Suka makan Kacang Kuda Tumis Kari macam ni? Biasa kudapan ini boleh dibeli di pasar malam kan? Sangat sedap lebih-lebih lagi jika dimakan sambil menonton tv. Ralit dibuatnya. Tapi jika dibeli, tak puas makan. Tengah sedap menyuap, dah habis. Alahai… Jangan risau kerana saudari Atiqah Zakiada kongsikan resipi yang boleh anda cuba. Nah… Masak sendiri lagi puas hati. Sekali buat, modal tak sampai RM5 tapi dapat banyak. Barulah puas makan.
1.Kacang kuda direndam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai kekuningan.
Ads
3.Masukkan cili kering dan daun kari. Kacau-kacau.
4.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit kemudian masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup sekadar untuk buat salut kacang.
5.Bila sudah mendidih, masukkan garam dengan secukupnya. Kacau-kacau.
6.Masukkan kacang. Gaul sampai sebati.
7. Masak hingga puas hati kemudian tutup api dan sejukkan kacang terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Lebih sedap kalau kacang disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. Ia akan menyebabkan salutan meresap ke dalam kacang dan jadi lebih enak. Kalau baru masak, rasa rempah belum cukup meresap.
Jika suka, boleh letak ikan bilis sebagai penambah rasa.
Bawang putih yang digoreng nipis-nipis bagus untuk kesihatan. Ini juga antara menu yang bagus untuk wanita berpantang
selepas bersalin.
Tak semua orang dapat buat bawang putih goreng ini dengan sedap. Kadang-kadang terhangus. Kadang-kadang masaknya
tak sekata. Ada yang terlebih masak, ada yang masih lemau.
Arina Yahaya kongsikan tip membuat bawang putih goreng. Tip ini diperturunkan oleh neneknya. Hingga sekarang dia
mengguna pakai cara menggoreng ini dan bawang putihnya memang sedap.
Cara buat bawang putih goreng yang sedap
1. Pilih bawang yang agak kering dan agak kecil saiznya. Elak guna bawang saiz besar. Ini kerana bawang saiz besar lagi-lagi
yang baru tuai dari ladang, kandungan air sangat tinggi dan akan jejaskan kerangupan.
2. Kena bijak teknik kawalan api dapur masa goreng. Api jangan terlalu besar atau terlalu kecil.
3. Guna kuali yang sepadan dengan jumlah gorengan bawang putih.
4. Goreng menggunakan minyak yang baru. Barulah warna bawang putih kita akan cantik.
5. Pastikan api cukup panas sebelum kita masukkan bawang putih dan laras api kepada tahap sederhana semasa goreng.
6. Goreng sehingga kekuningan antara 10 minit hingga 13 minit.
Sedapnya Otak-Otak Ayam. Ada juga yang memanggil Pepes Ayam. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan pada bila-bila masa sama ada semasa minum petang atau makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Sajian ini kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Nurul Akmar Ab Hamid Anne. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA BUAT OTAK OTAK AYAM / PEPES AYAM MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2kg isi ayam – kisar lumat 4 ulas bawang merah – beli online disini 1 biji bawang merah besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji cili merah Sedikit cili padi Halia (sebesar ibu jari) Kunyit hidup (sebesar ibu jari) 2 batang serai – beli online disini 1 sudu makan serbuk perasa 1 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 1/2 cawan santan – beli online disini Garam secukup rasa 2 sudu makan gula – beli online disini Asam jawa secukupnya (jangan banyak nanti terlebih masam) Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas (kecuali daun pisang) di dalam blender dan kisar halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas bersesuaian.
3. Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah dibersihkan. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Otak Otak Ayam yang siap dibungkus bolehlah dibakar atau dikukus.
Selalunya biskut kering kita cicah dengan kopi O atau teh O. Hidang waktu hujan, memang nikmat. Tapi hidangan biskut kering yang dikongsi oleh Adizul Semerbak agak rare.
Biskut kering ini digoreng bersama telur hingga menjadi hidangan yang menyelerakan. Memang unik, katanya menu biskut telur ini sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menurut AdiZul lagi, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Menu biskut kering unik, goreng jadi biskut telur
Bahan-bahan
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
Cara membuat
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...