangkan panas.
5. LINGUINE BRIYANI KAMBING CHEESE
BAHAN-BAHAN A:
150gram linguine – celur & toskan
½ cawan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B:
400gram daging kambing – potong kecil
4 sudu makan pes briyani
2 biji ubi kentang – belah 4 & rebus
4 biji cili hijau – belah 2
Rempah 3 sekawan – bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
50gram Mentega Anchor Unsalted
Garam & gula secukup rasa
CARA MASAK:
1. Cairkan Mentega Anchor Unsalted di dalam periuk. Tumis rempah tiga sekawan hingga wangi. Masukkan pes briyani dan daging kambing. Tambah sedikit air lalu didihkan hingga daging kambing empuk.
2. Tuang Susu Fernleaf Family, masukkan kentang rebus, telur rebus dan cili hijau. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk dan sebati. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk yang besar, satukan linguine celur dan biryani kambing. Gaul sebati.
4. Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit Mentega Anchor Unsalted, tuang campuran linguine dan briyani kambing tadi lalu ratakan.
5. Tabur Keju Perfect Italiano Mozarella dan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan suhu 190-200C selama 30-40 minit. Hidangkan panas.
6. KUIH GUNTING PERISA KARI DAN KEJU
BAHAN A:
500gram tepung gandum
100gram Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
50gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN B:
2 labu bawang besar
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
BAHAN C:
2 tangkai daun kari – cincang kasar
3 tangkai cili kering – hiris nipis
CARA MASAK:
1. Kisar bahan B hingga lumat.
2. Sediakan mangkuk yang besar, satukan bahan A kecuali air beserta bahan B yang telah dikisar tadi. Tambah bahan C lalu gaul sebati.
3. Tuang air sedikit demi sedikit secukupnya hingga membentuk doh yang agak lembut tapi tak melekat. Rehatkan doh sebentar.
4. Canai doh nipis dan gunting mengikut saiz yang diingini.
5. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang besar, goreng doh yang digunting tadi hingga perang dan garing. Toskan lebihan minyak.
Chesy Roti Sosej Roll, Menu Mudah & Gerenti Jadi

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang boleh menolak hidangan yang rangup di luar dan lembut di dalam, dengan sosej berbalut keju yang meleleh? Cheesy Roti Sosej Roll ni antara resipi yang mudah dan paling cepat untuk sahur. Anak-anak pasti suka. Gunakan keju Chesdale yang tinggi dengan kalsium dan protein. Baik untuk tumbesaran ank-anak.
CHEESY ROTI SOSEJ ROLL
Bahan-bahan:
- 9 keping roti putih
- 9 keping keju Chesdale
- 9 batang sosej
- 2 sudu besar mayones
- 1 biji telur
- 1 cawan breadcrumbs
Cara Memasak:
- Rebus sosej hingga masak dan sejukkan.
- Leperkan roti dan sapukan mayones.
- Letakkan keju Chesdale di atas roti, diikuti dengan sosej lalu gulungkan roti dengan kemas.
- Celup roti di dalam telur dan golekkan di dalam breadcrumbs.
- Goreng roti di dalam minyak panas hingga kekuningan.
- Angkat dan sejukkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: