Rempah giling memang mempunyai rasa yang sangat enak berbanding serbuk rempah sedia guna yang banyak dijual di pasaran. Aroma serta keaslian rasanya membuatkan hidangan menjadi kegemaran ramai. Nak cuba buat rempah giling untuk masak Gulai Ikan? Saudara Muhamad Farid Omar ada kongsikan resipi perkongsian dari ibunya. Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
RESIPI REMPAH GILING HOMEMADE UNTUK MASAK GULAI IKAN
(NOTA: Tiada sukatan tepat. Ibu empunya resipi hanya agak-agak dan ambil sukatan guna tangan sahaja)
CARA MEMBUAT: 1. Satukan rempah biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering. 2. Rendam seketika ( beberapa saat sahaja) di dalam air panas. Tapis dan toskan sampai kering airnya. 3. Untuk proses mengguling, mula-mula, giling dulu kunyit hidup hingga sedikit hancur. 4. Kemudian campur pula bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi. Giling hingga lumat.
Ads
5. Bila rempah dah kelihatan lumat, masukkan bawang merah dan vawang putih. Giling sampai bawang lumat dan sebati. 6. Lurutkan sisa rempah pada batu giling dan bulatkan. Sedia digunakan untuk masak Gulai Ikan.
TIP & PETUA:
1. Masa giling, rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
2. Kalau rempah agak kering, boleh titiskan air masa proses giling. Sebab itu kena giling kunyit hidup terlebih dahulu kerana kunyit akan keluarkan air. 3. Teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling. Pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan ke bawah. Kalau betul teknik dia, boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis. 4. Gulai nak rasa sedap, masa akhir sekali, masukkan kepala santan (santan paling pekat dari perahan pertama). Kacau sekejap dan tutup api. 5. Gulai ni kalau masak guna periuk tanah lagi sedap dan aroma rempah sangat best.
Kuih Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan. Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Sangat sedap malah lebih enak jika dinikmati sejuk. Nak cuba? Saudari Suraya Rahman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan. 2. Pukul telur menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu. 3. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Matikan pengadun. 4. Masuk tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan hingga sebati. 5. Panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar. Kemudian keluarkan dan oles sedikit minyak. 6. Sudukan adunan ke dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150C menggunakan api atas bawah.
7. Bila Nekbat sudah kekuningan, ia menandakan kuih ini telah masak.
8. Keluarkan dan ulang langkah hingga adunan habis.
Untuk menikmatinya, ia perlu disira terlebih dahulu. Begini cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan nekbat. Biar nekbat menyerap air gula. 3. Angkat nekbat tadi dan masak lebihan air gula dalam periuk hingga pekat. 4. Setelah pekat, siram air gula ke atas nekbat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati. 6. Nekbat enak dimakan ketika dingin.
Milo cookies atau biskut Milo ni memang nampak potensinya laku keras bila buat berniaga.
Ramuan utama milo (nak guna vico, ovaltine atau minuman coklat lain boleh aje. Jangan lupa badam nibs ( serbuk kasar badam) dan coklat cip penyedap rasa.
Dan kalau nak paipkan nutella atasnya, dengan taburan nestum dan badam, masukkan semula biskut dalam oven biar nutella keras sedikit, bakar dalam lima minit lagi.
Jom semak resipi dari Azlina Ina Fans ini.
MILO COOKIES MUDAH DENGAN NUTELLA
BAHAN-BAHAN :
250g mentega + 1 sudu besar shortening (minyak sayuran)
1/2 cawan tepung jagung (120gm) – beli online DI SINI
2 cawan 1/2 tepung gandum(240gm+60gm)
1/2 cawan susu tepung(optional)
1/2 cawan milo
1 sudu besar empleks- beli online DI SINI
1/2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kacang badam nibs dah bakar awal- beli online DI SINI
1 cawan coklat chips(simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli ,Coklat chip tak cair dan warna biskut tak terjejas
Hiasan :
Nutella secukupnya
Nestum secukupnya
Badam (almond nibs) secukupnya
CARA PENYEDIAAN : 1. Mentega+shortening+gula+esen dan emolco sebatikan 2. Tambah telur kacau kemudian minyak dan kacau rata. 3. Tambah kan milo dan semua serbuk2 penaik yang ada kacau rata 4. Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum sket2 uli sampai habis 5. Tambah kan badam dan coklat chips gaul kan 6. Bungkus dalam plastikwrap dan simpan peti ais 10 minit 7. Keluarkan biar sekejap dan bentuk kan
8. Bakar suhu 170 masa 20-25 mnt api atas bawah
9. Kalau korg nak letak nutella bakar 20 mnt keluarkan lorek nutella dan tabur badam dan nestum masukkan semula bakar lagi 5 minit dan keluar kan siap 🤩tujuan bakar semula bg nutella keras dan mudah disusun
ANDA MUNGKIN JUGA INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR BISKUT, JOM BELI SECARA ONLINE DI SINI.
Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiricara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
3 hiris lengkuas (boleh tumbuk kasar)
12 batang cili padi
Sedikit biji ketumbar
3 ulas bawang Putih
3 keping asam keping
Garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!