Kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Antara manisan yang sering disajikan ketika musim perayaan, kenduri kendara, kahwin dan sebagainya. Mudah di buat dengan kaedah kukus ni, siap dinikmati bersama keluarga tersayang.

RESIPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU)

BAHAN- BAHAN:

  • 1kg beras pulut
  • 1kg gula merah
  • 2 cawan gula putih
  • Santan secukup lemak
  • (selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Beras pulut direndam 4-5jam
    Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
  2. Masak gula merah dan tapis dahulu
    kemudian masukkan gula putih
    Masukkan santan & daun pandan
  3. Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
  4. Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
    (mcm meletop2 gitu )
  5. Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
  6. Tutup api dan masukkan dalam bekas

Siap!

Kongsi resipi: Fyza Eky

RESIPI WAJIK PULUT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yg suka durian.. idea dari zaina..

CARA MEMASAK:

  1. *Kaedah kukus – Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker – 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave – 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
    Sejukan..dan sedia dipotong..

 

IKLAN

 

Kuih Muih Olahan Pulut Tidak Jemu Makan

 

Resipi Pulut Sekaya Sedap Masak Guna 1 Cawan Beras Pulut Je. Mudah & Comfirm Kena Selera!