Muruku, antara snek yang popular apabila tibanya perayaan Deepavali. Menjadi menu wajib untuk ada di atas meja, sesuai apabila meraikan pesta cahaya ini.
Menerusi perkongsian resipi daripada Fatin Damia ini, muruku kali ini buat ada kelainan sikit dengan diperbuat daripada kacang peas.
Muruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
1. Bahan 1: Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan. 2. Bahan 2: Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan. 3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.
4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka. 5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar. 6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Tetamu Rasa Instafamous episod ke 8 memang hebat orangnya. Dua blognya cukup dikenali di alam maya. Citarasawan dan resipicitarasawan sudah ditulis sejak 10 tahun lalu hingga kini. Pengikutnya sudah mencecah ke jumlah 200,000.
Wanita di sebalik kedua blog popular ini ialah Kak Wan atau nama sebenarnya Wan Rugayah Wan Muhamad, 54 tahun yang berasal dari Kelantan.. Ibu kepada tiga cahayamata dan suri hati Dr Saadin Kadir. Mulai awal tahun ini Kak Wan terus mengorak langkah dengan membuka akaun instagram @kakwan_ct.
Bekas akauntan dan kini suri rumah ini melahirkan rasa syukur dan bangga ,walaupun dia hanya berkarya dari rumah tetapi hasil tulisan mengenai masakan di alam maya rupa-rupanya menyebabkan dirinya dikenali ramai dan secara langsung membuka banyak pintu rezeki yang lain. Diundang oleh stesen tv dan menjadi penilai dan membuat ‘review’ produk makanan.
Namun pengalaman di rancangan Rasa Instafamous tetap memberi pengalaman cukup berharga buat dirinya.
“Semasa masih bekerja dahulu, Kak Wan jarang ada masa untuk memasak. Setelah mengambil keputusan bersara awal , setiap kali menghantar anak ke sekolah dan menunggu anak balik kak Wan akan duduk di perpustakaan sambil membaca dan meneliti resipi dan cara memasak di majalah dan buku. Masa tu di internet resipi belum banyak lagi seperti sekarang.
Selepas berhenti kerja, Kak Wan berkobar semangat nak belajar memasak dan banyak juga melalui proses ‘trial and error’. Yang penting bila kita faham resipi dan tahu istilah dan ‘method’, insyaAllah boleh memasaknya.
Kemudian Kak Wan mula berkongsi resipi, mula-mula dengan menyumbang resipi di laman web grup dan setahun selepas itu atas cadangan dan bantuan anak sulung Muhamad Sarudin, mula menulis untuk blog sendiri mulai 2008. Akhirnya januari tahun ini membuka akaun instagram @kakwan_ct,” ceritanya pada RASA.
Kini memasak dan berkongsi resipi dan travelog adalah rutin hariannya. Dalam laman Facebooknya pula Kak Wan turut mempunyai album untuk setiap jenis masakan. Kak Wan kini arif dengan masakan Kelantan, Perak, Johor dan negeri-negeri lain. Masakan Cina, Jepun, Thailand dan resipi tradisional yang lain. Juga puding, roti dan kuih muih.
Malah kini mempunyai koleksi masakan yang diolah sendiri. Seperti masakan olahan dari tauhu, ubi kentang, keledek dan sebagainya yang mempunyai link ke blognya. Kak Wan juga kini aktif membuat gubahan hantaran dan cenderahati perkahwinan berupa wajik dan pulut kuning. Impiannya adalah untuk membuka kelas dan akademi masakan tradisional.
Dalam Rasa Instafamous ni Kak Wan berkongsi 3 resepi yang diolahnya sendiri melangkaui sempadan dan bangsa. Sajian ini diolah dengan bahan ramuan memenuhi citarasa muhibbah rakyat Malaysia.
1. SATE LILIT AYAM
BAHAN-BAHAN :
300gm isi ayam kisar
200gm isi udang kisar
2 sudu makan santan pekat
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
½ sudu makan serbuk pati ayam
2 helai daun limau purut (hiris halus)
15 batang serai untuk tusukan
BAHAN-BAHAN (DITUMIS ):
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1sm kunyit | dibakar dahulu
1 biji buah keras | dibakar dahulu
½ susu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk belacan
3 sudu makan minyak menumis
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan tumis hingga halus. Kemudian, tumis hingga naik bau.
2. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.Gaulkan bersama isi ayam dan udang kisar, hirisan daun limau, serbuk pati ayam, garam dan gula hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan dan lilitkan pada batang serai.
4. Bakar dalam kuali anti lekat yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
5. Balut dahulu hujung batang serai dengan kertas aluminium untuk mengelakkannya hangus.
Bahan sambal kicap :
1/3 cawan kicap manis
10 tangkai cili padi hiris
2 ulas bawang merah hiris
½ sudu besar gula
¼ sudu teh garam
2 biji jus limau kasturi
Cara memasak (sambal kicap)
1. Satukan kicap, hirisan cili, bawang, gula dan garam.
2. Gaulkan dan perah dengan jus limau kasturi.
3. Sedia untuk dihidang bersama sate lilit.
2. KAM HEONG UDANG KARIPOLEY
BAHAN-BAHAN :
½kg udang sederhana
1 cawan tepung ubi
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Cuci udang, belah belakang dan toskan hingga kering.
2. Gaulkan udang dalam tepung hingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga tepung keperangan.
4. Toskan dan ketepikan.
Bahan-bahan (Pes Kari Kam Hiong):
4 sudu makan kari ikan
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap Worcestershire
2 sudu makan kicap sotong
½ cawan air
1 sudu makan serbuk pati ayam
Bahan-bahan (Tumis):
4 ulas bawang merah | dicincang halus
3 sudu makan udang kering | rendam dan toskan
2 batang serai | dihiris halus
4 ulas bawang merah | dihiris kasar
4 tangkai cili padi hijau | dihiris halus
2 tangkai daun kari | dilurut daunnya
4 sudu makan minyak bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang merah cincang, serai dan udnag kering hingga naik bau.
2. Masukkan bawang hiris kasar, cili padi dan daun kari dan tumis.
3. Masukkan pes Kari Kam Hiong (kesemua bahan dicampur) dan kacau sebati.
4. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.
3. PUDING SAGU SELASIH
BAHAN-BAHAN :
1 cawan sagu kecil
1 sudu makan biji selasih
1 liter air untuk merebus
1 cawan santan pekat
½ sudu makan gula
¼ sudu teh garam
1 cawan gula merah
1/3 cawan air
2 helai daun pandan
Potongan buah-buahan
CARA MEMASAK:
1. Satukan gula merah, air dan daun pandan.
2. Masak hingga larut, kemudian tapis. Biarkan sejuk.
3. Rendam biji selasih hingga kembang, cuci sagu dan toskan.
4. Masak air hingga mendidih kemudian masukkan sagu.
5. Masak sagu hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan toskan.
6. Basuh sagu hingga kanjinya hilang.
7. Gaulkan sagu dengan selasih.
8. Dalam periuk, satukan santan, gula, garam dan air.
9. Masak sehingga panas, tidak perlu mendidih.
10. Setelah sejuk, gaulkan dengan sagu selasih.
11. Hidangkan dengan sirap gula merah dan potongan buah-buahan.
12. Sedia untuk dihidang.
Teruskan menonton Rasa Instafamous dengan resipi menarik dan instafamous yang lain tentunya di saluran Asro Prima 135 dan Maya HD 105 pada hari Isnin , Jam 1200 tengahari.
Koleksi resipi burger homemade, kegemaran anak-anak. Siapa je tak suka makanan segera seperti burger? Ibu-ibu yang utamakan kesihatan anak-anak boleh cuba resipi burger homemade ini. Tak perlu risau, bahan-bahan yang digunakan boleh diubah suai mengikut cita rasa dan kreativiti anda.
Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepah |cuci bersih dan tos
5 ulas bawang putih | titik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 sudu makan sos tiram
8 biji cili padi | hiris
3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.