Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.

POPIA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
15 keping kulit popia
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air
Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

IKLAN
IKLAN
IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
  2. Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
  3. Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
  4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
  5. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
  6. Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.
  7. Popia Karamel sedia dihidangkan. By @dwimuslimah4
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI