Buah nanas banyak kegunaannya dalam masakan. Selain pajeri nanas, tat nanas, jelatah, ianya juga boleh dibuat sambal nanas. Mungkin ada antara anda yang belum pernah merasa sambal nanas. Jadi, inilah masanya untuk kita mencuba resipi ini.
Menurut Siti Nuryasmin yang sudi berkongsi resepi Sambal Nanas kegemaran suaminya, resipi ini diperoleh daripada ibu mentuanya. Jom kita buat. Kalau dah merasa, gerenti licin pinggan.
Kemudian, cincang buah nanas sampai hancur. Nak hiris kecil-kecil pun boleh ikut kesesuaian.
Kisarkan bawang bombay, bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan juga ikan bilis. Letakkan sedikit air untuk memudahkan proses mengisar.
Nak kisar hancur begini (seperti di dalam gambar) atau kisar kasar pun boleh mengikut citarasa masing-masing.
Ads
Tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
Kemudian, masukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Setelah itu, masukkan sedikit gula apong/ gula melaka/ gula putih mengikut citarasa masing-masing.
Apabila bahan tumis sedikit kering, masukkan buah nanas cincang berserta dengan airnya. Tak perlu letak asam jawa atau asam keping kerana nanas itu sendiri bersifat masam.
Masukkan serbuk perasa/ garam/ ajinomoto. Saya guna serbuk perasa sahaja. Masak sampai sedikit kering.
Ads
Dah siap. Pastikan gabungan rasa ada sedikit masam, manis dan pedas.
Lauk yang ringkas pun dah boleh buat kita makan bertambah nasi. Tak susah pun nak buat menu Tempe Tumis Sambal ni! Kalau bujang tu, masak lauk ni satu pun dah lengkap santapannya. Hari ni admin nak kongsikan resipi Tempe Tumis Sambal yang mudah dan cepat je nak disediakan.
Resipi lengkap telah dikongsikan oleh D Suraya Osman. Bahan yang digunakan untuk lauk ini sangat sedikit dan mudah dicari di kedai runcit berdekatan.
Jom kita cuba!
TEMPE SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN: (Dikisar)
3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
2 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN:
Goreng tempe sehingga separuh masak.
Tumis bahan kisar dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan tempe yang telah digoreng separuh masak.
Perasakan dengan gula,garam dan perasa.
Masak sehingga garing atau mengikut selera.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tempoyak memang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi yang boleh kita buat menggunakan tempoyak. Biarpun gulai tempoyak paling popular tetapi sambal tempoyak ikan bilis tetap mendapat sambutan. Sebagai memberi variasi hidangan anda, apa kata sesekali cuba resipi ala Sarawak ini pula.
BAHAN-BAHAN:
300gm isi tempoyak
100gm pusuk
2 biji cili merah dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 batang tepus
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Goreng pusuk sehingga garing. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga garing.
3. Kemudian masukkan tempoyak. Kacau hingga likat.
4. Perisakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
5. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ulam tepus.
Info chef: Pusuk juga dikenali sebagai ikan bilis manakala tepus merupakan ulam-ulaman yang terkenal di Sabah dan Sarawak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal belacan yang gerenti tidak akan mengecewakan. Rasanya cukup lengkap masam tomato dan pedas cili.
Sambal belacan ini sedap dimakan dengan nasi berlaukkan kuah lemak dan ayam goreng atau ikan goreng. Cubalah!
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Segenggam cili padi hijau
5 biji cili besar merah
Segenggam cili padi merah
2 inci belacan kampung
1 biji tomato
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili padi hijau, lada merah, cili padi merah dan belacan. Tujuan digoreng adalah supaya sambal belacan tidak maung dan tidaklah mudah sakit perut. Goreng sehingga layu.
2. Kemudian masukkan tomato sehingga tomato layu.
Goreng semuanya sehingga layu.
3. Selepas itu, angkat semua bahan yang digoreng tadi.
4. Masukkan dalam mesin pengisar. Tambahkan gula, garam dan air asam jawa. Kemudian kisar tapi tidak terlalu halus.
5. Siap untuk dihidang.
Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk kalau tak habis dimakan.