Kali ini majalah RASA ingin tampilkan resipi kuih buah Melaka namun menggunakan labu. Pasti terbit cita rasa yang berbeza dengan buah Melaka yang biasa dimakan.
KUIH BUAH MELAKA LABU
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan labu (kukus dan lenyekkan)
1/4 cawan air
Gula Melaka secukupnya (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung pulut dan labu lenyek. Hanya tambahkan air jika perlu.
Ads
Labu yang telah dilenyekkan selepas dikukus.
2. Uli sehingga adunan sebati.
Doh yang siap diuli.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit.
4. Letakkan gula Melaka yang telah dipotong. Bungkus kemas-kemas.
Ads
Doh dileperkan sedikit dan diletakkan gula Melaka di atasnya. Kemudian bungkus kemas.
5. Didih air bersama daun pandan.
6. Selepas air mendidih, masukkan doh yang telah diisi gula Melaka tadi.
7. Jangan dikacau. Tunggu sahaja sehingga doh timbul.
Tunggu sehingga timbul.
8. Angkat dan toskan.
9. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
10. Kemudian gaulkan kelapa parut tadi kepada buah Melaka.
Ads
Selamat mencuba!
Norazizah Ruslan ialah Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat.
Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih lompat tikam. Bolehlah belajar buat untuk dihidang time bulan puasa yang bakal muncul tak lama lagi ni kan?
BAHAN YANG HIJAU
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai warna berkilat.
2. Masukkan dalam bekas. Ketepikan.
BAHAN YANG PUTIH
3 cawan santan
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai likat.
2. Masukkan dalam bekas atas warna hijau tadi.
BAHAN AIR GULA
2 keping gula melaka
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak atas api perlahan sehingga cair.
CARA PENYEDIAAN
1. Cedok sedikit adunan hijau dan putih.
2. Siramkan sedikit air gula.
3. Sedap dimakan ketika sejuk.
Anda kenal tak kuih ini? Kuih dulu-dulu yang susah untuk ditemui sekarang ini. Nama kuih ini Kuih Tepung Pasung atau Kuih Serunai.
Kuih ini sangat popular di pantai timur sama ada Kelantan, Pahang dan Terengganu. Diperbuat dari tepung beras, tepung gandum, gula melaka @ nisey, santan , tepung ubi dan dibentuk dalam kelongsong daun pisang. Sesuai dimakan waktu pagi atau waktu petang.
Melalui perkongsian daripada Tahrunnisah Jali ini, dia kongsikan resipi dan cara buat kuih ini.
KUIH TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI
Mula-mula, kena buat kelongsong dia. Saiz 14cmX14cm, layurkan daun pisang dulu atas api dan ikut step by step.
1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Kemudian, dibiarkan sejuk.
2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati. 3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Tutup api.
BAHAN BAHAGIAN ATAS
1 ½ cawan santan pekat – beli online di sini 2 ½ sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini 1 sudu kecil garam (anggaran) 1 sudu kecil gula
CARA-CARA:
1. Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.
2.Dah siap dua bahan ni, panaskan kukusan. Kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dalam lubang-lubang kukusan.
3. Masukkan adunan bawah 3/4 penuh. Kukus dalam 7 minit atau hingga ia masak. Masukkan pula bahagian atas dan kukus dalam 12-15 minit.
Kuih Kacang Hijau atau dikenali sebagai Kuih Kasturi merupakan antara kuih tradisional yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dan sememangnya menjadi kegemaran ramai. Tetapi, tak banyak kedai yang menjual kuih ini. Kalau teringin, boleh buat sendiri menggunakan resipi perkongsian Zunainah Hamid ini. Menurutnya, resipi ini merupakan resipi ibunya. Pasti sedap kan? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
UNTUK SALUTAN CELUP TEPUNG:
CARA MEMASAK:
1. Rendam kacang hijau selama 1 hingga 2 jam. Kemudian, rebus kacang hijau tersebut.
2. Setelah air agak kering, masukkan gula. Gaul hingga kering dengan api perlahan.
3. Masukkan kelapa dan tunggu hingga sejuk. Boleh masukkan dalam peti sejuk.
4. Kemudian, bentukkan adunan menjadi bulat. Pastikan padat. Jika tidak, kuih akan berderai ketika menggoreng.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Kuih Kaswi Beras Pulut Hitam yang lembut, lemak manis dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama tip untuk menghasilkan kuih tradisional yang sedap dan memikat selera.