sotong cover

Sotong adalah makanan laut yang memang sedap dimasak apa-apa juga jenis masakan. Salah satunya adalah buat kari style mamak. Kalau pergi ke kedai mamak, ada kalanya seram nak pilih lauk sotong. Bimbang harganya yang mahal. Nah, sekarang korang boleh try masak sendiri. Resipinya kami kongsikan.

SOTONG MASAK KARI MAMAK

Lauk Sedap, Puas Hati Masak Sendiri Kari Sotong Style Mamak

BAHAN HIRIS
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba

IKLAN

BAHAN LAIN
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.

IKLAN

Resipi oleh Reen dari Telegram KakiMakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI