Adakala lebihan nasi tak tahu nak buat apa. Nak buat nasi goreng, sedikit pula. Tak cukup untuk ahli keluarga. Maka, terhasillah Apam Nasi Lembut Gebu dengan secawan nasi sejuk.
Ikuti resipi perkongsian daripada Nor Aini Abd Rahman dalam menyediakan apam yang begitu cantik dan lembut gebu ini. Jom kita buat. Sesuai untuk dihidangkan sebagai minum petang.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
Seketul gula melaka
1 cawan air
Sebatang kecil kayu manis
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia. *air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Kuih Apam merupakan antara kuih tradisionalyang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
Selain dikenali sebagai Pau Goreng Inti Sambal, ada juga yang kata kuih ini sebagai Burger Malaysia. Apapun nama dipanggil yang pasti kuih ini sangat sedap dan digemari ramai, kalau buat untuk hidangan minum petang memang terbaik, mesti anak-anak yang masih bercuti di rumah berebut, silap-silap tak cukup ye.
PAU GORENG INTI SAMBAL BAHAN-BAHAN: BAHAN SAMBAL: 100gram cili kering yang telah digunting,direbus | kisar 3 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih 1 sudu teh garam 5 sudu makan gula pasir 1 sudu asam pes asam jawa 1 sudu udang kering/ ssegenggam ikan bilis Minyak masak untuk menumis 1 ulas bawang besar potong dadu BAHAN DOH: 4 cawan tepung gandum 1/2 peket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam 2 sudu makan gula pasir 1 sudu makan majerin 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam Sedikit air untuk mencanai doh Minyak secukupnya untuk menggoreng BAHAN LAIN: Hirisan timun Hirisan telur
CARA MEMBUAT:
Sediakan bahan sambal dahulu, panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa. Kacau lagi dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Kecilkan api, biarkan sambal hingga garing. Tutup api dan ketepikan.
Sediakan doh pula, campur setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir. Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih. Ketepikan.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.kredit:Resepi Terbaik Malaya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.