Siapa yang tidak suka kuih muih melayu. Banyak keistimewaannya dan cara membuatnya juga banyak langkah. Maka tidak hairan ia enak, cukup lemak manisnya. Salah satu kuih melayu yang digemari ialah seri muka. Nak dapatkan hasil kuih yang enak dan cukup
rasa, kenalah cukup ramuan. Pastikan bahan-bahan penting tidak pula diketepikan.Dikongsikan cara membuat kuih seri muka jika ada yang nak mencuba.
KUIH SERI MUKA
LOYANG PETAK 8 INCI ( lapik plastik) Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam
( Dah masukkan garam terus asingkan:
2 cawan untuk pulut
2 cawan untuk topping)
5-6 helai daun pandan
2 biji telur gred A
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
Cara memasak:
BAHAGIAN PULUT
1.4 cawan beras pulut (dibasuh). Dah selesai basuh, rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit.
2.Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan.
3.Kukus selama 30 minit.
BAHAGIAN TOPPING
Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis.
Akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan. Ketepikan.
Seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan:
1 cawan gula,
1 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan yg kita buat tadi.
2 cawan santan pekat
Kacau bahan-bahan di atas ni sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu kecil pewarna kuning.
Kacau sebati. Ketepikan
Pulut tadi selepas kukus 30 minit, masukkan 2 cawan santan pekat tadi ( baca balik bahagian bahan-bahan.Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam)
Ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.
Sementara itu ambil topping dah siap tadi tapis dan masakkan atas api perlahan sampai berwap atau ade sedikit gumpalan.Anggaran atas api hanyalah 2 minit. Ingat api perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping.
Ads
Tip:
Tutup api dan tuangkan ke atas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. Api perlahan. Kalau api kuat topping akan jadi berkedut.
Tip:
Balut penutup dengan kain agar wap tak jatuh atas topping tadi.
Dah masak sila sejukkan dulu selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan potong ikut kreativiti.Potong pakai pisau plastik dan layangkan atas
toping perlahan-lahan baru potong. Jangan potong panas-panas,nanti tak cantik.
Kala semua pulang ke kampung, SOP jangan pula dilupa. Bila dah sampai di kampung, rai lah kedua ibu bapa dengan menu minum petang yang mereka suka. Sambil berbual dan nikmati kuih buatan anak, pasti tersenyum gembira orang tua kita.
Belebat keledek oren Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung jagung (pilihan)-BELI ONLINE DI SINI 4 cawan santan-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula 1 sudu kecil garam 1/2 kg keledek oren
Cara memasak:
1.Keledek dikupas dan dipotong dadu.Basuh dan rendamkan (1/2 jam).Didihkan air.Toskan keledek.Masukkan ke dalam loyang.Gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam dan kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk).Bila dah masak ketepikan. 2.Bancuhkan bahan-bahan lain dalam sebuah periuk.Kacau rata hingga sebati. 3.Buka api perlahan sahaja.Kacau bancuhan hingga likat dan mula nak berketul.masukkan keledek.Kacau perlahan hingga berketul.Tutup api dapur,biarkan adunan sejuk. 4.Basuh daun pisang.layur daun di atas api dapur.lapkan hingga bersih.Potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).
5.Sudukan adunan keledek ke dalam daun.Bungkus seperti bungkusan nasi lemak.Susun ke dalam kukusan. 6.Didihkan air.kukus kuih selama 10-12 minit.bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk sedap dimakan.
Bebola donut adalah salah satu masakan yang sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Nak membuatnya pun senang, cuma kena pastinya tepungnya gebu dan lembut. Barulah sedap.
DONUT BALL CHEZZY LELEH
BAHAN-BAHAN
• 500 ml air suam
• 1 peket mauripan
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil susu pekat manis
• 1 kg tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 senduk marjerin
• 24 keping keju (dibelah dua)
• Minyak masak untuk menggoreng
• Gula aising
CARA MEMBUAT
1. Air, mauripan, garam dan susu pekat manis disatukan dalam jag. Biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder masukkan bancuhan di dalam jag tadi. Uli 10 minit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan selama 30 minit di tempat panas sehingga kembang.
4. Selepas adunan kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Kepal doh agak-agak saiz setengah genggam tangan. Kemudian masukkan keju.
6. Goreng dalam minyak masak yang banyak sehingga keperangan.
7. Selepas itu tabur gula aising.
Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang tinggi karbohidrat. Malah daunnya juga boleh dimakan dan dijadikan sayur. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu, ubi kayu perlu dibuang kulit sebelum dimasak dan tidak boleh dimakan secara mentah.
Sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai mempunyai kenangan tidak boleh dilupakan terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Di waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Kini, setelah 61 tahun mencapai kemerdekaan, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama. Namun, terdapat pelbagai menu enak dan sedap yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Bermula dari hidangan lauk pauk hinggalah kepada manisan. Semuanya membuka selera.
Istimewa sempena bulan kemerdekaan, RASA kongsikan 11 resipi paling popular yang sedap dan mudah yang anda boleh hasilkan menggunakan pucuk dan ubi kayu. Selamat mencuba.
1. UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
1/2 cawan ikan bilis
3 tangkai cili kering | potong kecil
1 biji cili merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali panaskan minyak masak.
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
2. RENDANG PELBAGAI UBI
BAHAN-BAHAN:
1 batang ubi kayu
2 biji ubi keledek sederhana besar
2 biji ubi kentang
1 biji ubi keladi sederhana besar
1 liter santan pekat
10-15 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
Garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak.
Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula perang secukupnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
3. PECAL PUCUK UBI MAK TON
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
3 sudu makan gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
4. GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang telah disalai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda
1 liter santan
1 keping asam jawa
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata.
Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau.
Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor.
Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.
5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
1/2 kg santan pekat
3 keping asam gelugur
5 batang serai | dititik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis
2cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
10 biji cili api
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
6. TALAM UBI KAYU
BAHAN A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gm gula
Pewarna kuning
BAHAN B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gm tepung beras
80gm tepung ubi
80gm tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik.
Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
Kukus selama 40 minit.
Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
7. BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga
adunan habis.
Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
Enak dinikmati panas.
8. PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
1 biji ubi keledek | potong dadu
1 batang ubi kayu | potong dadu
1 cawan labu | dadu
1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
2 cawan santan pekat
200gm gula
Secubit garam
Sehelai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
Tambah secubit garam.
Pengat sedia dihidangkan.
9. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kayu | diparut
135 ml santan pekat
230 gm air gula Melaka
1 sudu makan gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan | disimpul
Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya.
Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
11. BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan.
Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
Sejukkan dan potong.
Dapatkan MICROWAVEpelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!