Tak ada idea nak masak apa? Resipi Telur Mata Sambal Hijauperkongsian saudari Cheyah Saripuddin ni antara yang patut dicuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya. Rasa pula tentulah sedap. Orang bujang patut cub ani. Tak perlu lauk lain dah. Ada satu menu ni sahaja dah cukup buka selera makan. Boleh bertambah-tambah nasi di pinggan. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.
Ads
2. Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.
3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.
4. Jika nak berkuah, boleh tambah sedikit air tapi empunya resipi tidak tambah. 5. Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN DAGING BAKAR
• Daging lembu
• Halia
• Bawang putih
• Kunyit
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia, bawang putih dan kunyit.
2. Perap daging dengan bahan kisar selama sejam.
3. Bakar dengan api perlahan.
BAHAN AIR ASAM
• Air asam jawa
• Potong bawang merah
• Cili api
• Daun kesom
• Tomato
• Kasturi
• Belacan (dibakar)
• Budu
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan. Boleh tambah gula merah dengan budu kalau nak.
2. Jangan mahu, boleh tambah garam dan gula.
Mak-mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak? Jangan give up, ini ada enam menu yang admin share untuk mak-mak semua. Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas. Cuba dulu ye kalau ok nanti admin share lagi idea nak masak apa.
Yang penting cuba dulu…
PASTA SPIRAL DRAGON BALL
BAHAN- BAHAN :
200gm pasta spiral
150gm isi ayam
350gm tomato
1 sudu makan pes tomato
2 helai daun salam
50gm batang saderi | hiris nipis
20gm bawang putih | cincang
100gm bawang merah | cincang
2 sudu teh madu
Lada sulah secukupnya
Daun basil dan oregano secukupnya | cincang
Garam secukup rasa
Air dan ais secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebuskan pasta spiral di dalam air yang mendidih selama 5 minit. Kemudian angkat dan siram dengan air sejuk. Toskan.
Untuk membuat bebola ayam; Isi ayam digaul bersama dengan bawang merah cincang, bawang putih, basil, oregano, madu, garam dan lada sulah hingga sebati. Kemudian dibentuk menjadi bulat.
Cara membuat sos: Tomato dibelah empat dan direbus. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam ais. Buang biji dan cincang hingga halus.
Selepas itu tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang merah dan batang saderi serta basil, oregano, daun salam dan pes tomato. Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan isi tomato yang dicincang halus dan kacau hingga mendidih.
Selepas itu masukkan bebola ayam, garam, lada sulah dan biarkan seketika.
Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas anak.
AYAM TINJU
BAHAN-BAHAN:
5 ketul kepak ayam
50gm serbuk roti
1 biji telur | dipukul
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
HIASAN:
Daun salad secukupnya
Kertas aluminium secukupnya
Cili Benggala
Sedikit sos mustard
Sedikit buah zaitun
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Kemudian ambil bahagian yang mempunyai banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biarkan tulang di bahagian bawahnya.
Seterusnya perap ayam dengan lada sulah, lada hitam, jus limau nipis dan garam. Biarkan seketika.
Setelah diperap, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti. Lakukan sehingga habis.
Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau bertukar warna kuning keemasan.
Angkat, toskan. Masukkan ke dalam bekal anak dan hias mengikut kreativiti sendiri. Misalnya balut tulang ayam dengan kertas aluminium dan cili benggala dibentukkan seperti lady bird.
MAKARONI BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
250gm makaroni | rebus dan tos
100gm daging kisar
1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
150gm parutan keju mozarella
1 sudu makan serbuk oregano
4 sudu makan sos balognes
2 sudu makan sos cili
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
3 sudu mentega
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
Buah Epal
Tomato ceri
Salad
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api.
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
Bakar lebih kurang 15 minit.
Setelah siap, sedia dibawa untuk bekal.
CUCUR NASI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air
2 biji kentang | rebus dan lenyek
1 cawan tepung gandum
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan cili benggala merah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Ayam goreng
Sos Cili Thai
Salad
Tomato Ceri
CARA MEMASAK:
Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.
CHICKEN & RICE PATTIES
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik
1 cawan nasi | kisar kasar
2 biji telur
½ cawan susu segar
2 sudu makan keju pemersan
Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu the serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
Gaul rata dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
Sedia dihidangkan bersama sambal cili.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana |bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
Resipi perkongsian dari blog http://chesitinoor.blogspot.my/
Sesekali ke pasar, pasti anda ada terlihat ikan gelama yang dijual. Bagi yang tidak biasa menikmatinya, pasti tak ada idea nak masak apa dengan ikan jenis ni.
Sebenarnya, ikan gelama ni kita boleh masak macam-macam. Malah anda juga boleh hasilkan ikan kering / masin menggunakan ikan ini. Rasanya memang sedap dan popular di kalangan penduduk negeri-negeri Pantai Timur.
Nak cuba buat ikan masin secara homemade? Jom lihat bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARA-CARA:
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....