Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak. Resipi perkongsian Nurul Ain Syed Mohd ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar Bubur Jagung ni.
RESEPI BUBUR JAGUNG RINGKAS
BAHAN- BAHAN (Sukatan tengok gambar ) :
3 tongkol jagung
Santan
Gula (Gula apa pun boleh. empunya resipi guna Gula Melaka atau orang Kelantan panggil ‘Nise Kerek’) – beli online disini
Sagu (tak letak pun tak apa, jika letak lagi sedap) – beli online disini
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK :
Ads
1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya.
2. Rebus isi jagung dalam air sampai tenggelam jagung tu.
3. Masukkan sekali gula, sagu dan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma. 4. Apabila sudah mendidih, jagung kelihatan empuk dan sagu teah kembang, masukkan santan. Kacau perlahan.
5. Bubur Jagung wangi semerbak. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Sempena kehadiran Krismas, Beryl’s Gourmet memperkenal tiga sajian istimewa yang boleh disediakan iaitu kek, talam dan brownies. Ketiga-tiga menu ini kaya dengan rasa coklat yang mewah dengan penggunaan Beryl’s Milk Compound, Beryl’s White Compound, Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan campuran tepung segera untuk membuat brownies iaitu Double Chocolate Chunk Brownies Mix. Untuk membuat brownies anda cuma tambahkan telur, air dan mentega. Mudah sekali kan?
Jom teliti resipi sedap dan padu dari Chef Godfrey Tham dan Chef Andy Wong dari Beryl’s ini.
1.BERYL’S CHOCOLATE TALAM CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Lapisan Biskut:
150gm biskut Marie | dihancurkan (crumb)
80gm mentega | dicairkan
Bahan Isi Keju:
50gm Beryl’s Milk Compound | cair
200gm krim keju
1 biji telur
10gm tepung jagung
40gm gula kastor
200gm krim putar
Bahan Mousse Kelapa:
75gm Beryl’s White Compound
150gm santan kelapa
5gm agar-agar (gelatin)
20gm air
1/2 sudu kecil garam
100gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Lapisan Biskut:
Campurkan biskut hancur dan mentega cair. Gaul dan ramas hingga sebati.
Canai biskut hancur setebal 1/2 cm. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci yang sudah dilapik dengan kertas aluminium.
Cara Penyediaan Isi Keju:
Masukkan krim keju, gula dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga 8 minit.
Kemudian tambahkan pula Beryl’s Milk Compound dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.
Biarkan kek sejuk di dalam loyang
Cara Penyediaan Mousse Kelapa:
Cairkan Bery’s White Compound dan santan kelapa dengan cara double-boil.
Masukkan agar-agar yang telah dicairkan dengan air dan garam. Biarkan sejuk serendah 35°C.
Masukkan krim putar dan gaul hingga sebati.
Tuangkan mousse kelapa ke atas kek coklat keju.
Simpan di dalam peti beku selama sehari dan kek sudah sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan ekstrak dari lima helai daun pandan (30gm) jika sukakan rasa pandan. Untuk rasa lebih bercoklat anda juga boleh tambahkan Beryl’s chocolate chunk ke dalam filling keju.
2.BERYL’S CHOCOLATE TORNADO CAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kek Span Coklat:
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
1 biji telur
100gm gula kastor
40gm mentega tanpa garam
100gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
50ml susu penuh krim
100gm tepung gandum (tepung kek)
Bahan ‘Topping’ Krim Keju:
300gm krim keju
90gm mentega tanpa garam
30gm gula aising
Bahan Coklat ‘Coating’:
150gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
150gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Kek Span Coklat :
Cairkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate, susu penuh krim dan mentega dengan kaedah double boil.
Alihkan dari api dan biarkan sejuk.
Tambah 5 biji kuning telur, 1 biji telur dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
Pukul 5 biji putih telur dan gula kastor sehingga pekat dan bertanduk.
Akhir sekali masukkan adunan putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sahaja.
Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7.5 inci.
Bakar guna teknik water bath selama 90 minit pada suhu 150°C.
Cara Penyediaan Topping Krim Keju:
Putar krim keju dengan mentega sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
Cara Penyediaan Coklat ‘Coating’:
Campurkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Cairkan dengan kaedah double boil dengan suhu sehingga 35°C.
Cara Penyediaan Chocolate Tornado Cake:
Potong kek kepada 3 lapisan.
Sapukan krim keju di antara kek dan ulang langkah sehingga 3 lapis kek.
Sapukan krim keju di atas kek.
Tuangkan Coklat Coating secara merata ke seluruh kek.
INFO CHEF: Liquid Dark Compound dicampurkan krim putar sejuk dan dipanaskan cara double boil dengan suhu 35°C untuk ekstra topping coklat meleleh. Tak perlu mentega.
3. DOUBLE CHOCOLATE CHUNK BROWNIES MIX
1. BROWNIES (DALAM DULANG PEMBAKAR)
BAHAN-BAHAN:
1 peket Double Chocolate Chunk Brownie Mix
60gm mentega cair
1 biji telur
50ml air
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C. Sediakan dulang dan gris dengan mentega.
Campurkan Double Chocolate Chunk Brownie Mix, mentega cair, air dan telur dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar empat segi saiz 7 inci dan bakar selama 35-40 minit. Untuk pastikan kek telah masak sempurna, cucuk lidi di bahagian tengah kek dan pastikan lidi bersih dan kering apabila dikeluarkan.
2. BROWNIES IN MUG
BAHAN-BAHAN:
65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix
4 sudu makan air
CARA MEMASAK:
Tuangkan 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix ke dalam cawan yang selamat diguna dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
Tambahkan 4 sudu makan air dan kacau dengan sudu. Pastikan campuran diadun hingga sebati demgan menggunakan sudu di sepanjang tepi dan bawah cawan.
Masak dengan kuasa yang tinggi selama 1 minit 30 saat. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar gelombang mikro.
INFO CHEF: Untuk brownies lebih sedap, boleh tambahkan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan sedikit rasa manis brownies.
Bila berbuka, ramai yang suka menikmati aneka bubur tradisional yang menjadi warisan zaman berzaman. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur manis yang mudah yang boleh dicuba di sepanjang bulan puasa ini.
Masakan berasaskan ayam memang menjadi kesukaan ramai. Ayam masak merah bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih malah lebih berselera dimakan dengan nasi tomato.
Minyak masak secukupnya
5 senduk lada mesin
2 sudu makan sos tomato
1 biji tomato (kisar)
3 inci halia (kisar)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar Holland (2 biji) – dihiris
1 cawan air putih
Garam dan gula (secukupnya)
Gula pasir (secukupnya)
Hiasan
-daun sup/daun bawang/kacang hijau tin
Cara memasak:
1. Cuci ayam bersih-bersih, lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng ayam).Jangan garing sangat , nanti ayam keras.
2.Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam dua senduk bawang merah, putih dan halia…. Tumis sampai colour kuning-kuning sikit.
3.Masukkan lada mesin.Kacau sampai terbit minyak masukkan sos tomato,tomato kisar.
4.Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
5.Bila dah terbit minyak masukkan, garam,gula dan masukkan ayam.Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris..
6.Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.