Masak cara kukus lebih sihat, tetap sedap. Siapa kata masakan sihat tak sedap? Sekarang ini macam-macam masakan yang bukan saja lebih sihat bahkan sedap.
Selain itu, sudah tentulan teknik penyediaan makanan juga penting. Misalnya kukus berbanding digoreng.
Dikongsikan tiga resipi masakan lazat yang menggunakan teknik kukus untuk dicuba. Yang penting, sedap tau.
Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 – 10 minit. Ketepikan.
Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.
Kanak-kanak memang suka makan nugetayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.
RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam – kisar tanpa air
2 biji telur ayam
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
Telur – dipukul sedikit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.
4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.
5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
Menu Ayam Masak Halia paling mudah dan sedap untuk disediakan. Ayam masak Halia ni ada dua versi sebenarnya, sama ada ayam digoreng terlebih dahulu atau dimasak terus. Guna halia muda banyak-banyak lagi sedap. Sis Mas Dalam Dapur Rasa Live berkongsi resipi Ayam Masak Halia di mana ayamnya digoreng terlebih dahulu. Makan pula dengan nasi panas-panas memang sedap.
AYAM MASAK HALIA
BAHAN- BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
½ sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang cendawan tiram (dihiris)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan air tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang (dihiris)
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang.
Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1 labu bawang holand | dipotong cincang
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
50 keping @1 bungkus kulit popia
300 gm bungkus ayam cincang
1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
6 keping keju cedar
1 tin cendawan | dipotong racik
1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
Cara Membuat: 1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali. 2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk. Cara Membungkus Popia: 1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang. 2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum. 3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI JEJARI KETAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
Keju cedar
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sudu makan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat: 1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu. 2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang. 3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia. 4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng. 5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan. 6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer. 7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
2 paket kulit popia *Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
3 labu bawang putih* |kisar
6 tangkai daun kari atau lebih
6sudu makan cili boh
8 sudu makan gula pasir
3sudu makan bijan
Cara Membuat: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana. 3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus). 4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis. 5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.