Buntu nak buat apa untuk jamuan sekolah anak? Boleh cuba idea menarik buat Macaroni Cuppizza ini. Mudah saja buatnya, hanya guna tortilla wrap.
Idea untuk menghasilkan menu Macaroni Cuppizza ini yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini tercetus ketika dia buntu untuk membawakan makanan apa untuk potluck jamuan sekolah anaknya.
Menurutnya, buat dalam cup lebih mudah. Nanti, murid-murid boleh ambil sendiri untuk masing-masing jika masih kenyang untuk makan di sekolah. Tak perlu tunggu untuk membungkus. Semoga resipi ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Bihun goreng hidangan simple dan mudah untuk dimasak sebagai hidangan sarapan atau minum petang. Masak bihun mungkin nampak mudah, tapi kalau tak cukup bahan boleh jadi hambar rasanya. RASA himpunkan lapan resipi bihun untuk anda cuba setiap satunya mempunyai cara yang berbeza. Jangan lupa untuk cuba semuanya!
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
(sukatan bahan boleh ubah ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu)
CARA MEMASAK
1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kiub ayam. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi.
Masukkan pula pes bihun goreng dan kacau sebati.
4.Tambah sedikit air. Biar ia menggelegak sekejap. Bolehlah masukkan bihun yang ditoskan tadi.
5.Tambah sos tomato, mushroom seasoning dan kicap manis. Tak perlu masukkan garam sebab dah ada stok ayam dan kicap. Gaul sebati. Tambah air lagi untuk melembutkan bihun (jika perlu).
6.Masak hingga bihun kering.Bolehlah angkat.
BIHUN GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
100gram Bihun 9untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
1.Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau! Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland.
2. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk.
3. Masukkan pula cili kisar dan udang.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan kacau.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Sebatikan.
6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan.
7. Kacau hingga sebati dan rata kemudian masukkan pula sayur.
8. Apabila bihun sudah kering dan masak, bolehlah dimasukkan hirisan cili.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun – rendam – beli online disini
Udang secukupnya
4 biji telur
Lobak merah – hiris
Daun sup secukupnya
1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH:
Cili padi hijau
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam ikan bilis – beli online disini
(jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
Bihun (1 kampit)
1 sudu besar bawang putih (dikisar) – beli online
2 1/2 sudu besar bawang besar
3-4 sudu besar cili kisar – beli online
2 sudu besar sos tiram – beli online
3 sudu besar sos cili- beli online
3 sudu besar sos tomato – beli online
Pes tomyam – beli online
Daun limau purut
2 batang serai
Minyak masak – beli online
Isi ayam
Sawi
Kubis
Tomato
Putik jagung (jika suka)
*1 cawan air
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun ketumbar
Telur dadar (diracik halus)
CARA MEMBUAT:
1.Tumis bawang dan serai dalam dua batang.
Masukkan cili kisar dalam 3-4 sudu penuh.Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram 2 sudu, sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
Masukkan isi ayam.
Masukkan pes tomyam dalam 2-3 sudu besar. Kemudian masukkan gula 2 sudu besar. Rasa bihun tomyam ni memang kena balancekan rasa pedas manis masam.
Masukkan satu cawan air. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan bihun. Bihun rendam terlebih dahulu. Jangan rendam lama. Rendam dalam 15 minit kemudian toskan. Pastikan bihun ni terendam dengan kuah tadi, tapi jangan terlalu terhapus bihun tu.
Masukkan sayur-sayuran, dan daun limau purut.
Kacau rata. Siap. Jangan lupa tabur hirisan daun ketumbar dan telur dadar yang diracik halus. Hidangkan.
3 hingga 4 biji bawang merah
5 hingga 6 biji bawang putih –BELI ONLINE
1 sudu kecil lada hitam – BELI ONLINE
2 sudu makan udang kering
2 inci halia – BELI ONLINE
Cili merah untuk hiasan (dihiris nipis)
CARA MEMBUAT:
Kisar lumat bahan untuk kisar.
Buang kulit udang. Ketepikan.
Rendam bihun supaya lembut.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan minyak sehingga menjadi keemasan/brown.
Perasakan dengam gula, garam dan serbuk perasa.
Masukkan udang yang telah siap dibuang kulitnya.
Masukkan bihun yang sudah ditoskan.
Masukkan daun kucai dan serikan dengan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
Rindu dengan masakan Sarawak antaranya mi kolok. Ia cukup popular di negeri Sarawak. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula.
MI KOLOK DAGING
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
1.Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
INGIN MENCARI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jemu makan nasi? Apa kata anda buat Macaroni And Cheese untuk dinikmati seisi keluarga. Resipi Macaroni And Cheese ini pasti digemari anak-anak. Tidak lama pun hendak menyediakannya. Hanya memakan masa 30 minit sahaja. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini.
RESIPI MACARONI AND CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni – beli online 1 tin sos pasta berkrim jenama Prego (keju dan herba) – beli online Sosej (anggaran 3-4 batang) – beli online 100 ml susu segar Mozzarella cheese
CARA MEMBUAT:
1. Kalau nak cepat, guna food solution ini. Mudah dan pantas. Rasa pun sedap. Boleh ubah suai dengan tambah stok ayam, garam, lada hitam dan mix herbs. Double sedap. Apabila rasa sudah memuaskan hati, masukkan makaroni yang telah direbus. Kemudian masukkan 100 ml susu.
2. Boleh letak sosej, isi ayam kisar, daging kisar atau udang. Terpulang.
3. Letak dalam bekas ini. Selapis makaroni, sedikit shredded cheese kemudian selapis lagi makaroni.
4. Sepaket makaroni kecil yang harga RM4 itu boleh dapat tujuh bekas ini.
5. Selepas itu, tabur lagi mozzarella cheese di atasnya. Jika anak suka makan keju, boleh letak lebih.
6. Selepas itu tutup bekas ini. Masuk peti beku. Apabila hendak makan, panaskan di dalam oven atau ketuhar gelombang mikro.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...