Sajian India ni ada banyak variasinya. Daripada daging lembu, ayam , sayur-sayuran, makanan lautnya juga sungguh sedap untuk dicuba. Resipi yang min kongsikan ini adalah dari negeri-negeri Utara dan juga Selatan benua India. Walaupun keduanya menggunakan rempah ratus , tapi ada bezanya.

Sebelah utara gemar memasukkan yogurt dan krim masakan sebagai antara ramuan.Jom kita cuba 'follow
resipi dari Hotel Summit, Subang USJ ini yang diketuai oleh Chef Eksekutifnya , Chef Sakya Hamid. Memang terbaiklah.

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

1. UDANG MAKHNI (Utara India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN :

  • 15 ekor udang saiz sederhana | dibersihkan

Bahan perapan udang :

  • 1 sudu bawang putih | ditumbuk halus
  • ½ sudu teh halia
  • ½ atau sudu kecil serbuk cili | ikut kepedasan yang disukai
  • 1sudu teh air perahan limau
  • ½ sudu teh jintan manis | ditumbuk dan disangai
  • ½ sudu teh ketumbar | ditumbuk dan disangai
  • 1 sudu teh bawang merah | ditumbuk halus

*Perap udang selama 10-15 minit dengan bahan-bahan diatas, bahan-bahan di ambil (sedikit) dari sukatan bahan ramuan tumis di bawah.

Bahan tumis :

  • 2 sudu makan tomato puri segar
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 300gm halia | dicincang halus
  • 300gm bawang merah | dikisar
  • 2 sudu makan serbuk cili | campurkan sedikit air, jadikan pes
  • 2 sudu teh air perahan limau
  • 2-3biji buah pelaga
  • 4-5 biji bunga cengkih
  • 2 sudu makan biji ketumbar | dikisar dan sangai
  • 1 sudu teh jintan manis | dikisar dan sangai
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2-3 helai daun salam
  • 1 sudu teh serbuk garam masala
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar secukupnya | dihiris
  • Sedikit krim masak | jika mahu

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali . Masukkan biji ketumbar dan bunga lawang, pelaga, cengkih,bawang putih, halia, bawang merah dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk cili dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan puri tomato diikuti daun salam.
4. Masukkan udang yang telah diperapkan dan sedikit air serta krim masam. Masak dengan api yang sederhana sehingga masak.
5. Masukkan garam masala dan garam secukup rasa, biarkan sebentar dan sajian siap dihidang. Taburkan dengan daun ketumbar.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa udang berempah dan sedikit rasa masam pedas yang enak.
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF: Jika inginkan aroma dan rasa yang lebih sedap, goreng dulu tanpa minyak (sangai) jintan manis dan ketumbar sebelum dikisar atau ditumbuk

2. KARI KETAM GOAN ( Utara India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 4-5 ekor ketam | yang telah dibersihkan
  • 250gm cili giling @ kisar
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 200gm halia | dikisar
  • 1 ½ sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 ½ sudu makan serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu teh air limau
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan santan pekat
  • 180ml air

CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan pijarkan minyak panas. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar iaitu halia, bawang besar dan bawang putih, tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling (pes cili) dan biarkan sampai terbit minyak, masukkan kesemua serbuk rempah ratus dan bahan lain, biarkan hingga cukup masak.
3. Masukkan air asam jawa, air limau dan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ketam dan perlahankan api dapur kepada sederhana.
5. Selepas itu baru masakkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa ketam pedas berlemak santan dan kaya dengan rasa rempah ratus.
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 23

INFO CHEF : Jika mahu menambahkan lagi keenakan , ketam perlulah diperap terlebih dahulu dengan rempah dan halia.

3. SOTONG CALAMARI ROGEN JOSH (Utara India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 400-500gm sotong besar (calamari) | dibersihkan
  • 2 biji bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • ½ ibu jari kunyit hidup | dkisar @ tumbuk halus
  • 3 sudu teh serbuk cili | tambahkan sedikit air jadikan pes
  • 3 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 4 biji buah pelaga
  • ½ sm kulit kayu manis
  • ½ sudu teh biji jintan manis
  • 2 helai daun salam
  • Minyak masak secukupnya
  • 180ml air
  • 4 sudu besar santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama biji jintan manis, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan pes serbuk cili dan tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan, dan masukkan serbuk rempah (jintan manis dan jintan putih) yang telah dicampurkan (digaul sekali).
4. Masak sehingga rempah dan bahan bahan lain sampai pecah minyak dan masukkan sedikit air dan santan pekat.
5. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Sotong segar menerbitkan rasa manis kuah
Jenis masakan : Sajian utama, sotong
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Usah memasukkan santan terlalu banyak 3-4 sudu makan sudah memadai, kerana masakan India ini memang sedikit kuahnya.

IKLAN

4. KARI IKAN MORINGA (Selatan India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ikan kekacang
  • 300gm batang moringa (kelur) | dipotong 5sm
  • 4-5 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 5 biji bawang kecil | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1/2sm halia | dikisar
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Daun kari secukupnya
  • 2 batang cili hijau | dibelah dua
  • 1 biji tomato | dibelah empat
  • Minyak masak secukupnya
  • 3-4 sudu makan santan segar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan daun kari dan tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan serbuk kari yang telah digaul dan dan dijadikan pes. Dan pes serbuk cili merah tumis hingga pecah minyak. Masukkan puri tomato.
3. Kemudian masukkan buah tomato dan cili hijau, pastikan api tidak terlalu besar.
4. Masukkan air asam jawa, batang moringa (kelur) , santan dan akhir sekali ikan.
5. Biarkan hingga batang moringa dan ikan empuk, masukkan garam secukup rasa.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan segar dan batang moringa mencipta kelainan rasa yang enak
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 13

INFO: Di kalangan masyarakat India , daun dan batang moringa memang menjadi ramuan masakan dan dipercayai mempunyai manfaat kesihatan.

5. KUPANG MASALA ( Selatan India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 15ekor kupang | dibersihkan
  • 1sm kulit kayu manis
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar | dicincang hingga halus
  • 3ulas bawang putih | dikisar
  • 1sm halia | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk cili | campur sedikit air jadikan pes
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam masala
  • ½ sudu teh asam jawa pekat
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, biji ketumbar, bunga lawang, buah pelaga.
2. Masukkan bawang besar, halia, bawang putih, kacau hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit air.
4. Masukkan garam masala kacau hingga pecah minyak, masukkan kupang dan kecilkan api ke nyalaan sederhana.
5. Masukkan air asam jawa pekat dan garam secukup rasa, biarkan beberapa minit dan hidangkan.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kelazatan kupang berempah tiada tandingan
Jenis masakan : Sajian utama, kupang
Anggaran kos : RM 12

INFO CHEF : Seperti juga makanan laut yang lain, usah dimasak atas api terlalu lama agar kupang kekal berjus.

6. KARI UDANG PEKAT ( Selatan India)

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.

BAHAN-BAHAN :

400gm udang | dibersihkan
*Perapkan dengan sedikit kayu manis bunga lawang,biji ketumbar,buah pelaga yang telah dikisar halus dicampur bersama sedikit serbuk chili, garam masala

1 biji bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
½ ibu jari halia | dicincang halus
1 sudu teh serbuk cili | dijadikan pes
1 1/2 sudu makan serbuk kari ikan
½ sudu teh garam masala
½ sudu teh air asam jawa pekat
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa.

CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga Pijar.
2. Mula menumis bahan bahan seperti bawang besar, halia bawang putih yang telah dicincang, sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk chili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan dan garam masala yang telah digaulkan bersama.
4. Tumis bahan-bahan ramuan sehingga pecah minyak , dan baru masukkan udang yang telah diperap tadi ke dalam masakan .
5. Masukkan sedikit air asam sedikit dan garam, tunggu 5 minit dan boleh dihidangkan.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kari udang pekat tanpa kuah ini kaya dengan rasa kari dan rempah
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Kari ini memang kering dan tidak berkuah, namun rempahnya cukup sebati dalam udang.

RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI