
Bosan asyik makan karipap inti kentang atau keledek. Apa kata ubah inti udang yang sangat mudah tapi lazat. Serta beri kelainan pada bentuk karipap agar lebih comel dan montok.
KARIPAP UDANG MONTOK
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar majerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- 3/4 cawan air biasa-jangan tuang semua agak-agak tidak melekat ditangan
- 2 -5 batang daun bawang di hiris halus
- 2 batang daun sup di hiris halus
- Sedikit krim super/shortening
- Minyak-untuk mengoreng
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Ayak tepung gaul dengan majerin jadi serbuk roti.
- Campurkan daun bawang dan daun sup.
- Larutkan garam dengan sedikit air. Tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
- Sapu krim super dan uli hingga licin dan perap 10 minit dan baru timbang doh 20@25 gram. Gelek dan isi inti dan kelimkan.
BAHAN INTI:
- 20-30 ekor udang- di buang kulit dan dipotong dadu
- 2 ulas biji bawang besar-dipotong dadu
- 2 biji bawang putih dipotong dadu
- 4 biji telur B
- Garam dan serbuk cukup rasa
- 1-2 biji lada besar merah-di dadu halus biji di buang
- Sedikit lada sulah
- Daun bawang dan sedikit daun sup dihiris halus
- 1/2 batang lobak merah-di sagat memanjang
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
- Selepasitu perasakan garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
- Pecahkan telur sebiji-biji masak hingga sedikit kering.
- Akhir sekali masukkan lobak merah yang di sagat bersama daun sup, daun bawang dan lada merah.
- Kacau rata, taburkan sedikit lada sulah. Tutup api dan sejukkan.
CARA UNTUK KLIM KARIPAP:
1. Leperkan doh yang sudah dibulatkan. Letakkan inti udang di sebahagian permukan.
2. Terbalikkan sebelah bahagian bertemu dengan sebelah lagi satu seperti gambar dibawah.
3. Temukan hujung bucu karipap dengan bucu yang lagi satu.
4. Kelim karipap seperti biasa dan nampak ia bersambung antara bucu.
INFO: Boleh makan dengan sos pilihan anda atau sambal kicap.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: JJ Pau Mawar
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Cara-Cara Hasilkan Doh & Inti Karipap Sardin Rangup Resipi Turun Temurun Bonda.
Hujung Minggu Tak Tau Nak Buat Apa? Meh Ajak Anak-Anak Belajar Buat Kuah Yong Tau Fu

Andai ke pasar malam, Yong Tau Fu ni antara hidangan yang popular. Keenakan hidangan ini terletak pada sosnya yang sedap. Nak cuba buat sendiri? Ini resipi yang anda perlukan.
RESIPI KUAH HITAM YONG TAU FU
BAHAN-BAHAN:
- 11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
- 1 ruas kelingking belacan bakar
- 1 sudu teh petis @ otak udang
- 1 keping gula melaka kelantan @ nise
- 2 sudu besar minyak bijan (utk bau harum dan kilatkan kuah)
- 1 sudu teh cuka makan
- Kicap pekat utk warna hitam
- Tepung jagung utk memekatkan.
- Garam & gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
- Cili kering di kisar bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tak ada biji-biji cili kering.
- Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
- Bila kuah dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung.( terpulang nak pekat camna ya)
- Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
Selamat Mencuba!
Kredit resipi & foto: Lina Bakri
10 Menu Lazat Sempena Raya Gerenti Jadi Rebutan

Hari raya disambut dengan penuh kemeriahan. Kunjung mengunjungi sudah menjadi amalan kita bagi mengeratkan lagi silaturrahim. Pastinya hidangan yang enak mahu disajikan buat tetamu yang datang nanti.
Sesuai dengan tema Hari Raya, dikongsikan resipi enak menepati citarasa semua. Tambah lazat bila menu ini diolah menggunakan Mentega Anchor , Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Cheddar Chesdale
10 menu raya ini lazat dan menarik untuk dijadikan juadah hari raya. Tambah enak bila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, Lasagna Serunding Ayam memberi rasa yang sempurna. Hidangan ini memang tidak jemu dimakan. Keju Perfect Italiano Perfect Bakes menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan. Keju ini memberi hasil kerak perang keemasan yang menyelerakan.
Tidak lengkap Raya tanpa Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya. Rahsia biskut sedap tentunya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Hidangan biskut dan kek pasti enak menggunakan Mentega Anchor.
Menu yang menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella enak rasa kerana ia menggunakan 100% keju asli dan memberi regangan sempurna. Keju ini berperisa lembut dengan cairan luar biasa. Taburan Keju Perfect Italiano Mozzarella pada Canai Lasagna Rendang Ayam menjadikan hidangan lebih ‘wow’ dengan regangan yang sempurna.
Croissant juga sedap bila ditambah serunding serta Keju Cheddar Chesdale. Gandingan yang cukup sempurna dan menyelerakan. Bukan sahaja berkhasiat, malah menyedapkan lagi rasa hidangan serta tinggi kalsium dan protein. Memang memikat selera.
Selamat mencuba!
1.LASAGNA SERUNDING AYAM
Bahan-bahan:
- 6-8 keping kepingan lasagna kering
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
- Anchor Butter Unsalted secukupnya
Bahan-bahan B (serunding):
- 800gram daging – rebus & siat-siat halus
- 1 cawan santan
- ¼ cawan air asam jawa
- 1 sudu makan kerisek
- 1 keping gula melaka
- Garam secukupnya
Bahan-bahan C (kisar):
- 10 tangkai cili kering – cuci dan rebus
- 8 ulas bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
Cara-cara:
- Untuk membuat serunding; Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali lalu tumis bahan-bahan C yang dikisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan santan, daging siat, kerisek, gula melaka, air asam jawa dan garam secukupnya. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna (kacau berterusan supaya tidak hangus), hingga agak sejat (tetapi jangan terlalu kering). Sejukkan sebentar.
- Sediakan mangkuk tahan panas, sapu dengan Anchor Butter Unsalted rata. Letakkan sesenduk serunding dan ratakan. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu letakkan 1-2 keping lasagna kering di atasnya.
- Ulangi proses hingga semua bahan habis. Tabur lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas sekali. Tutup mangkuk dengan aluminium foil lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit.
- Buka penutup aluminium lalu tabur lagi Perfect Italiano Perfect Bakes diatasnya. Bakar semula selama 10 minit atau hingga keju keperang-perangan.
- Keluarkan dari oven dan taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan ketika hidangan masih panas.
TIP: Selain Serunding Daging, boleh juga digantikan dengan serunding lain seperti Serunding Ayam atau Serunding Ikan.
2.GREEK BUTTER COOKIES
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – sejuk
- 75gram gula aising
- 380gram tepung gandum
- 150gram badam – cincang kasar, panggang & sejukkan
- 50gram serbuk badam
- 1 sudu makan rose water
- 1 sudu makan baking powder
- ½ sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan lain:
- Gula aising secukupnya – untuk menyalut biskut
- Rose water – untuk di spray atas biskut
Cara-cara:
- Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
- Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
- Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
- Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
- Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.
TIP: Sekiranya ada doh yang berlebihan, anda boleh simpan di dalam peti sejuk beku selama sebulan. Bila biskut dah habis, boleh terap doh dan bakar.
3.BISKUT EMPING JAGUNG RANGUP
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 2 cawan cornflakes – ramas kasar
- 1 ¾ cawan tepung gandum
- ¾ cawan gula kastor
- ¼ cawan tepung jagung
- ½ sudu teh baking powder
- 1 biji kuning telur
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula kastor dan telur lalu gaul sebati (guna spatula kayu).
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan cornflakes. Kaup-balikkan sebati.
- Sediakan dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Letak sesudu adunan cornflakes dan ulangi proses hingga adunan habis.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
TIP:Selain dimakan untuk seisi keluarga, resipi ini juga boleh digunakan untuk memulakan perniagaan.
4.KEK MARBLE PANDAN
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 230gram tepung gandum
- 220gram gula kastor
- 1 sudu makan pes pandan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- ½ sudu teh pewarna hijau
- 4 biji telur
- 50ml Susu UHT Full Cream Fernleaf
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla. Pukul hingga agak kembang.
- Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan campuran tepung, kaup-balikkan sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pes pandan dan pewarna hijau, kacau sebati. Manakala satu bahagian tak perlu dicampur pewarna.
- Sediakan loyang kek yang sesuai, sapu mentega secukupnya. Ambil sesenduk adunan yang tidak bewarna lalu ratakan dalam loyang. Ambil sesenduk adunan berwarna hijau lalu sendukkan atas adunan tidak berwarna tadi. Ulangi proses hingga adunan habis.
- Menggunakan lidi satay, lorekkan adunan mengikut kreativiti menjadi efek marble.
- Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45-50 minit. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.
TIP: Suhu ketuhar juga bergantung kepada ketuhar masing-masing. Jangan terlalu panas kerana kek boleh merekah.
5.CANAI LASAGNA RENDANG DAGING
Bahan-bahan:
- 8-10 keping roti canai segera
- 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
Bahan-bahan B (Rendang Daging):
- 800gram daging – potong kecil
- 1 cawan santan
- 8 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
- 6 biji cili padi – kisar
- 8 biji bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 2 sudu makan ketumbar – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 inci lengkuas – kisar
- 2 batang serai – kisar
- 2 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut – siat-siat
- Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara:
- Untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali lalu tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, kerisek, daun limau purut lalu masak hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Sesuaikan rasanya. Sejukkan sebentar.
- Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu Anchor Butter (Unsalted) secukupnya. Sendukkan rendang dalam mangkuk dan ratakan. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya di atas rendang kemudian letakkan 1-2 keping roti canai segera.
- Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan. Tabur bahagian atas sekali dengan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya. Tutup dengan aluminum foil lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit.
- Buka penutup aluminum foil, tabur lagi lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya. Bakar semula selama 10 minit atau hingga keperang-perangan.
TIP: Ketika membakar,pastikan taburan keju tidak hangus kerana ia akan mengubah rasa hidangan.
6.BISKUT DAHLIA PANDAN
Bahan-bahan:
- 450gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 450gram tepung jagung
- 170gram tepung kastard
- 140gram gula aising
- 70gram tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu makan pes pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Ceri merah secukupnya – dadu kecil
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum lalu ayak.
- Satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula aising, pes pandan dan pewarna hijau di dalam mangkuk pengadun lalu pukul sebati.
- Masukkan kuning telur satu persatu lalu pukul sebati.
- Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan sebati menjadi doh yang lembut.
- Masukkan doh ke dalam acuan dahlia lalu paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hias dengan ceri merah di atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-23 minit.
TIP: Sekiranya adunan tepung menjadi keras,tambahkan mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
7.KEK BUTTER CHOCOLATE CHIP
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 200gram tepung naik sendiri
- 200gram gula kastor
- 150gram Fernleaf Greek Style Yogurt
- 50gram coklat chip
- 4 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan lain:
- 100gram Keju Perfect Italiano Parmesan – topping
Cara-cara:
- Satukan Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla di dalam mangkuk pengadun lalu pukul hingga agak kembang.
- Masukkan telur sebii demi sebiji lalu pukul lagi hingga adunan agak ringan.
- Masukkan Fernleaf Greek Style Yogurt lalu pukul sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri, baking powder dan coklat chip ke dalam adunan lalu kaup-balikkan sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega dan di alas dengan parchment paper dan ratakan.
- Tabur Keju Perfect Italiano Parmesan di atas adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau hingga kek masak sempurna.
TIP: Untuk memastikan sama ada kek masak atau belum, boleh cucuk menggunakan lidi. Sekiranya tiada apa yang melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.
8.BISKUT BUTTER KELAPA
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 200gram gula kastor
- 2 cawan kelapa kering
- 250gram tepung ubi
- 150gram tepung gandum
- 30gram serbuk santan
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla hingga sebati.
- Masukkan telur lalu pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, kelapa kering dan serbuk santan lalu kaup-balikkan sebati hingga menjadi doh.
- Canai dan terap doh mengikut cita rasa.
- Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
- Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit atau hingga biskut keperang-perangan.
TIP: Sekiranya anda mahu hiaskan biskut dengan cairan coklat, pastikan biskut dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Kemudian,masukkan coklat yang telah cair ke dalam piping bag dan potong muncung beg sahaja.
9.TART NANAS
Bahan-bahan A (doh):
- 550gram tepung gandum
- 150gram tepung jagung
- 550gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 80gram gula kastor
- 1 tsp esen vanilla
- ½ sudu teh garam halus
Bahan-bahan B: (inti):
- 2 biji nanas medium – parut halus
- 4000gram gula
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 helai daun pandan – siat & simpul
Cara-cara:
- Untuk membuat inti; satukan semua bahan dalam kuali lalu masak dengan api yang kecil hingga semua bahan likat dan cecair sejat. Sejukkan dan ambil sedikit bulat-bulatkan.
- Untuk membuat doh; satukan Anchor Butter Unsalted, gula kastor dan esen vanilla di dalam mangkuk yang besar lalu kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung lalu uli sebati hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan cling wrap dan rehatkan 30 minit dalam peti sejuk.
- Keluarkan doh dan masukkan doh ke dalam acuan tart gulung lalu paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
- Letakkan sebiji bebola inti nanas tadi ke dalam doh lalu gulung. Kemaskan gulungan tart.
- Sapu bahagian atas tart dengan bancuhan kuning telur. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-22 minit atau hingga tart kuning keperang-perangan.
TIP: Sekiranya doh masih agak keras,uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh senang untuk diterap.
10.CROISSANT INTI SERUNDING & KEJU
Bahan-bahan:
- 4 biji croissant
- 8 keping Keju Cheddar Chesdale
- 1 cawan serunding daging
- ½ cawan bawang goreng
Cara-cara:
- Belah croissant di bahagian tengahnya.
- Letak serunding secukupnya di dalam croissant.
- Letak 2 keping Keju Cheddar Chesdale di atas serunding lalu tutup croissant.
- Letakkan croissant berinti serunding dan Keju Cheddar Chesdale tadi di atas kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega.
- Panaskan croissant pada kedua-dua bahagian dan biarkan Keju Cheddar Chesdale sedikit cair/meleleh.
- Tabur bawang goreng dan lebihan serunding atas croissant dan hidangkan segera.
TIP: Anda boleh tukar inti serunding dengan inti telur atau tuna mayones jika suka.
Resipi Laksa Thai Asli Yang Mudah & Ringkas.

Bagi anda yang ingin merasai keenakan Laksa Thai yang enak, lazat serta mudah disediakan. Anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg laksa Thai
- 3 batang kacang panjang | hiris halus
- Sedikit daun selasih Thai
- 6 tangkai cili Thai
- Sedikit tauge
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sengkuang
BAHAN KUAH
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | dihiris
- 200ml santan
- 1 biji terung Thai bulat
- 1 mangkuk kecil kacang panjang | potong 2cm
- 5 helai daun limau purut
- 1 sudu besar gula Thai
- Garam secukup rasa
BAHAN PES:
- 3 biji cili padi hijau
- 10 biji cili hijau
- 3 ulas bawang merah Thai
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh biji ketumbar
- 1/2 sudu teh kulit limau purut | hiris
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan pes dalam pengisar dan kisar halus.
- Panaskan minyak, tumis pes sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan santan biar seketika dengan api sederhana.
- Sentiasa kacau. agar santan tidak pecah minyak kemudian masukkan terung dan kacang panjang. Biarkan mendidih seminit.
- Pastikan api perlahan kemudian daun limau purut, selepas beberapa saat angkat.
- Untuk menikmatinya, panaskan air, rebus laksa Thai hingga lembut.Tapis laksa.
- Masukkan dalam mangkuk, kemudian hiaskan dengan hirisan kacang panjang, cili Thai, daun selasih Thai dan tauge.
- Akhir sekali tuangkan Kari Hijau Thai. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika tiada laksa Thai boleh gunakan spageti sebagai ganti.